Percutian Tasmania yang boleh diingati

Percutian Tasmania yang boleh diingati

'Tiada yang seumpama pengalaman melihat matahari terbenam bersama rakan-rakan baik, setiap seorang mempunyai personaliti berbeza seperti laut, matahari dan pasir tetapi bersama-sama menjadi sebuah kenangan abadi untuk dihargai.'

Keseronokan, rakan-rakan dan matahari terbit di sebalik pantai putih – merupakan dunia yang jauh berbeza daripada jadual belajar yang “membosankan dan betul-betul mencabar” di Malaysia. Raja dan tiga rakannya baru sahaja menyudahkan semester yang mencabar dalam pengajian ijazah seni bina dan sangat-sangat memerlukan percutian. Mereka semua bersetuju bahawa Tasmania – dengan alam semula jadi terpelihara dan rentak yang menenangkan, merupakan tempat terbaik untuk melarikan diri sebentar daripada rutin seorang pelajar.

“Percutian itu sangat diingati kerana kedua-dua teman dan destinasi menyempurnakan satu sama lain. Apa yang bermula sebagai perjalanan ringkas akhirnya menjadikan kami lebih rapat, walaupun kami berbeza kerakyatan dan mempunyai pandangan berbeza. Bersama, kami bersatu dan terpegun dengan pemandangan menakjubkan alam semula jadi Tasmania,” kata Raja.

Raja dan rakan-rakannya meluangkan sebahagian besar percutian mereka di Hobart, di mana sebagai penggemar fotografi, mereka sangat menghargai seni binaan bersejarah. Mereka mengambil banyak gambar menarik di Salamanca Place, dengan jalan batu buntarnya dan gudang Georgian. Mereka turut mendaki Mount Wellington yang berceracak dan berangin, mengambil gambar pemandangan panorama Hobart dan Derwent River. Setelah mendaki turun, kumpulan itu menikmati apa yang Raja huraikan seperti “salah satu daripada ikan dan kentang goreng terbaik” dalam hidupnya, dari sebuah kedai kecil berdekatan kawasan dermaga Hobart.

Pada asalnya Bruny Island tidak termasuk dalam jadual perjalanan mereka, tetapi Raja dan rakan-rakannya mengambil keputusan melawatnya setelah mendapati yang ia hanya memerlukan pemanduan singkat dan menaiki feri dari Hobart. Mereka juga suka dengan cerita tentang pemandangannya – kawasan luar bandar yang menghijau, cenuram laut yang menjunam, hutan berpagarkan paku-pakis, pantai terpelihara serta hutan heath di tepi pantai. Di sinilah Raja mengambil gambar yang digunakannya untuk memasuki peraduan Tiada Yang Seumpama Australia, yang seterusnya menjadi simbol intipati percutiannya.

“Kami bermalam di situ untuk menyaksikan matahari terbit dan mengambil gambar kami bermain-main di pantai. Ia dapat dirangkupkan dalam tiga perkataan, kejutan yang menyeronokkan,” kata Raja yang masih ingat berkongsi jenaka dengan warga tempatan sambil menunggu feri pulang ke jeti.

Setelah itu kumpulannya meneroka sepanjang pantai timur Tasmania ke Wineglass Bay di Freycinet Peninsula. Walaupun terlepas melihat matahari terbenam yang terkenal dari tempat meninjau, Raja dan rakan-rakannya menghargai masa dengan menghayati alam semula jadi dan mengukuhkan ikatan persahabatan antara satu sama lain.

Ini merupakan satu perubahan yang sangat dialu-alukan dalam rutin pelajar harian Raja, sepertimana dihuraikan olehnya sebagai “melekat pada skrin komputer dengan jadual makan dan tidur yang tunggang-terbalik.”

Untuk “pelarian Australia hebat berikutnya”, Raja bertekad untuk menjejak kaki ke Opera House terkenal Sydney dan melihat Sydney Harbour Bridge.” Selepas itu, dia mahu melihat Australia “sedikit demi sedikit…seperti sebuah kisah cinta hebat.”



Baca lebih lanjut mengenai Cerita Percutian Australia

Canberra, bandaraya pencinta alam sekitar
Percutian impian di Gold Coast
Bulan madu Hobart – semuanya tentang lawatan harian
Keajaiban Geologikal di Karijini
Dari Perth ke Pinnacles
Fajar menyingsing di ikon World Heritage Australia
Kembara Australia – dari Red Centre ke Tasmania
Keseronokan keluarga di Margaret River
Keajaiban Kakadu yang sentiasa berubah

Tangalooma, Pulau Moreton
Taman Negara Tasman, Tasmania
Kimberley: cerita Australia yang takkan dilupakan
Valley of The Giants
Percutian Australia yang Hebat
Percutian Tasmania yang boleh diingati
Keseronokan sepanjang Great Ocean Road
Wave Rock: Satu Keajaiban Australia Barat

Idea Australia selanjutnya