Musim panas di Lembah Swan

Musim panas di Lembah Swan

Musim panas di Lembah Swan adalah semuanya mengenai kehidupan yang baik.  Pandulah ke kilang wain yang diusahakan keluarga dan kilang bir butik atau lawatinya melalui pelayaran mewah menyusuri Sungai Swan.  Makan malam di tempat terbuka di restoran ladang anggur atau berkelah ala gourmet di taman.  Menjelajah kampung kolonial yang menarik di Guildford, membeli-belah barangan seni dan antik dan kembali semula ke abad 19 dengan bermalam di kemudahan  yang tersenarai sebagai warisan.  Kawasan ini juga merupakan perlindungan bagi hidupan liar, kawasan desa dan taman negara untuk berjalan, menaiki kuda dan berbasikal. 

Berada di utara Perth pada Sungai Swan yang tenang, Lembah Swan ialah wilayah wain tertua di Barat Australia.  Kebanyakan daripada 40 kilang wain adalah kecil dan diusahakan keluarga, di mana anda boleh berbual dengan cucu-cucu orang yang berhijrah dari Croatia dan Itali yang mengasaskan wilayah tersebut pada 1920 an.  Lain-lain ialah label antarabangsa dengan ladang anggur yang luas dan bilik bawah tanah tercanggih.  Bandingkan dan bezakan keistimewaan wilayah ini, seperti verdelho, chenin blanc, chardonnay, shiraz, cabernet dan fortifieds.  Terokai wilayah melalui bas, pedati kereta kuda, teksi hitam atau kereta berpemandu.   Sertai pelayaran gourmet dari Perth atau pandu sendiri ke Jejak Makanan dan Wain Lembah Swan. 

Selepas kilang wain, rasailah bir butik di empat kilang bir mikro atau sensasikan deria rasa anda dengan rum canefire atau vodka berperisa cili di kilang penyulingan.  Makan malam di antara pokok anggur di restoran wain atau kafe desa menghadap kawasan desa.  Cuba trufel yang dibuat sendiri di kilang coklat tempatan dan penuhkan stok anda dengan buah anggur musim panas yang enak – keistimewaan wilayah ini - dari gerai di tepi jalan.  Tambahnya ke hamper perkelahan yang dipenuhi dengan keju tempatan, buah zaitun, tapenades, strawberi bersaiz jumbo, tembikai yang lazat dan tomato yang masak ranum dari ladang.  Bentangkan hidangan anda bersebelahan Sungai Avon di Bells Rapids, di Middle Swan Bridge atau antara hutan belukar banksia di Taman Whiteman yang luas.

Melalui cara apa pun anda datang ke sini, jangan lepaskan peluang melawat Guildford yang menawan, di pintu masuk Lembah Swan dan di kelilingi oleh Sungai Swan dan Helena.  Dengan padang polo, kafe yang menghidangkan teh Devonshire dan bangunan yang dibina sejak 1840 an, era kolonial Guildford seakan wujud semula.  Berjalan-jalan di sekitar desa atau sertai lawatan bersama pemandu pelancong di Woodbridge House, di mana keluarga abad ke 19 yang kaya pernah tinggal di situ.  Lihat kedai antik dan galeri seni di sepanjang James Street dan pergi ke pasar kraf bulanan di Guildford Market Hall.  Lihat pembuat tembikar bekerja di kotej lama dan lihat hasil kerja seni klasik di rumah senarai warisan yang megah.  Bermalam di salah satu rumah tumpangan Guildford yang bersejarah, yang terdiri daripada rumah lama Australia Barat hinggalah pub gaya persekutuan.  Anda juga boleh berbasikal dari Guildford ke Lembah Swan di Heritage Trail Lembah Swan. 

Anda juga boleh menempatkan diri anda di kejiranan Midland, yang juga mengekalkan ciri-ciri warisannya.  Atau pergi lebih dalam ke Lembah Swan ke Gidgegannup, di mana ia menghasilkan antara hutan bunga-bungaan liar yang berkelip dan belukar asli.  Semuanya menjadikan penempatan yang baik untuk pengembaraan merentasi pelbagai tempat menarik di wilayah.  Pergi melalui hutan jarang jarrah, marri dan wandoo di Hutan Simpan Berry.  Mengembara berjalan kaki, menaiki kuda atau berbasikal melalui pemandangan yang sama di John Forrest National, salah satu dari kawasan pemuliharaan Australia.  Pergi lebih dekat dengan koala, kanggaru dan dingo di taman hidupan liar di Caversham dan lihat buaya diberi makan di taman reptilia di Henley Brook.  Berada di utara lembah ialah Taman Negara Walyunga di Darling Range dan Taman Negara Avon Valley, tempat popular untuk berakit dan berkanu.   

Musim panas ini, kombinasikan cahaya matahari bersama makanan, wain, sejarah dan pemandangan ideal di Lembah Swan.

Idea Australia selanjutnya