Masuk ke bawah tanah untuk mencari baiduri di Coober Pedy

Masuk ke bawah tanah untuk mencari baiduri di Coober Pedy

Ketahui kenapa semuanya berlaku di bawah tanah di ibu kota baiduri dunia ini.
Terdapat suasana santai dan mesra di Coober Pedy, yang menempatkan 3,500 penduduk dari lebih 45 negara yang telah turun ke bawah tanah untuk mengelakkan panas pedalaman yang menyelar. Kebanyakan daripada mereka bekerja di lapangan baiduri, namun komuniti bawah tanah mereka yang aneh – lengkap dengan gereja, hotel dan balapan golf tanpa rumput – telah menjadikan pelancongan industri kedua terbesar di sini.

Ditemui pada tahun 1913 oleh Willie Hutchison yang berusia 14 tahun, Coober Pedy dinamakan sempena perkataan Orang Asli kupa (orang yang tidak biasa atau orang putih) dan piti (lubang). Hari ini, 70 lapangannya meliputi hampir 5,000 kilometer persegi dan menghasilkan sebahagian besar baiduri di dunia.

Inilah tempatnya untuk ‘noodle’ – atau mendulang - baiduri, bertemu orang dari seluruh dunia di rumah mereka yang digali dan mengunjungi galeri seni bawah tanah. Pakai topi keledar keselamatan dan terokai sejarah Coober Pedy dalam lombong terbiar yang kini dijadikan muzium. Atau hayati kembali hari-hari di mana para pelombong menggunakan penukul dan penyodok untuk melombong dalam selirat laluan, di mana lipit baiduri masih terdapat pada dinding-dindingnya.

Apabila anda kembali ke atas tanah, lawati landskapnya yang kelihatan seperti telah ditimpa malapetaka yang menggerunkan dan lihatlah Pagar Anjing. Berukuran lebih 5,000km, ia dibina untuk melindungi haiwan ternakan daripada dingo, anjing liar Australia. Jangan lupa untuk melangut ke langit pedalaman pada waktu malam, untuk melihat taburan bintang yang lebih bergemerlapan daripada baiduri.

Idea Australia selanjutnya