Wadah musim bunga Kangaroo Island

Wadah musim bunga Kangaroo Island

Dari hidupan liar hingga bunga liar, dari bulan September hingga November, musim bunga menyediakan persembahan penuh aksi di Kangaroo Island  Paling menariknya, kedudukan denai yang banyak di situ begitu strategik yang membolehkan anda melihat semua keindahan di sini dengan jelas.  Lihat dolfin dari Cape Borda dan burung yang berhijrah di Cape Gantheaume Conservation Park.  Berjalan melepasi bunga liar yang berwarna-warni di Hanson Bay.  Lihat burung randuk yang baru sampai dari Siberia dan anak kanggaru yang baru keluar dari kantung ibunya.  Lihat platipus bersarang dan angsa Cape Barren dari spesies terancam dari jarak dekat.  Dengan udaranya yang nyaman dan cerah serta hidup liarnya yang penuh bertenaga, musim bunga merupakan waktu yang baik sekali untuk membongkar rahsia Kangaroo Island. 

Berjalan ialah cara yang baik sekali untuk mendekati haiwan asli dan rupa bumi yang indah di Kangaroo island.  Bermula dengan berjalan sebentar di Ermul Clifftop Hike di Cape Borda, di hujung utara-barat pulau ini.   Lihatlah helang laut terbang melayang, dolfin yang nakal dan ikan paus ketika haiwan ini dalam perjalanan untuk berhijrah setiap tahun.  Selepas itu, sertai pelancongan berpandu melalui Cape Borda Lightstation yang bersejarah dan redah laluan yang dilalui oleh penjaga rumah api untuk membawa bekalan ke sana.   Di Flinders Chase National Park, anda dapat melihat pemandangan pantai yang cantik di Cape du Couedic Hike.  Atau berjalan ke Admirals Arch untuk melihat ratusan kanggaru jinak dan ribuan anjing laut berbulu New Zealand bermain di atas batu.  Ikut Platypus Waterholes Walk ke Rocky River, di sini pada musim bunga angsa Cape Barren mengeram telurnya dalam rumput iris asli dan platipus bersarang di dalam korok sepanjang sehingga 20 meter. 

 Untuk menyemarakkan hari anda, ikut perjalanan selama enam jam di Hanson Bay Hike di Kelly Hill Conservation Park yang terletak di pantai selatan.  Berjalan dengan senyap melepasi kanggaru dan   walabi yang sedang memberi makan anak yang baru belajar berdikari.  Possum, goanna, platipus dan wiruk juga membina sarang di celah-celah kawasan hutan gam merah jambu, mallee, heath pantai, lagun air tawar dan gumuk purba.   Di Cape Gantheaume Conservation Park, berjalan di Curley Creek Hike membawa anda melepasi Murray Lagoon tempat burung randuk terbang ke sini dari Siberia pada akhir musim sejuk dan awal musim bunga.   Anda juga akan lihat burung stilt, swan dan itik.  

Denai mana pun yang anda ikut, anda akan melihat bunga liar yang membanjiri Kangaroo Island dengan warna dari akhir bulan Ogos hingga pertengahan bulan Oktober.  Antara 100 jenis bunga yang terdapat di sini, 40 daripadanya terdapat hanya di pulau ini sahaja.  Bunga wattle, bottlebrush, bunga belukar yang kecil dan orkid asli menghiasi kawasan semak heath dan kawasan pantai dengan warna putih, jingga, kuning, merah jambu dan biru.  Tanyalah penduduk tempatan nama timang-timangan yang indah bagi bunga seperti 'Jam Tart Bush' dan 'Egg and Bacon'.  Pokok eucalyptus juga berada di kemuncak pengeluarannya dengan satu tan daun menghasilkan 30 liter minyak.  Anda boleh membeli sesetengah produk dari kilang penyulingan di Kingscote. 

Sudah tentu anda tidak boleh melepaskan peluang melawat tarikan-tarikan terkenal di Kangaroo Island.  Pergi ke Penneshaw dan lihat penguin kecil berjalan pulang beramai-ramai setiap malam selepas mencari makanan di Southern Ocean atau lihat sekumpulan singa laut Australia di pantai di Seal Bay.   Berjumpa walabi, possum berbulu berus (brush-tailed) dan kanggaru dalam perjalanan pada waktu malam di sepanjang American River.  Peluk koala dan beri makan burung lorikeet dengan tangan anda, pegang possum atau biarkan diri anda dilingkari ular di Stokes Bay.  Menyelam bersama-sama naga laut berupa daun yang pandai menyembunyikan diri, ikan blue devil dan ikan harlequin dari Emu Bay atau Stokes Bay di utara pulau ini. 

Jangan ketinggalan melihat pertunjukan hidupan liar dan bunga liar terunggul di Kangaroo Island pada musim bunga.

Idea Australia selanjutnya