Sunshine Coast, Queensland

Sunshine Coast, QLD. © Tourism QLD

Sunshine Coast, Queensland

Cuaca Sunshine Coast yang elok, hanya lebih satu jam perjalanan dari Brisbane, sangat sesuai untuk percutian yang penuh aksi atau untuk melarikan diri dari kesibukan pada bila-bila masa sepanjang tahun. Sunshine Coast mempunyai empat rantau kecil, semuanya dengan tarikannya yang tersendiri. Pantai murni terbentang jauh beberapa batu, dengan kedua-dua pantai yang selamat untuk direnangi dan halangan luncuran yang mengagumkan.

Hastings Street di Noosa yang penuh dengan restoran dan butik fesyen yang anggun terletak hanya beberapa langkah dari pantai. Sunshine Beach, Sunrise Beach, Marcus Beach, Peregian Beach dan Coolum Beach semuanya pantai meluncur yang tidak sibuk. Airnya biru bergemerlapan dan pasirnya putih murni. Di hujung Hastings Street, Noosa National Park menampilkan pemandangan pinggir pantai yang mengagumkan dan kelimpahan hidupan liar Australia yang asli.

Pasar-pasar di rantau ini merupakan gabungan pemandangan, bunyi dan bau di mana anda boleh mendapatkan hasil tani yang segar, hasil kerja seni dan fesyen serta barang kemas asli hasil rekaan pereka setempat. Eumundi Markets adalah salah satu pasar yang terbaik di bandar ini. Pasar lain yang hebat termasuk Noosa Farmers Market, Peregian Beach Market, Cotton Tree Market dan Markets di Bulcock, Caloundra.

Mulakan di salah satu padang golf kejohanan di rantau ini seperti Palmer Coolum Resort, tempat asal kejohanan Australian PGA Championship, atau Twin Waters Golf Club, Pelican Waters Golf Club atau Noosa Springs Golf Resort.

Pergi menunggang kuda di pantai; atau tunggang motosikal Harley Davidson yang mengujakan.

Mooloolaba hingga Marcoola adalah nadi Sunshine Coast. Mooloolaba Spit merupakan salah satu pantai renang yang paling selamat di pinggir laut sebelah sini. Mooloolaba juga tempat terdapatnya pelabuhan yang besar, di mana anda boleh belajar berlayar atau menuju ke laut selama sehari untuk menangkap ikan di laut dalam atau sertai pelayaran memerhatikan ikan paus pada musimnya. Untuk menyelam atau bersnorkel, tuju ke HMAS Brisbane Conservation Park, tempat kapal karam di HMAS Brisbane.

Laluan jalan kaki di gigi air yang membawa anda dari Mooloolaba ke Maroochydore melalui Alexandra Headland sentiasa sibuk dengan aktiviti. Untuk persekitaran yang sunyi dan tenang, lawati Marcoola atau Twin Waters, yang pada hari tertentu hanya anda sahaja berada di pantai ini. Perhatikan kalau-kalau ada Penyu Karah/Sisik (Hawksbill) yang naik ke pantai untuk menetaskan anaknya. Ikuti pelayaran di Maroochy River ke Maroochy Wetland Sanctuary untuk menyaksikan kanggaru, walabi dan hidupan burung yang berkelimpahan.

Rantau Kawana hingga Caloundra merupakan taman permainan Sunshine Coast. Perairan tenang Golden Beach di Caloundra dilindungi oleh Bribie Island yang berhampiran. Peluncur yang berpengalaman haruslah menuju ke halangan luncuran di Moffat Beach.

Lepaskan diri dari luncuran, pasir dan matahari buat seketika kemudian terokai desa-desa pedalaman Sunshine Coast yang menawan melalui Glass House Mountains dan Mary Valley. Bandar-bandar seperti Mapleton, Montville dan Maleny menyediakan pemandangan yang menakjubkan, aktiviti berjalan kaki di hutan hujan, hasil tani segar serta hasil kerja seni dan kraf.

Sunshine Coast terletak kira-kira 100 kilometer ke utara Brisbane. Dari Sunshine Coast anda boleh juga menaiki feri kereta dari desa Tewantin dan menerokai Noosa North Shore, Great Sandy National Park dan Fraser Island yang tersenarai dalam Warisan Dunia.

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia