Victoria

Victoria

Dari Melbourne, terokai Great Ocean Road yang berceranggah, deretan pokok anggur Yarra Valley dan Macedon Ranges yang berdekatan serta Mornington Peninsula yang indah. Lihat penguin pari-pari di Phillip Island, percutian bot rumah menyusuri Murray River dan berjalan di pasir Wilsons Promontory dan 90 Mile Beach. Alami semula kerubut emas di pekan Bendigo dan High Country serta mendaki Grampians National Park.

Terletak di Yarra River di Port Phillip Bay, bandaraya bergaya dan ceria ini terdiri daripada laluan lorong tersembunyi, bar mewah, restoran eksklusif dan butik yang jarang ditemui. Lawat Federation Square iaitu ruang budaya mercu tanda bandar ini dan nikmatilah bir sambil menyaksikan matahari terbenam di pesiaran St Kilda yang indah. Membeli-belah sakan di Brunswick Street yang funki atau Chapel Street dengan kedai-kedai berkelas tinggi. Berjalan-jalan ke kafe, bistro dan bar di Southbank dan lihatlah pelbagai juadah dari seluruh dunia di Carlton, Richmond dan Fitzroy. Sertai Aboriginal Heritage Walk melalui Royal Botanic Garden dan bersorak beramai-ramai di Melbourne Cricket Ground. Asyikkan diri anda dengan karya teater dan muzik yang terlaris, muzium, perpustakaan dan seni awam serta terokai galeri dan teater kecil yang luar biasa dan temui benda yang mengagumkan.

Menginap di Yarra Glen yang merupakan pusat makanan dan wain kawasan ini dan lawatlah ladang anggur terkenal di Yarra Valley. Jejaki hutan dengan pokok tinggi ini di Dandenong Ranges National Park. Anda boleh berhenti di Sherbrooke Forest yang berkabus umpama dalam cerita dongeng atau naik kereta api Puffing Billy Steam Railway melalui perkampungan Belgrave, Gembrook dan Emerald. Berkunjung ke kawasan perlindungan hidupan liar Healesville yang terkenal dan bersiar-siar di taman, air terjun serta hutan di Marysville yang juga merupakan pintu masuk ke padang ski di Lake Mountain.

Berenang dengan dolfin dan ambil angin di teluk serta meluncur air di pantai di perkampungan bersejarah di tepi pantai di Sorrento. Berjalan di puncak cenuram dan lihatlah pemandangan yang menakjubkan serta rumah agam berjuta dolar di Portsea di puncak Semenanjung Mornington. Petik beri anda sendiri dan lawati ladang anggur dan galeri di Red Hill dan Main Ridge. Di Flinders, anda akan temui pantai, ladang anggur dan padang golf yang hebat.

Lake Daylesford, VIC
Lake Daylesford, VIC

Daylesford dan Macedon Ranges

Cubalah air mineral kesihatan di Hepburn Springs dan jelajah kedai antik di Kyneton. Berjalan di tanah belukar melepasi taman dan kawasan tepi bukit di Mount Macedon serta berkelah di Hanging Rock yang penuh lagenda. Kawasan ini umpama cerita dongeng di akhir lebuh raya yang sibuk dari Melbourne. Kawasan yang bagaikan alam cerita pari-pari ini terletak di hujung lebuh raya yang sibuk dari Melbourne. Tempat ini juga dipenuhi dengan galeri, butik dan tempat makan yang sedap.

Phillip Island, VIC
Phillip Island, VIC

Phillip Island

Lihat koala dan burung air di dalam hutan di Rhyll dan lihat penguin pari-pari terkedek-kedek pulang pada waktu senja di Summerland Beach. Untuk kehidupan liar lain, kunjungi Phillips Island Grand Prix Circuit, tempat Australian Motor Cycle Grand Prix dan V8 Supercar 500 diadakan. Untuk sampai ke sini, tiba di pintu masuk San Remo – yang juga syurga memancing dan burung undan- melalui jambatan.

Lawati tempat asal bot-stim-dayung di Echuca-Moama dan jelajahi sejarah peneroka di Swan Hill. Menjamu selera dengan makanan dan wain lazat di antara dusun pokok sitrus dan ladang anggur di oasis pedalaman di Mildura yang ceria. Di bandar sungai berkembar Yarrawonga-Mulwala, anda boleh berkhemah, berjalan di tanah belukar, bermain golf atau memancing ikan serta berski air di tasik dan sungai tempatan.

