Permainan salji di cerun Victoria

Permainan salji di cerun Victoria

Tidak dapat bayangkan gunung diliputi salji di Australia? Semasa musim sejuk di Victoria, anda akan jumpa beratus-ratus geluncuran ski merentasi sepuluh lokasi alp hebat. Kesemuanya hanya perjalanan satu hari ke utara dari Melbourne dan sesetengahnya seperti Mt Donna Buang dan Mt Baw Baw boleh dihabiskan dalam satu hari jika anda bermula awal. Berski menurun bukit di Mt Buller atau berski merentasi desa di laluan salji halus Falls Creek. Meluncur salji di “half pipe” dan taman rupa bumi Mt Hotham atau meluru bawah cerun menawan Mt Buffalo. Trek dengan kasut salji dari Mt Baw Baw ke Mt St Gwinear dan bermain tobogan atau kereta luncur salji di Lake Mountain yang menawan.

Terdapat pelbagai jenis aktiviti musim sejuk di Mt Buller, hanya tiga jam pemanduan dari Melbourne. Anda akan menjumpai cerun salji untuk semua tahap kebolehan, dari kawasan permulaan di Bourke Street, Baldy dan Burnt Hut Spur ke kawasan yang mencabar seperti Federation di selatan. Terdapat juga tiga cerun yang hebat untuk meluncur salji dan sembilan kilometer laluan merentasi desa yang mencabar di kawasan Mt Stirling dan kawasan Bluff. Berski atau bermain luncur salji di bawah bintang di antara bulan Julai dan pertengahan September. Trek ke puncak Mt Buller dengan kasut salji, berpusing-pusing menuruni gunung dengan tiub getah atau bebaskan kaki anda dengan ski pendek yang dikenali sebagai ‘figgles’. Bersebelahan ialah pusat peranginan Mt Stirling yang kurang dibangunkan, lengkap dengan 60km laluan ski merentas desa dan ski tumit bebas merentasi cerun seumpama awan.

Alami aksi di Falls Creek, yang terletak di Taman Negara Alpine di Bogong High Plains yang berpemandangan indah, pemanduan empat jam setengah dari Melbourne. Dengan lebih dari 90 jejak larian dan 20 jejak merentas desa, anda memang tidak akan kehabisan perkara untuk dilakukan. Berski menuruni cerun pakar yang curam di Mt Mckay atau harungi mendapan serbuk salji yang dalam di Rocky Knobs dan Dam. Dikenali sebagai ibu negara ski merentas desa Australia, anda boleh masuk keluar di antara pokok gam salji menggunakan laluan yang sama dengan pasukan kebangsaan. Pada bulan Ogos, gunung ini menjadi tuan rumah kepada acara sukan salji Kangaroo Hoppet. Jika ini terlalu kompetitif, alami alam kebudak-budakan anda dengan membuat orang salji, melantun dari bungy trampoline salji atau berpusing-pusing menuruni cerun dalam tiub atau tobogan. Jelajahi daerah terpencil dengan kasut salji Nordic di atas kereta salji atau sepanjang laluan motosikal salji yang pertama di Austalia. Ucap selamat kepada matahari yang terbenam dari puncak 1,800 meter atau ambil penerbangan helikopter merentasi Mt Mckay dan Mt Feathertop ke Mt Hotham.

Cara yang lebih biasa ke Mt Hotham yang cantik ialah memandu sepanjang Great Alpine Way atau terbang ke lapangan terbang Hotham dari Sydney dan Melbourne. Apabila sampai di sini, uji kemahiran anda di cerun landai yang lebar di Summit atau Big D Playground dan luncur menuruni Milky Way. Peluncur ski yang lebih maju boleh terbang melepasi pelongsor dan curaman di sekitar Mary’s Slide, bonggol di Blue Ribbon atau ke Heavenly Valley untuk peluncuran yang mencabar. Untuk peluncur salji, Hotham menawarkan ‘gullies’,’bowls’, ‘hits’, ‘berms’, ‘lips’ dan ‘open stashes’ yang begitu licik sehingga banyak peluncur aksi ngeri turut serta dalam aksi. Meluncur merentas desa di desa terpencil Hotham yang asli dan diliputi salji serbuk di atas banyak laluan percuma, termasuk Pub to Pub dari Mount Hotham’s General Store ke Dinner Plain Hotel. Habiskan malam di kampung Dinner Plain yang indah dan cuba cerun landai yang mesra peluncur baru pada hari seterusnya.

Anda akan jumpa Mt Buffalo sepanjang Great Alpine Rd, melintasi bandar Bright yang menawan dan dibarisi pokok. Kampung yang kecil, menyeronokkan dan berpatutan ini dibelakangi lanskap granit mengagumkan yang diliputi salji lembut. Ski merentas desa mengikut 14km laluan bertanda, 20km laluan terpencil yang tidak bertanda atau ambil peta dan jelajahi laluan anda sendiri merentasi daerah yang terpencil.

Mt Baw Baw terletak dua setengah jam pemanduan dari Melbourne, tetapi ia hanya mengambil satu sedutan udara gunung yang segar dan bersih untuk melupakan bandar. Jelajahi kampung yang cantik sambil memandang bawah ke Latrobe Valley dan Mornington Peninsula. Kemudian alami kecerunan di atas 30 hektar laluan menurun yang disambungkan oleh tujuh mesin pengangkat salji. Atau ukir laluan anda merentasi desa mengikut 10 kilometer laluan yang terselindung dan dijaga rapi ke Baw Baw Plateau, Mt St Gwinear, Mt St Phillack dan Alpine Walking Trail. Mt Gwinear yang tenang ialah destinasi yang tersendiri, menawarkan 20 kilometer laluan ski merentas desa, dua larian tobogan dan laluan percuma kasut salji.

Ianya kurang daripada dua jam dari Melbourne ke dunia putih seperti Narnia di Lake Mountain, sebuah tempat di mana anda boleh bergerak dengan ski dan permainan salji merupakan aktiviti yang serius. Terdapat sekolah ski untuk orang yang baru bermula dan hampir 40km laluan ski merentas desa untuk orang yang yakin. Untuk keseronokan segera yang memerlukan hanya sedikit kebolehan, meluncur turun gunung dalam tobogan atau tiub bulat gergasi. Bermula di cerun landai di kampung, harungi bonggol di Koala Creek atau meluru jatuh ke Arnolds Gap. Kemudian, naiki kereta luncur salji bermotor yang boleh mengujakan orang bunian Santa atau dakapi kreativiti anda dalam pertandingan arca salji. Penyertaan lepas termasuk dolfin, kereta, wombat dan pelbagai jenis orang salji.

Baling bola salji, bermain tobogan, trek mengikut laluan wombat atau daki menara pemerhatian setinggi 21 meter di Mt Donna Buang. Hanya sejam perjalanan dari Melbourne, ianya sempurna untuk percutian harian musim salji.
Jika anda tidak fikir Australia mempunyai salji, lawatan ke padang salji Australia akan meyakinkan anda sebaliknya.

Idea Australia selanjutnya