Bells, Waves and Winkipop

Bells, Waves and Winkipop

Selami budaya luncur air, sinaran mentari dan keseronokan bercuti di pantai-pantai luncur air sekitar Torquay.
Anda boleh menikmati pelbagai keseronokan tepi pantai di Torquay, tetapi pekan percutian yang indah ini sangat terkenal dengan pantai luncur air yang mengelilinginya. Terletak di barat daya Melbourne di pintu masuk ke Great Ocean Road, Torquay disempadani tempat dengan pelbagai nama menarik seperti di alam pari-pari.

Anda pasti mendengar bunyi ombak dan pembesar suara berbanding loceng di Pantai Bells atau Pantai Loceng, yang tidak jauh dari pinggir Torquay. Di sinilah peluncur air terhebat di dunia berhimpun untuk menghadapi cabaran ombak yang tingginya hingga mencapai paras lima meter dalam Rip Curl Easter Pro, pertandingan luncur air yang telah berlangsung paling lama di dunia. Pesta dua hari – yang turut memperagakan bakat muzik terhebat Australia – menarik ribuan penonton ke tempat duduk di cenuram di sini. Jika anda tidak dapat datang ke sini semasa Easter, karnival meluncur air diadakan sepanjang musim panas, di samping Triatlon Orang Kuat Australia pada bulan Februari dan Pesta Air Pasang pada Disember. Jika anda terlalu kepingin untuk menunggang ombak sendiri, Pantai Bells mempunyai dua aliran ombak tangan kanan bagi peluncur air tahap sederhana dan mahir. Ombak ini hampir pasti dijamin hebat, terutamanya pada Mac hingga Oktober.

Berhampiran dengan tempat ini, terletak tempat yang berbunyi pelik, iaitu Winkipop, di mana ombaknya lebih garang berbanding dengan yang anda akan bayangkan berdasarkan namanya. Kelly Slater telah meluncur di sini dan begitu juga wira tenis Mark Philippoussis hampir tenggelam akibat ombak yang tidak dapat diduga di sini. Jika anda lebih suka berlatih meluncur air di tempat dengan ombak yang lebih kecil, cubalah Jan Juc yang dipinggiri cenuram, yang terletak di antara Pantai Bells dengan Torquay dan dikawal oleh anggota penyelamat dalam musim panas. Atau teruskan di pantai-pantai sepanjang pesisir bawah pantai Torquay yang lebar dan berumput. Pesisir Bawah Pantai Torquay diberi jolokan ‘sudut selesa’ kerana airnya yang terlindung dan sesuai untuk keluarga, manakala Pesisir Pantai Atas Torquay menarik para perenang pada musim panas dan para peluncur air sepanjang tahun.

Torquay juga tempat untuk membeli belah keperluan meluncur daripada pembuat utama atau menerokai sejarah meluncur di muzium tempatan dan dewan kemasyhuran. Sudah tentu anda tidak perlu menjadi seorang peluncur untuk menikmati Torquay. Belayar, menyelam, memancing ikan dan meluncur angin adalah antara beberapa aktiviti popular di pekan yang telah menarik mereka yang bercuti sejak abad kesembilan belas lagi. Pantainya dimodelkan menurut pusat percutian tepi pantai Inggeris, dan anda pasti menyukai pesisir pantai bawahnya yang luas dan berumput, dengan pepohon rendang serta tempat berkelah.

Dengan pemandangannya yang sangat indah dan ombak besar menghempas pantai, percutian meluncur air di Torquay seronok seperti nama-nama pantainya.

Idea Australia selanjutnya