Terokai pantai, tanah belukar dan kanggaru di Anglesea dan lihat ombak epik menghempas Bells Beach, berdekatan bandar luncur air di Torquay. Berenang, meluncur air dan memancing di Lorne dan berjalan melalui air terjun serta hutan hujan subur di Otway Range yang berdekatan. Anda boleh berdiri di Shipwreck Coast dan kagumi lapisan batu kapur yang berceracak di Port Campbell National Park. Berkayak di laut dan meluncur air di Apollo Bay yang mempesonakan dan lihat ikan paus dari Warrnambool. Anda boleh memancing dan menyertai festival rakyat tahunan di Port Fairy yang bersejarah. Jelajah dan berkhemah di sepanjang Great Ocean Walk. Runut sepanjang 104km ini bermula dari teluk Apollo hingga ke 12 Apostles dan akan membawa anda melalui Taman Negara dan pantai-pantai yang indah Semua ini memberikan pemandangan yang menakjubkan.

Menginap di Halls Gap dan berjalan ke rabung Grampians menakjubkan yang menaik secara dramatik dari tanah rata yang luas terbentang di barat Victoria. Pergi meredah belukar, mendaki batuan, memancing dan berkanu di Grampians National Park yang berceranggah. Tempat ini juga syurga bagi hidupan liar, bunga liar dan tapak seni Orang Asli seperti tempat perlindungan Bunjil yang terkenal. Anda boleh memancing di tebing Wimmera River di pekan luar bandar yang aman di Horsham. Berkunjung ke perkampungan indah di Dunkeld di hujung selatan Grampian dan Stawell yang bersejarah dan sibuk di utara.

Mount Hotham, VIC
Mount Hotham, VIC

High Country

Berski atau turun dengan papan luncur salji di Mount Hotham iaitu ibu kota salji Australia atau di cerun curam taman permainan musim sejuk di Falls Creek. Bermain sukan musim sejuk, berbasikal atau memandu kenderaan pacuan empat roda di Mount Buller dan mengagumi keindahan granit unik Mount Buffalo. Kunjungi kilang wain yang dikelilingi pokok gam di Rutherglen dan lihat mahkamah tempat Ned Kelly dibicarakan di bandar kerubut emas bersejarah di Beechworth. Pergi memancing, naik bot rumah dan berski air di Lake Eildon. Atau menginap di Bright untuk berjalan, berbasikal serta menggunakan laluan mudahnya untuk ke padang salji dan makanan gourmet yang lazat.

Terokai hutan tepi pantai yang bersih di Wilsons Promontory National Park dan menyelam serta snorkel dengan hidupan marin yang berwarna-warni di Wilsons Promontory Marine National Park.
Dari Bairnsdale dan syurga percutian di Lakes Entrance, anda boleh menjelajah Gippsland Lakes serta Ninety Mile Beach dan di sini pasir halus menjadi habitat pelbagai spesies di muka bumi ini. Menginap di bandar tepi pantai yang indah di Mallacoota dan tenangkan diri anda di Croajingolong National Park yang berdekatan. Di sini terdapat eko-sistem yang sangat bernilai dan dilindungi oleh World Biosphere Reserve. Terokai deretan gua purba di Buchan Cave Reserve dan pandu kenderaan pacuan empat roda di Alps Australia di Alpine National Park. Nikmati wain dan hidangan lazat di Traralgon serta memancing dan naik bot di pelabuhan bersejarah di Sale.

Berjalan di Eureka Trail, mendulang untuk mendapatkan emas di Sovereign Hill dan lihat seni bina unggul semasa pertumbuhan pesat kerubut emas di Ballarat dan sekitarnya. Di Bendigo, sebuah lagi bandar yang tumbuh pesat, anda dapat melihat bangunan mewah, menerokai warisan kaya orang Cina dan turun ke dalam Central Deborah Gold Mine yang bersamaan tiga tingkat bangunan dalamnya. Temui barangan antik, kilang wain dan telaga air batu Orang Asli di Maryborough. Berjalan mengikut jejak warisan di jalan yang lebar sambil melihat bangunan awam yang cantik dan rumah bersejarah di Castlemaine.

Gunakan peta untuk menerokia tempat untuk dikunjungi dan aktiviti untuk dilakukan

States
States

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Dapatkan maklumat lanjut dan tempah lawatan anda di laman web Tourism Victoria.