Berjemur di atas pasir menguning di Surfers Paradise, snorkel melalui khazanah berwarna-warni di Great Barrier Reef dan memandu kenderaan pacuan empat roda di Fraser Island. Jelajahi Daintree Rainforest yang menakjubkan dengan pemandu pelancong Orang Asli atau sewa kapal pesiar untuk pergi ke Whitsunday Island yang mempesonakan. Nikmati suasana santai pusat peranginan di Noosa, bermain-main di pantai di Capricorn Coast dan lihat kesan tapak kaki dinosaur berdekatan Winton. Pergi menyelam dari bandar Bundaberg yang mewah dan berjalan dalam belukar melalui taman negara berdekatan Mackay. Berkunjung ke kilang wain dan rodeo di Southern Queensland Country dan pergi menunggang kuda di Magnetic Island, Townsville. Bagaimanapun cara anda menjelajah Queensland, lanskap dan gaya hidupnya akan kekal dalam ingatan anda.
Berbasikal di City Botanic Garden atau belayar menyusuri Brisbane River sambil melihat burung undan. Bersantai di taman dan lagun di South Bank atau pergi ke kafe dan kedai butik di Fortitude Valley. Untuk pemandangan bandaraya dan sekitarnya yang mendebarkan, anda boleh mendaki jambatan, menakik turun Kangaroo Point Cliffs atau merentas dengan menaiki belon udara panas. Di perairan jernih dan pulau yang berdekatan Moreton Bay, anda boleh memancing, menaiki bot, memberi makan kepada dolfin liar dan guna toboggan untuk menuruni gumuk pasir tertinggi di dunia.

Bermain-main di atas pasir atau pergi ke kelab malam bertaraf dunia di Surfers Paradise. Kemudian jejaki hutan hujan yang tersenarai dalam Warisan Dunia di pedalaman Gold Coast dan di sini anda boleh berenang di dalam kolam batu yang jernih airnya, menjelajah hutan hujan seperti di Mount Tamborine dan lihat kumpulan cacing kalimantang terbesar di Australia. Sudah tentu anda tidak boleh ketinggalan melawat taman tema terkenal di Gold Coast. Lihat pertunjukan dolfin dan singa laut di Sea World, naik tunggangan menyeronokkan yang paling laju dan tertinggi di dunia di Dreamworld atau terjun ke dalam kolam ombak gergasi di Wet 'n' Wild Water Park.

Alami keceriaan yang sofistikated dan cerah di Hasting Street di Noosa atau lihat beruang koala di pinggir pantai hutan hujan Noosa National Park. Berbasikal lasak (mountain bike) atau menakik turun puncak gunung berapi di Glasshouse Mountain. Atau berjalan melalui air terjun dan hutan hujan di Kondalilla National Park. Melihat-lihat kafe, pub desa, galeri seni dan barangan antik di perkampungan pergunungan yang lengang di Montville dan Maleny yang terletak di atas Blackall Range. Makan makanan laut di Mooloolah River di Mooloolaba dan beristirehat di pantai yang lebar di Maroochydore. Di Caloundra yang mesra keluarga, anda dapat melihat pantai yang hebat untuk bermain luncur air dan caruk muara yang penuh dengan ikan.

Menginap di bandar kosmopolitan Cairns dan melancong seharian ke Great Barrier Reef yang tersenarai dalam Warisan Dunia. Snorkel atau menyelam dalam kawasan perairan tropika yang suam bersama batu karang, bunga karang dan ikan yang berwarna-warni. Atau pergi ke Daintree Rainforest purbakala yang menakjubkan. Di sini anda boleh belayar melalui Daintree River melepasi burung, haiwan dan buaya atau menyeberang dengan menaiki feri ke Cape Tribulation iaitu kawasan kenderaan pacuan empat roda. Menonton persembahan oleh Tjapukai iaitu teater tari terkenal Orang Asli, kemudian naik kereta api Kuranda Scenic Railway menuju ke perkampungan hutan hujan yang lengang di Kuranda. Memancing di Mission Beach yang tenang iaitu tempat hutan hujan bertemu terumbu atau minum koktel di pekan peranginan Port Douglas yang ceria. Manjakan diri anda di spa Palm Cove atau berkhemah, memancing dan memandu kenderaan pacuan empat roda di kawasan hutan terpencil Cape York Peninsula. Jelajahi sistem tiub lava terpanjang di dunia di Undara Volcanic National Park dan sebuah istana 1930an yang diilhamkan dari Sepanyol di Paronella Park.

