Musim panas tropika di Top End Australia

Musim panas tropika di Top End Australia

Nimkati tarikan alam semula jadi semasa musim panas tropika di Bahagian Atas pulau yang berlanjutan dari Disember hingga awal bulan Mac.  Kalendar elektronik anda tidak diperlukan pada musim ribut petir yang menyilaukan, anak sungai yang melimpah dan tumbuh-tumbuhan yang berbunga.  Bersiar-siar di sekitar taman yang subur menghijau di Darwin dan lihat kilat menari-nari di atas air terjun di Taman Negara Litchfield.  Alami keajaiban monsun di Taman Negara Kakadu dan terbang melintasi Katherine Gorge yang menarik sewaktu paras air penuh. 

Rasa begitu bebas apabila dapat menikmati keindahan alam semula jadi.  Darwin memang sentiasa tenang, dan ia lebih mendamaikan semasa musim panas, seiring dengan ritma sinaran matahari dan hujan panas.  Penduduk setempat mengalu-alukan suasana ‘basah’ selepas kering beberapa bulan.   Ribut melanda di Laut Arafura dan taman dan kebun kembali menghijau selepas hujan yang turun sebentar sahaja namun luar biasa lebatnya.  Bersiar-siar menikmati keindahan flora monsun di Kebun Botani George Brown dan berenang dalam takungan air yang jernih di Taman Semula Jadi Berry Springs di samping kawanan burung tropika.  Anda boleh mengalami gaya hidup kegiatan luar Darwin, semuanya sepanjang musim panas yang melengas.  Merasa makanan bufet yang enak tidak terperi, boleh didapati di pasar terbuka di hujung minggu dan lihat piroteknik semula jadi yang menerangi langit dari pub tepi pantai. 

Air terjun Taman Negara Litchfield yang berhampiran menjadi riuh-rendah semula semasa musim panas.  Lihat curahan air berkembar dari Air Terjun Florence yang menjunam turun ke bawah melepasi teres hutan monsun dan jatuh 160 tingkat ke bawah masuk ke dalam kolam dingin yang dalam.  Lakukan perjalanan singkat ke Buley Rockhole, deretan air terjun dan lopak air yang melata, yang dipenuhi dengan hidupan selepas ribut tropika.  Lihat burung tambun berkaki oren, burung madu, burung ara dan burung merpati Torres Strait mencari makanan buah-buahan dan beri.  Berenang dan berkelah sepanjang Air Terjun Wangi yang bergemuruh, yang mana tikus marsupium, katak dan cicak leher berjumbai berlari di gigi air. 

Di Taman Negara Kakadu, penduduk tempatan Bininj telah mencartakan kitaran alam semula jadi sepanjang enam musim yang berbeza.  Hujung Disember ke hujung Mac adalah musim monsun di Gudjewg, apabila hujan lebat menyegarkan landskap dan menyuburkannya kembali.  Kawanan burung asli terbang merentasi tanah lembap, tumbuhan berbunga tropika di pinggir sungai dan lalang berceracak di dataran yang meluas.  Susuri Yurmikmik Walks ke air terjun yang jatuh turun di tubiran berceranggah ke jurang renang yang dalam.  Boulder Creek Walk, Yurmikmik Lookout Walk, Air Terjun Motor Car dan Air Terjun Kurrundie Creek dibuka sepanjang tahun.  Belayar menyusuri Sungai East Alligator, sambil melihat burung dan haiwan asli yang banyak atau nikmati pemandangan yang subur menghijau ini dengan terbang menaiki helikopter. 

Anda pasti tidak akan lupa pandangan udara Katherine Gorge di Taman Negara Nitmiluk, yang terletak di timur laut Katherine.  13 gaung yang saling berkait ini benar-benar kelihatan mengagumkan semasa musim panas tropika, apabila air Sungai Katherine melimpah.   Perhatikan air terjun yang hebat dan batu pasir purba yang berselirat dari helikopter atau terbang menyusuri celah dinding gaung.  Bergantung pada cuaca, anda boleh berenang di dalam kolam dengan pandanus yang berumbai di bawah Air Terjun Edith, di Gaung Butterfly atau Kolam Sweetwater.   Berjalan menyusuri Denai Jatbula melintasi hutan hujan monsun ke Air Terjun Crystal atau air terjun 17 Mile.  Susuri Windolf Walk ke tempat meninjau Pat untuk pemandangan luas Gaung Nitmiluk dan air terjun musim panas Southern Rockhole. 

Lupakan rutin harian anda untuk menikmati keindahan musim panas yang berubah-ubah di Bahagian Atas tropika pulau Australia.  Musim matahari cerah dan hujan yang lebat akan menyegarkan perasaan anda seperti landskap yang menghijau.

Idea Australia selanjutnya