Hayati ruang yang luas di Semenanjung Eyre

Baird Bay, Eyre Peninsula, SA. © SATC & Caroline Fisher

Hayati ruang yang luas di Semenanjung Eyre

Gantikan kesesakan manusia dengan landskap semula jadi, hidupan liar yang kaya dan makanan laut yang lazat di Semenanjung Eyre.
Anda boleh menghabiskan berminggu-minggu menerokai suak dan teluk yang terlindung, memancing dari pantai yang terpencil dan meninjau ikan paus gergasi dari cenuram batu kapur yang tinggi. Ini semua sebelum anda menjejak kaki pun di taman-taman negara, gua purba serta Nullarbor yang sangat indah. Sebagai menggantikan pokok, dataran pra-sejarah ini mempunyai haiwan peribumi dan sejarah Orang Asli berusia ribuan tahun. Tidak jauh dari sini anda akan mendapati keajaiban geologi Banjaran Gawler yang berusia 1.5 bilion tahun dan Lake Gairdner- tasik garam yang telah kering yang disempadani bukit bukau purba

Berenang dengan singa laut dan lelumba yang suka bergurau di habitat semula jadi mereka. Bersnorkel atau menyelam di sebelah sotong katak besar – kamaleon di dalam laut – di perairan yang dilindungi dekat Whyalla. Atau dekati yu Putih Besar apabila anda menyelam dalam sangkar di perairan selatan Port Lincoln.

Di daratan pula anda boleh menghampiri kanggaru, emu dan helang yang terbang tinggi. Di Semenanjung Eyre, interaksi antara empat mata dengan semua jenis makhluk adalah perkara biasa, bukan sesuatu yang luar biasa. Lakukan kembara safari dalam kenderaan pacuan empat roda di Banjaran Gawler dan saksikan spesies peribumi bermain-main dalam habitat semula jadi mereka. Atau saksikan Paus Southern Right kami dari pesisir pantai Dataran Nullabor di antara Mei dan Oktober.

Jika anda gemar memancing, anda pasti menyukai pelbagai tangkapan yang banyak di Semenanjung Eyre. Bagi mereka yang lebih suka ikan di hujung garpu mereka, anda boleh mendapati antara makanan laut terbaik di Australia. Anda boleh membeli ikan whiting, jenahar, garfish, udang dan udang galah segar dari bot-bot di Pasar Tani dan Nelayan di Streaky Bay pada bulan April. Atau susuri laluan makanan laut dan budaya akua dalam perjalanan memandu di atas jalan yang amat menarik pemandangannya dari Whyalla ke Ceduna.

Hayati ruang yang luas dan alam semula jadi dalam keadaan yang masih murni dan tidak disentuh di Semenanjung Eyre, di mana, komoditi yang kurang terdapat di sini adalah manusia.

Idea Australia selanjutnya