Semarakkan semula cinta anda terhadap kehidupan dengan bercuti pada musim bunga di Margaret River yang terletak sejauh empat jam panduan ke selatan Perth. Dari bulan September hingga November, sinaran matahari, bunga liar dan peluang melihat ikan paus berhijrah merupakan sebahagian keajaiban yang boleh menceriakan anda di Margaret River. Di tambah dengan makanan, wain dan keindahan alam semula jadi, kini anda punya rumusan percutian yang penuh keseronokan. Makan tengah hari di ladang anggur yang dikelilingi hutan Karri dan menjelajah gua bawah tanah yang mengagumkan serta berenang atau meluncur air dari pantai yang anda anggap milik anda sendiri. Berenang bersama dolfin di Bunbury atau menyelam dari jeti kayu bersejarah di Busselton. Lihat ikan paus dari Dunsborough dan jelajah pinggir pantai berbatu dengan pemandangan yang dramatik berdekatan Yallingup.
Memandu ke selatan dari Perth merupakan cara terbaik untuk melihat hujung barat daya Australia Barat. Memandu di South West, Beaches dan Goldfields membolehkan anda mengikut lencongan yang menarik dalam perjalanan ke Margaret River tetapi anda juga boleh menaiki bas terus ke sana. Hiruplah udara laut yang segar di Bunbury, yang terletak di persimpangan semenanjung Indian Ocean, Koombana Bay and Leschenault Inlet. Makan ikan dan kentang goreng di tambangan, menyelam untuk melihat bangkai bot persendirian yang karam dan tangkap ketam serta ikan dari laut. Berjalan di sepanjang jeti kayu terpanjang di hemisfera selatan dan lihatlah batu karang dan ikan dalam balai cerap di penghujung jeti ini di Busselton yang berdekatan. Berjalan dan berkelah di antara pokok yang berusia 400 tahun di Ludlow Tuart Forest yang berdekatan.
Berhenti di Dunsborough di pintu masuk utara ke kawasan Margaret River. Setiap pantai di sini kelihatan lebih cantik daripada pantai yang anda lihat sebelumnya. Berenang di Meelup atau snorkel di Bunker Bay yang dilindungi oleh tanjung tinggi. Kongsi perairan ini dengan pelancong kaya dan bergaya lain di Eagle Bay di Australia Barat. Menyelam di HMAS Swan iaitu bangkai kapal karam yang boleh didekati dan terbesar di Hemisfera Selatan. Kemudian memandu ke rumah api di Cape Naturaliste dan lihat ikan paus betul selatan (southern right) dan ikan paus bongkok (humpback) bermain di Geographe Bay. Meluncur air, memancing dan berenang di Yallingup yang menenangkan, hanya sepuluh minit jauhnya. Dari sini, anda boleh menjejak pinggir laut yang berceracak di Leeuwin-Naturaliste National Park. Berjalan meredah hutan jarrah, marri dan karri yang berpermaidanikan bunga liar yang berwarna-warni. Lihatlah bunga tassle ungu, bunga cowslip berwarna kuning dan orkid biru wanita (blue lady) yang hanya mengembangkan kelopaknya di bawah cahaya matahari. Taman ini juga merupakan tempat rangkaian gua kars bawah tanah. Lihat fosil di Mammoth Cave, tasik bawah air bercermin di Lake Cave dan straw stalaktit di Jewel Cave
Apabila anda tiba di ladang anggur Margaret River, deria anda akan diaktifkan sepenuhnya. Rasa wain tempatan di pintu tempat simpanan wain dan bru tempatan di kilang bir butik. Cuba hasil keluaran kawasan ini seperti keju, jam, kondimen dan buah zaitun. Nikmati makanan laut segar, marron tempatan atau daging rusa dan daging lembu tempatan. Sudah tentu Margaret River juga destinasi luncur air bertaraf dunia dan anda boleh meluncur ombak yang tinggi di Surfers Point, Three Bears dan Redgate. Untuk aktiviti yang kurang meletihkan, meluncur air atau snorkel dengan ikan pari di Boranup Beach berhampiran Hamelin Bay.
Pada musim bunga, nikmati keindahan hidup ini di Margaret River yang subur tanahnya.