Anda boleh belayar, berenang, snorkel, menyelam atau hanya beristirehat di Whitsundays yang mempunyai 74 buah pulau bersih yang dikelilingi pokok palma dan terletak di Great Barrier Reef dan Coral Sea. Nikmati suasana kawasan peranginan mewah bertaraf lima bintang di Hayman Island dan berparti di pulau Daydream atau Hamilton. Kunjungi Whitsunday Island dan berjalan di atas pasir putih bersih di Whitehaven Beach. Berkhemah di hutan belantara Hook Island atau rasai suasana pelancongan alam semula jadi di South Molle Island. Anda boleh menginap di bandar backpacker yang bebas dari kerungsingan di Airlie Beach atau pergi ke pulau tropika dengan kapal layar yang disewa.

Memandu kenderaan pacuan empat roda melepasi cenuram berwarna, hutan hujan serta lagun air tawar di Fraser Island yang tersenarai dalam Warisan Dunia dan merupakan pulau pasir terbesar di dunia. Atau kunjungi Lady Elliot Island di Southern Great Barrier Reef. Belayar bersebelahan dengan ikan paus kelasa yang besar bersama anak-anaknya di Hervey Bay antara awal bulan Julai dan akhir bulan Oktober. Lihat Queenslander yang mewah dan rumah kolonial di Maryborough yang bersejarah. Ikuti trail wain melalui South Burnett Valley yang subur kemudian berkhemah dan meredah belukar di antara pokok ara strangler dan Bunya Pines di Bunya Mountain yang terletak di belakangnya.

Nikmati stik yang sangat enak di Rockhampton iaitu pusat daging lembu di Australia. Kemudian pergi ke utara menuju ke Capricorn Coast yang mempunyai 13 pantai yang sangat indah dari Yeppoon hingga ke Emu Park. Di kawasan pedalaman, anda dapat melihat seni batu Orang Asli di Carnarvon National Park dan Rainbow Falls yang indah pemandangannya di Blackdown Tableland National Park. Berdayung di sepanjang Byfield River di Byfield National Park dan cari batu permata di Sapphire Gemfields, yang merupakan padang permata terbesar di Hemisfera Selatan. Di sekeliling pelabuhan Gladstone yang cantik, anda dapat melihat hutan hujan, gaung, tasik dan pantai berpasir putih yang terbentang hingga ke Southern Great Barrier Reef. Memancing ikan barramundi di Lake Awoonga dan berkhemah serta memandu kenderaan pacuan empat roda di kaki bukit Mount Castletower National Park. Jelajahi cenuram Kroombit Tops yang menakjubkan atau berkunjung seharian ke Fitzroy Lagoon untuk menyelam, snorkel, memancing dan juga berjalan di atas terumbu.

Lihat fosil yang ditinggalkan 25 juta tahun dahulu di Riversleigh Fossil Fields yang tersenarai dalam Warisan Dunia dan rempuhan dinosaur diawet yang terbaik di dunia di Lark Quarry Dinosaur Trackways berdekatan Winton. Berkanu menyusuri air berwarna hijau zamrud di Lawn Hill Gorge di Boodjamulla National Park. Mencari baiduri di Opalton, Quilpie dan Yowah, batu kecubung berdekatan Cloncurry dan batu bulan di Moonstone Hill. Memandu kenderaan pacuan empat roda di trek pedalaman terkenal seperti Birdsville Track atau Plenty Highway. Atau sertai pengembaraan di jalan di Matilda Highway yang terbentang lebih daripada 1700km dari Cunnamulla ke Karumba di Gulf of Carpentaria. Lihat kuda liar mengambungkan penunggangnya di Mount Isa Rodeo atau ketahui cara mengumpul dan menggunting bulu haiwan di ladang ternakan lembu atau kambing biri-biri.

