Liffey Falls yang tenteram di Tasmania

Liffey Falls yang tenteram di Tasmania

Bersedia untuk ketenteraman sepenuhnya di Liffey Falls, yang terletak dalam Great Western Tiers sekitar sejam pemanduan dari Launceston dan 90 minit dari Devonport. Tiada tempat setenang di sini, di dalam hutan hujan yang tersenarai sebagai Warisan Dunia, di mana anda boleh mendengar burung menyanyi dan melihat air melata jatuh ke atas batu pasir. Ikuti jejak alam semula jadi mempesonakan ke Liffey Falls atau luangkan petang yang santai di kawasan berkelah berpagarkan paku-pakis. Anda boleh menerokai kampung Deloraine yang menyukai kerja kraf tangan aneh dan gua batu kapur di Mole Creek Karst National Park berdekatan.

Merupakan sebahagian daripada kawasan Warisan Dunia Tasmania, Liffey Falls State Reserve mudah dihubungi melalui Launceston dan Devonport, dan kira-kira dua jam setengah pemanduan dari Hobart. Penduduk Tasmania dan pelancong datang ke sini untuk berkelah dan bersiar-siar melalui hutan eukalipt basah ke kaki Liffey Falls. Ia merupakan yang terakhir dan yang paling menakjubkan daripada empat air terjun yang menjunam turun dari Great Western Tiers, menampakkan tetangga batu pasir dalam aliran deras menuju ke Liffey River. Laluan 40 minit kembali ke Liffey Falls diturap dengan elok dan mempunyai banyak platform pemandangan di mana anda boleh mengambil gambar lata atas.

Gulf Road Walk merupakan jejak yang lebih panjang dan lebih sunyi melewati air terjun ke Gulf Road Picnic Area, yang suatu masa dahulu merupakan tapak pembalakan. Ia mengambil masa selama dua sehingga tiga jam untuk disudahkan, dan menawarkan pemandangan hebat Drys Bluff, yang merupakan puncak tertinggi di Great Western Tiers. Sebagai alternatif, Liffey River Track merupakan laluan berjalan kaki selama 90 minit di Great Western Tiers, jauh dari Lake Highway, dan melalui hilir sungai ke Liffey Picnic Area.

Mereka yang kurang cergas boleh menikmati makan tengah hari di bawah cahaya matahari, yang terletak berdekatan pintu masuk taman dan parkir kereta. Ia mempunyai pondok berkelah dan gas barbeku dan dipagari pokok manfern yang tinggi dan pokok eucalipt seperti myrtle, sassafrass and leatherwood. Terdapat juga Big Tree Stroll, titian kayu menggelungi sekitar tapak eukalipt yang sangat besar.

Rizab ini melindungi himpunan hidupan liar, daripada burung , kelawar mahupun bandikut. Lihat dan dengar robin merah jambu, rosella hijau dan fairy-wren di dalam hutan hujan dan lihat udang krai gergasi and platypus pemalu di dalam dan sekitar air jernih di Liffey River. Anda juga boleh melihat Tasmania Devil, quoll, bandikut dan wallabi mencari makanan pada waktu senja.

Semasa perjalanan balik dari Liffey Falls, luangkan masa untuk berhenti di perkampungan pinggir sungai Deloraine yang mempesona dan tersenarai sebagai warisan. Pada bulan November, senibina Georgian dan Victorian yang diperbaik semula keindahannya di bandar menjadi latar belakang salah satu daripada pesta kraf paling besar di negara ini. Memburu barangan antik, temui Tasmania Devil di dalam taman hidupan liar dan bersiar-siar antara ladang dan kilang yang menjual madu, keju, buah beri dan ikan salmon. Satu lagi tarikan berdekatan ialah Mole Creek Karst National Park, di mana anda boleh melawat gua batu kapur yang mengagumkan, menemui pertunjukan cacing bercahaya dan laluan air dan gua bawah tanah.

Terdapat banyak untuk dilihat di dan sekitar Liffey Falls serta saluran alam semula jadinya yang tenteram.

Idea Australia selanjutnya