Rahsia musim sejuk Tasmania

Rahsia musim sejuk Tasmania

Udaranya mungkin sejuk dan segar, tetapi di Tasmania, musim sejuk jelas sekali tidak melumpuhkan aktiviti anda. Raikan solstis di Hobart atau meluncur salji di Ben Lomond National Park. Mendaki tanah tinggi Cradle Mountain yang diselaputi salji atau beristirehat di tepi perdiangan rumah persinggahan di Semenanjung Freycinet. Apa-apa sahaja yang anda lakukan, jangan lepaskan masa keemasan dalam setahun ini di Tasmania.

Tentu sekali anda mengharapkan musim bunga tidak akan menjelang tiba sekiranya anda sangat gemar bermain ski. Anda pasti teringatkan musim sejuk apabila meluncur turun atau merentasi cerun berdebu Legges Tor di Taman Negara Ben Lomond. Puncak berbatu yang luar biasa tingginya adalah cuma sejam pemanduan dari Launceston di utara negeri. Jauh ke selatan, perjalanan 90 minit dari Hobart ke Mount Mawson diiringi pemandangan yang indah. Terletak di Taman Negara Gunung Field, kawasan bermain ski yang kecil namun mudah diluncuri ini mempunyai lereng luncur untuk semua peringkat pengalaman, dan ada antaranya merupakan laluan paling curam dalam negara.

Jika anda lebih gemar bersiar-siar dari meluncur salji, tuju ke Narnia-hutan putih Cradle Mountain - Taman Negara Lake St Clair. Laluan darat yang terkenal ini boleh jadi berbahaya semasa musim sejuk, tetapi banyak laluan pendek membolehkan anda melalui pemandangan tersebut. Ikuti Laluan Enchanted melalui hutan hujan yang dihiasi keputihan fros. Atau luangkan masa sejam dua untuk bersiar-siar di sekitar Dove Lake yang berkilau-kilauan di bawah puncak Cradle Mountain yang gelap. Di sebelah selatan taman, anda boleh membuat perjalanan sejauh 18km mengelilingi Lake St Clair yang dilitupi ais – tasik air tawar semula jadi yang paling dalam di Tasmania.

Musim sejuk di Taman Negara Freycinet adalah satu lagi rahsia alam semula jadi yang terpelihara. Hari yang dingin amat sesuai sekali untuk meredah semak di pinggir laut yang cantik. Mendaki merentasi Hazards merah jambu bercerancang, melewati burung-burung laut, bunga-bunga liar Tasmania dan kolam batu yang kecil. Dari atas, lihat keluar merentasi lengkungan biru-hijau Wineglass Bay yang terang. Pada waktu malam, duduk berdekatan api yang marak atau diselaputi selimut bersama langit yang terang dengan bintang.

Musim sejuk ini, datang ke Tasmania untuk percutian penuh aksi dengan perayaan dan pendiangan, bersiar-siar dan salji.

Idea Australia selanjutnya