Taman Negara Tasman, Tasmania

Taman Negara Tasman, Tasmania

'Tiada yang seumpama bersendiri di tengah-tengah pinggir pantai Tasmania yang begitu indah ini.'

Walaupun ini lawatannya yang ke-15 , pensyarah universiti Singapura, Andy masih kagum dengan keindahan dan kepelbagaian Australia. Walaupun kebanyakan lawatannya sebelum ini adalah atas urusan kerja, kali ini Andy meneroka Tasmania bersama empat ahli keluarganya. Pinggir pantai Taman Negara Tasman yang bagaikan diukir oleh laut merupakan hentian terakhir sepanjang perjalanan 12 hari mengagumkan yang turut singgah di Bruny Island dan Port Arthur.

“Gambar yang saya ambil adalah dari tempat yang sangat rawak dan tidak dirancang. Abang ipar dan saya mengambil keputusan untuk memberhentikan kereta dan berjalan turun ke Maligon Canyon Lookout. Kami berjalan sehingga betul-betul ke tepi cenuram dan ia mengagumkan apabila merasai udara laut menyapa wajah. Kami berlegar-legar di situ sebentar, hanya menikmati keindahan pemandangan. Mestilah saya ambil banyak gambar,” kata Andy.

Berdekatan Tasman Peninsula, kira-kira satu jam dari Hobart tenggara, Taman Negara Tasman dikenali dengan cenuram laut mencakar langitnya dan formasi batu yang tersergam dan bersejarah. Andy dan keluarganya berhenti untuk melihat Blowhole, Tasman Arch dan Devil's Kitchen yang “hebat” sebelum memandu pulang ke Hobart.

Semasa di Tasman Peninsula, keluarga ini turut melawat Port Arthur Historic Site, yang dihuraikan Andy seperti “tempat yang menggerunkan, daripada segi kecantikan dan sejarah”. Pada tahun 1833 hingga 1850an, beberapa penjenayah tegar koloni itu dihantar ke sini untuk berkerja di Port Arthur, yang juga dikenali sebagai penjara Australia yang tidak boleh dilepasi. Hari ini pelawat boleh mendengar cerita berani banduan melarikan diri dan hukuman mengerikan semasa lawatan berjalan bersama-sama pemandu pelancong ke banyak tapak bangunan, puing dan rumah yang diubahsuai .

Satu lagi destinasi kegemarannya ialah Bruny Island, di mana Andy dan keluarganya merasai pengalaman menaiki bot jet selama tiga jam yang menyeronokkan. Terletak di D'Entrecasteaux Channel, dan boleh dihubungi dengan pemanduan singkat serta menaiki feri dari Hobart, Bruny Island dikenali dengan pemandangan tepi pantai yang hebat dan himpunan hidupan liar yang banyak. Pelawat boleh melihat walabi, wombat, shearwater ekor pendek dan penguin kecil di laluan pejalan kaki atau ikuti pelayaran hidupan liar melewati dolfin, ikan paus migrasi dan anjing laut Australia.

Andy terpegun dengan “landskap dan hidupan liar yang cantik” dan berkata “Tasmania mempunyai makanan laut paling segar yang pernah saya rasa.”

“Tiada yang seumpana pemandangan Tasmania – udara segar, makanan lazat dan semestinya orangnya yang hebat. Saya pasti akan kembali pada masa akan datang,” katanya.

Andy juga berpendapat bahawa Perth sungguh “hebat” dan telah melawatnya tiga kali bersama keluarga. Seterusnya, dia teruja untuk melawat Queensland, satu daripada beberapa negeri di Australia yang belum dikunjungi kerana kerja penyelidikannya.

“Saya teringin melihat Great Barrier Reef. Semoga saya boleh pergi ke sana dalam beberapa tahun lagi,” kata Andy.



Baca lebih lanjut mengenai Cerita Percutian Australia

Canberra, bandaraya pencinta alam sekitar
Percutian impian di Gold Coast
Bulan madu Hobart – semuanya tentang lawatan harian
Keajaiban Geologikal di Karijini
Dari Perth ke Pinnacles
Fajar menyingsing di ikon World Heritage Australia
Kembara Australia – dari Red Centre ke Tasmania
Keseronokan keluarga di Margaret River
Keajaiban Kakadu yang sentiasa berubah

Tangalooma, Pulau Moreton
Taman Negara Tasman, Tasmania
Kimberley: cerita Australia yang takkan dilupakan
Valley of The Giants
Percutian Australia yang Hebat
Percutian Tasmania yang boleh diingati
Keseronokan sepanjang Great Ocean Road
Wave Rock: Satu Keajaiban Australia Barat

Idea Australia selanjutnya