Anda boleh menjamu selera dengan makanan laut yang segar, buah-buahan tropika dan daging stik yang empuk di bandar kecil di pinggir pantai di Mackay. Meredah belukar dan berenang di sepanjang tepi laut Cape Hillsborough National Park yang dramatik kemudian lihat platipus di Broken River di oasis subtropika Eungella National Park. Belayar atau naik kapal terbang laut ke sebuah pulau di Great Barrier Reef. Berkhemah di Newry Islands atau tinggal beberapa malam di Brampton dan meredah belukar di denai semula jadinya yang banyak. Lihat ikan terumbu atau snorkel di Bushy Atoll iaitu sebuah lagun terapung penuh dengan batu karang dan hidupan marin. Lihat salah satu lombong batu arang terbesar di Australia di Blair Athol di daerah pedalaman dan ladang bunga matahari yang besar di kawasan tanah tinggi di Peak Range Mountains.

Terokai bangunan lama mewah dan sejarah pembuatan gula serta minuman keras rum di Bundaberg. Sertai lawatan menyelam atau memancing ke Lady Elliot Island dan Lady Musgrave Island iaitu pulau karang yang paling jauh ke selatan di Great Barrier Reef. Lihat sarang penyu kepala besar (loggerhead) dan lihat telurnya menetas di Mon Repos Beach. Berenang atau memancing di Elliot Heads, menyelam di Coral Cove dan Innes Park atau lihat kanggaru di Woodgate Beach, hanya antara beberapa buah pantai bersih di sepanjang pinggir laut yang terbentang sejauh 140 kilometer. Kunjungi pulau Lady Elliot atau Lady Musgrave di Southern Great Barrier Reef. Menginap di bandar 1770, yang indah umpama gambar pada poskad. Bandar ini dinamakan sempena tahun ia ditemui oleh Captain Cook. Atau bermalam di bandar bersejarah yang kaya dengan ciri tersendiri di Gin Gin dan Childers. Meredah belukar di hutan hujan yang subur di Cania Gorge National Park dan kagumi Mystery Craters purba di Eurimbula National Park.

Negeri Southern Queensland
Jelajahi kilang wain, dusun dan perkampungan bersejarah yang cantik seperti Nanango, Blackbutt dan Yarraman di South Burnett. Menginap di rumah tumpangan yang selesa di Southern Downs. Bersiar-siar di jalan lebar yang dikelilingi bunga ros dan bangunan batu pasir lama serta Warwick Rodeo yang menyeronokkan di Warwick. Lihat pemandangan panorama di Sundown National Park, batu tongkol granit yang mencuar tinggi di Girraween National Park dan Queen Mary Falls yang tingginya 40 meter di Main Range National Park. Di Bald Rock National Park, anda dapat melihat batu terbesar selepas Uluru. Jelajahi jalan bersejarah, batas bunga yang terang warnanya dan halaman yang dijaga rapi di Toowoomba iaitu bandar taman di penjuru Great Dividing Range. Di sini anda boleh menikmati Carnival of the Flowers setiap bulan September.

Jangan ketinggalan melihat matahari terbenam yang nescaya sensasi, pantai yang indah pemandangannya dan aktiviti kehidupan malam yang nyaman di Townsville Naik katamaran ke Magnetic Island dan di sini anda boleh meredah belukar melalui taman negara, menunggang kuda di pantai bersih, berenang di teluk terpencil dan snorkel sambil melihat terumbu karang yang pelbagai warna. Di sini anda boleh melihat ikan paus kelasa pada bulan Ogos dan beruang koala di Koala Park Oasis sepanjang tahun. Di dalam muzium Chasrters Towers, anda dapat mendengar muzik country, melihat bangunan warisan mewah dan bursa saham pertama Australia. Kunjungi tarikan alam semula jadi Saunders dan Balgal Beach serta air terjun Wallaman yang jatuh menegak tertinggi di Australia.