Bersantai di syurga alam semula jadi Noosa

Bersantai di syurga alam semula jadi Noosa

Kembali ke alam semula jadi dalam suasana mewah dan anggun.

Suasana yang santai dan bangunan yang lebih rendah daripada pepohon di sekitarnya, menjadikan syurga sub tropika Noosa sebagai tempat di mana anda boleh benar-benar beristirahat dan bersantai. Namun itu tidak bermakna bahawa tiada aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Noosa membawa glamor pusat peranginan antarabangsa ke pantai yang asli dan belum diterokai, taman negara dan pedalaman yang subur.

Di mana jua anda tinggal di Noosa - cuma 90 minit memandu ke utara Brisbane di Sunshine Coast – anda pasti semakin hampir dengan alam semula jadi. Lihat koala dan mergastua eksotik di pepohon dekat tempat anda menginap, memancing di pantai, sungai dan terusan atau berenang, meluncur air dan mengembara berjalan kaki di Taman Negara Noosa yang paling banyak dikunjungi di Queensland. Laluan jalan kakinya yang banyak, berliku-liku melalui belukar dan di sepanjang pantai, menawarkan pemandangan yang mampu membuat anda terpegun.

Bunyinya seperti begitu terpencil, namun taman negara ini sebenarnya hanya di seberang bukit dari butik, restoran, bistro, kelab malam dan pangsapuri tepi pantai yang anggun di Hastings Street. Inilah tempatnya untuk menyaksikan reaksi manusia, makan di restoran, membeli belah, memanjakan diri dengan rawatan spa atau menghabiskan masa di kafe. Bersiar-siar di jalur yang begitu sofistikated ini, sebelum bersantai di Pantai Main yang terkemuka atau Noosa Woods yang indah pemandangannya.

Makanan yang enak dan cuti istirahat saling bergandingan, dan senario gourmet di Noosa sememangnya terkenal di seluruh dunia. Nikmati cita rasa dan hasil sub tropika dalam kursus masakan, bahan yang dibeli segar daripada pasar tani tempatan atau nikmatinya di restoran yang menawarkan pemandangan yang cukup indah.

Jika anda tidak menggemari sukan air, terdapat juga aktiviti memancing, menunggang jet ski, ski air, meluncur air, berlayar serta menyelam dan bersnorkel di tempat-tempat hebat setelah makanan anda dihadamkan. Bawa bot anda sendiri atau sewa dari khidmat sewa bot di tebing sungai. Terokai sistem terumbu yang hampir belum dijelajahi, di tempat yang sedikit terkeluar dari Noosa Heads atau menyelam di bangkai kapal HMAS Brisbane.

Cuma di luar sedikit dari Noosa, anda akan melihat perkampungan yang indah dan aman damai dengan pasar terbuka, galeri seni, restoran gourmet dan pubnya yang mesra pengunjung. Tinjau pasar Eumundi yang tersohor – yang dibuka pada hari Rabu dan Sabtu – menjual pakaian, perabot, barang kemas dan makanan serta wain tempatan.

Selamat datang ke Noosa, di mana anda boleh menggantikan tekanan di bandar dengan glamor tepi pantai dan istirahat yang semula jadi.

Idea Australia selanjutnya