Dari Perth ke Pinnacles

Dari Perth ke Pinnacles

'Tiada yang seumpama Australia di mana kami betul-betul bertuah dapat melihat emu di tengah-tengah gurun!'

Ia merupakan penemuan yang tak disangka-sangka untuk Jing Qi yang meneroka Pinnacles di Taman Negara Nambung, semasa percutian bersama keluarga dari Malaysia. Jing Qi, ibunya, kakak, ibu saudara, bapa saudara dan sepupu telah memandu jauh daripada jejak utama untuk melihat tugu batu kuno itu dengan lebih dekat. Terpaku dengan pemandangan, keluarga itu sebenarnya telah terlupa tentang jalan yang diambil apabila sekumpulan emu menjenguk dan melewati kereta mereka.

Terletak tiga jam ke utara Perth, seketika dari Indian Ocean Drive yang indah, Pinnacles merupakan ribuan menara batu yang bertaburan di sekitar bukit pasir kuning di Taman Negara Nambung. Ia sebenarnya terbina daripada cangkerang, dan wujud semenjak zaman di mana pasir ini berada di dasar laut.

“Kami terpegun dengan pemandangan menakjubkan, bersama dengan batu yang berdiri di tengah-tengah gurun pasir keemasan. Kami mengambil banyak gambar dengan posisi yang berbeza,” kata Jing Qi.

Pelawat boleh melihat dengan lebih dekat lagi menggunakan denai pemanduan khas, yang telah dilalui Jing Qi dan keluarga semasa emu liar bersiar-siar melintasi mereka. Terdapat juga tempat meninjau hebat dan pusat penemuan interpritif, di mana pelawat boleh mempelajari tentang evolusi Pinnacles dan berkenaan kepelbagaian biologi rantau itu.

Jing Qi dan keluarganya membuat lawatan harian ke Pinnacles dari Perth, berhenti di sepanjang jalan untuk meneroka Yanchep National Park. Terletak hanya 45 minit dari Perth, taman itu merupakan tempat asal kepada himpunan flora dan fauna. Jing Qi dan keluarganya berjalan melalui Crystal Cave untuk melihat tasik bawah tanahnya dan formasi batu kapurnya. Taman itu turut menarik pelawat dengan denai berjalan kaki yang banyak, termasuk jejak kebudayaan Orang Asli. Pencinta alam semula jadi boleh melihat burung kakak tua hitam yang jarang ditemui dan bandikut, mengembara berjalan kaki di sepanjang pinggir pantai tanah lembap terpelihara dan melihat bunga liar berwarna terang antara bulan Jun dan September.

Menerokai taman negara adalah perkara yang termasuk dalam perancangan sibuk lima hari mereka yang disiapkan oleh Pakcik Tan untuk Jing Qi, ibu dan kakaknya. Mereka bertiga terbang ke Perth untuk menghadiri majlis penyampaian ijazah sepupu Jing Qi. Di Perth, mereka pergi menghayati pemandangan dari Kings Park yang luas dan memberi angsa dan pelikan makan di sepanjang Swan River. Seluruh keluarga melawat Freemantle Prison, dan mempelajari tentang “evolusi kebajikan banduan”. Mereka juga melawat Caversham Wildlife Park di Perth, di mana Jing Qi terpegun melihat wombat yang sedap dipeluk dan “beruang koala yang tidur nyenyak seperti bayi.”

Sekarang, setelah pulang ke Malaysia, Jing Qi sudahpun merancang untuk melawat Perth semula, supaya dia boleh pergi ke lebih banyak tempat yang disyorkan oleh Pakcik Tan.

“Kami ternanti-nanti untuk melawat Australia Barat menaiki bas mini, seperti mana dilakukan oleh keluarga Pakcik Tan dan rakan-rakannya semasa bercuti,” kata Jing Qi.

Setelah melihat emu liar bersiar-siar melalui gurun, Jing Qi bersedia untuk apa-apa sekalipun semasa pengembaraan Australia Baratnya yang akan datang.



Baca lebih lanjut mengenai Cerita Percutian Australia

Canberra, bandaraya pencinta alam sekitar
Percutian impian di Gold Coast
Bulan madu Hobart – semuanya tentang lawatan harian
Keajaiban Geologikal di Karijini
Dari Perth ke Pinnacles
Fajar menyingsing di ikon World Heritage Australia
Kembara Australia – dari Red Centre ke Tasmania
Keseronokan keluarga di Margaret River
Keajaiban Kakadu yang sentiasa berubah

Tangalooma, Pulau Moreton
Taman Negara Tasman, Tasmania
Kimberley: cerita Australia yang takkan dilupakan
Valley of The Giants
Percutian Australia yang Hebat
Percutian Tasmania yang boleh diingati
Keseronokan sepanjang Great Ocean Road
Wave Rock: Satu Keajaiban Australia Barat

Idea Australia selanjutnya