Margaret River: syurga pencinta makanan dan alam semula jadi

Margaret River: syurga pencinta makanan dan alam semula jadi

Terokai nikmat gourmet dan pemandangan yang pasti membuat anda terpegun di sudut barat daya Australia.
Sediakan pen dan poskad anda. Anda pasti mahu memberitahu semua orang mengenai lawatan anda ke Margaret River. Dihiasi deretan hutan dengan pepohon yang tinggi dan ombak besar memecah pantai, inilah tempat yang hebat di mana wain hebat, makanan berkualiti dan pemandangan yang indah bercantum menjadi satu.

Terletak tiga jam setengah di selatan Perth dengan memandu, wilayah Margaret River menghasilkan kurang daripada 1 peratus wain Australia tetapi lebih daripada 15 peratus wain premium negara ini. Evans & Tate, Fermoy Estate, Flinders Bay Wines dan Flying Fish Cove adalah antara kilang wain bertaraf dunia di kalangan lebih 60 yang ada di sini untuk anda terokai. Wilayah ini terkenal dengan kabernetnya, maka pastikan anda mencubanya.

Apabila anda sudah puas memanjakan deria rasa anda di tempat simpanan wain, pergi pula ke pelbagai restoran gourmet di tengah-tengah pepohon anggur. Gabungan chef yang terkemuka yang pernah meraih anugerah dengan hasil segar dengan rasa semula jadi memastikan hidangan yang disajikan amat lazat. Anda juga dapat merasai bir butik, keju berkualiti tinggi, jem, perasa, zaitun, udang krai air tawar serta coklat, fudge dan aiskrim segar daripada pengeluarnya.

Margaret River juga mempunyai senario seni yang bertenaga, dengan itu jamulah mata anda di serbaneka galeri seni dan kraf tangan untuk dibuat ole-ole apabila anda sudah bersedia untuk menjamu selera.

Di samping itu, syurga makanan ini juga syurga alam semula jadi dengan gua bawah tanah, pantai yang putih bersih, hutan pepohon karri yang menjulang tinggi, laluan belukar dan denai berjalan kaki. Jika cabaran yang anda cari, jalani jejak Cape to Cape sepanjang 135km dari Cape Leeuwin ke Cape Naturaliste, melalui beraneka pandangan darat yang paling menarik di dunia. Sertai penduduk setempat menunggang ombak besar bertaraf dunia di Surfers Point atau berkanu atau berkayak di sepanjang Margaret River. Anda juga boleh menakik turun, mendaki batu, melihat ikan paus dan memancing ikan sungai dan laut untuk menyemarakkan semangat kembara lasak anda.

Bahkan, oleh sebab terlalu banyak perkara untuk dilihat, dimakan, dan diminum di Margaret River, anda tidak akan ada masa untuk menulis poskad anda sehingga anda meninggalkan tempat ini.

 

 

Idea Australia selanjutnya