The Pinnacles, Nambung National Park, Australia Barat

The Pinnacles, Nambung National Park, Australia Barat

Ia adalah landskap gurun semula jadi di Nambung National Park, di mana menara batu luluhawa Pinnacles menonjol di samping kubah pasir kuning. Sungguhpun begitu, taman ini terletak di Lautan Hindi yang biru pekat, tiga jam perjalanan kereta mengikut pantai yang terbentang indah di utara Perth. Setelah melihat Pinnacles yang menyeramkam, rehat seketika di kampung nelayan Cervantes, dengan pantainya yang putih, terumbu karang dan Lake Thetis, tasik garam yang dipenuhi fosil hidup. Rapatkan diri dengan kekayaan himpunan hidupan liar di Badgingarra National Parks dan temui taman negara dan pantai pasir yang indah di Jurien Bay.

Dari Perth, anda boleh menyewa kereta dan menuju utara mengikut Indian Ocean Drive, yang terbentang di sepanjang jalan ke Exmouth di Ningaloo Reef. Lebih kurang tiga jam perjalanan memandu ke Nambung National Park, yang kerap dikunjungi lawatan koc dan kenderaan pacuan empat roda dari Perth.

Setibanya di sini, jalan indah dan laluan kenderaan melewati tiang batu kapur kuno Pinnacles. Ia bertaburan di seluruh gurun dalam jumlah yang beribu-ribu, menjadikannya seperti landskap asing yang menyeramkan. Sesetengahnya setinggi sehingga tiga meter setengah, dan sesetengahnya mempunyai titik hujung yang bergerigi, sementara yang lain mempunyai kubah bulat menyerupai batu nisan. Terhasil daripada cengkerang, Pinnacles wujud semenjak jutaan tahun dahulu ketika epok di mana pasir berada di dasar laut.

Saksikan emu liar, galah dan haiwan liar lain merayau-rayau melalui menara dan lihat landskap bercahaya seperti warna matahari terbenam yang menakjubkan dari tempat meninjau. Lawati pusat penemuan pentafsiran untuk mempelajari bagaimana Pinnacles terevolusi dan tentang biodiversiti kawasannya.

Taman ini juga dipagari pantai putih terpelihara yang sesuai untuk berenang, snorkel dan meluncur. Pergi memancing dari Thirsty Point Lookout atau berenang di air biru firus di Hangover Bay. Kurang daripada 8 km dari pintu masuk taman, Kangaroo Point yang indah dinamakan sempena sekumpulan kanggaru yang berkumpul di pantai pada waktu subuh dan senja. Taman ini, seperti kebanyakan tempat lain di pinggir pantai ini, dihiasi warna-warna bunga liar bermusim antara bulan Ogos dan Oktober.

Anda boleh menerokai taman berdekatan Cervantes, sebuah pekan udang krai kecil dipagari oleh pantai tenang dan lebih bersih, sempurna untuk berenang dan meluncur angin. Anda juga boleh menyertai rombongan memancing laut dalam, snorkel terumbu karang atau belayar melewati pulau luar pesisir, melihat singa laut dan dolfin hidung botol.

Di selatan pekan, terletak tasik garam Lake Thetis, satu daripada beberapa tempat di dunia yang melindungi stromatolit marin. Berjalan kaki sekitar tasik untuk melihat fosil hidup, yang terbentuk oleh organisma yang mirip dengan bentuk hidup terawal di bumi. Atau tuju ke pedalaman ke Badgingarra National Park, di mana anda boleh melihat kanggaru, helang ekor baji, bustard dan emu melalui denai semula jadi selama 90 minit.

Semakin ke utara Indian Ocean Drive terletak Jurien Bay, dikelilingi oleh pantai terpelihara Sandy Cape Recreational Park dan Lesueur National Park, tempat asal kepada ratusan spesis tumbuhan dan burung. Jurien Bay merupakan sebuah tempat untuk menjamu selera dengan lobster batu yang baru sahaja ditangkap, lihat ikan paus migrasi antara Jun dan Oktober serta snorkel atau selam ke dalam terumbu dan gua batu kapur.

Terokai Pinnacles yang liar dan berceranggah di sepanjang pesisir pantai yang dipagari pantai putih dan hutan belukar asli berwarna-warni.

Idea Australia selanjutnya