Keajaiban Geologikal di Karijini

Keajaiban Geologikal di Karijini

'Tiada yang seumpama merentasi Weano Gorge di Karijini National Park, WA.'

Karijini National Park merupakan destinasi kegemaran bagi kedua-dua pakar geologi warga Amerika, Jill dan Paul yang membawa dua anak remaja mereka dalam  percutian berkhemah 6 minggu melalui Australia Barat. Berteraskan tekad untuk mengembara sebelum Paul memulakan kerja 3 bulan di Sydney University, seluruh keluarga terbang ke Perth sebelum memandu ke utara dengan kereta sewa.

“Saya dan suami saya ialah pakar geologi, jadi kami seronok mendaki dan menghayati keajaiban geologikal . Anak kami juga gemar untuk menjelajah,” Jill berkata.

Jill, Paul dan keluarga amat gemar mendaki melalui landskap purba di Karijini National Park, yang dekat dengan pekan Tom Price di Pilbara Australia Barat. Jill menggambarkannya sebagai “tempat yang paling menakjubkan”, dan keluarga meluangkan satu minggu di sana, meneroka gaung merah yang berceranggah, air terjun yang hebat dan lubang air yang jernih. Di sinilah tempat Jill mengambil gambar anaknya, Erik, di pinggir “formasi besi Precambrian” Weano Gorge.

“Kami mengambil pilihan berkhemah kerana ia lebih jimat dan boleh melihat lebih, serta merapatkan hubungan seluruh keluarga. Kami juga mempelajari begitu banyak di mana sahaja kami pergi, berkenaan alam semula jadi, budaya, sejarah dan pengembara lain,” ujar Jill.

Dalam perjalanan Australia Barat mereka, Jill, Paul dan anak mereka juga menemui batu kapur Pinnacles di Nambung National Park, di utara Perth, dan sempat melihat “kubah pasir menelan Geraldton”. Di kawasan Shark Bay World Heritage pula, mereka bersemuka dengan dolphin yang jinak di  Monkey Mia dan terpegun dengan stromatolit marin purba di Hamelin Pool. 

Jauh sedikit ke utara, keluarga bermalam di Coral Bay dan mengambil perjalanan bersnorkel ke Ningaloo Reef, melihat ikan paus yang bermigrasi dan ikan pari. Satu lagi destinasi kegemaran keluarga ialah hujung selatan 80 Mile Beach, di mana penjaga Orang Asli tempatan mempunyai kehadiran yang berkekalan. Seluruh pantai adalah sepanjang 220km dan terletak di antara Port Hedland dan pelabuhan aktiviti mutiara di Broome, yang turut dilawati.

Seisi keluarga juga berkelana jauh ke utara di Geiki Gorge di Kimberley, sebelum berputar balik ke pedalaman melalui Karijini National Park dan Tom Price, di mana mereka melawat lombong bijih besi. Di kawasan pedalaman unggul negeri ini, mereka juga melawat bandar emas Kalgoorlie yang terkemuka dan sempat melihat Hoover House (di mana bekas President Hoover pernah kerja) di bandar yang ditinggalkan, Gwalia

Destinasi yang boleh dikenangi sepanjang pantai barat daya Australia Barat termasuklah Esperance, Cape Le Grand National Park dan Lucky Bay, dengan pantai putihnya yang cantik. Seisi keluarga juga ternampak Giant Tingle Tree berdekatan Walpole dan melawat Calgardup Cave serta Cape Leeuwin sebelum memandu balik ke Perth

“Kami sangat menyukai Australia, jadi ia sangat sukar untuk beredar dari sini. Anak kami akan berangkat ke kolej tidak lama lagi, tetapi mereka tidak akan lupa pengembaraan yang telah dilalui.  Kami bukannya kaya dan tidak mempunyai banyak benda yang hebat, tetapi kami menyimpan duit kami dan menggunakannya dalam perjalanan hebat ini dengan anak-anak. Memang berbaloi. Kami berharap dapat kembali sebagai pasangan yang sudah bersara dan melakukan perjalanan migrasi pergi balik ini,” Jill menambah.



Baca lebih lanjut mengenai Cerita Percutian Australia

Canberra, bandaraya pencinta alam sekitar
Percutian impian di Gold Coast
Bulan madu Hobart – semuanya tentang lawatan harian
Keajaiban Geologikal di Karijini
Dari Perth ke Pinnacles
Fajar menyingsing di ikon World Heritage Australia
Kembara Australia – dari Red Centre ke Tasmania
Keseronokan keluarga di Margaret River
Keajaiban Kakadu yang sentiasa berubah

Tangalooma, Pulau Moreton
Taman Negara Tasman, Tasmania
Kimberley: cerita Australia yang takkan dilupakan
Valley of The Giants
Percutian Australia yang Hebat
Percutian Tasmania yang boleh diingati
Keseronokan sepanjang Great Ocean Road
Wave Rock: Satu Keajaiban Australia Barat

Idea Australia selanjutnya