Valley of The Giants

Valley of the Giants

'Tiada yang seumpama Giant Tingle Tree di Valley of the Giants yang luar biasa, ianya betul-betul hebat!'

Chai dan isterinya Linda, kedua-duanya jurutera penyelidikan dari Malaysia, mendapat ilham daripada alam semula jadi yang menakjubkan di Valley of the Giants berdekatan Walpole. Ianya menjadi tema rasmi percutian mereka, yang bermula di Perth dan kemudiannya menjadi perjalanan melalui barat daya Australia Barat yang indah. Ditemani kakak Linda dan ibu bapanya, pasangan itu menemui hidupan liar, berjalan melalui hutan karri yang menjulang tinggi, menikmati makanan dan wain tempatan dan secara amnya “membebaskan diri” daripada rutin pekerjaan harian mereka.

Ianya suatu perjalanan yang dirancang oleh Chai enam bulan sebelumnya, sempena menghadiri perkahwinan seorang rakan di Perth. Selepas majlis perkahwinan, keluarga tersebut menikmati banyak pemandangan di Perth. Mereka bersiar-siar di Kings Park dan Burswood Park dan melawat Bell Tower di Swan River. Di tepi pantai Fremantle, mereka menikmati “ikan dan kentang goreng terbaik” dan melihat singa laut berenang melewati jeti. Di Caversham Wildlife Park, terjadi “pertemuan bersejarah dengan beruang koala dan kanggaru” dan bergambar sekeluarga bersama wombat. Chai dan keluarganya turut melawat Swan Valley dan gudang wain, di mana mereka merasa anggur segar daripada pokoknya.

Dari Perth, mereka memandu ke selatan mengikut Albany Highway ke pekan pinggir pantai Albany yang indah, dan mereka meluangkan sehari dan malamnya di situ. Mereka melawat tarikan seperti Gap, Blowhole dan Dog Rock, ladang kincir angin dan replika kapal Brig Amity. Keluarga itu seterusnya bergerak ke utara ke Walpole, di mana mereka melakukan “perjalanan berjalan kaki puncak pokok hebat” melalui pokok karri yang mencakar langit dan hutan tingle yang dikenali sebagai Valley of the Giants. Di bawahnya, titian kayu membawa mereka ke Giant Tingle Tree, yang juga dianggap sebagai eukalipt tertua dunia.

“Saya belum pernah melihat pokok yang begitu besar dalam hidup saya. Saya sangat terpegun melihat pokok geronggang yang begitu besar dan betapa kuatnya ia. Pada saat ini, keajaiban semula jadi Australia sudahpun menawan hati saya,” kata Chai.

Perhentian berikutnya ialah Margaret River, di mana keluarga itu mencuba wain tempatan, keju dan coklat dan menerokai gua batu kapur Jewel dan Mammoth Caves. Chai terpegun dengan arca lembu kaca gentian yang berwarna-warni menghiasi kawasan untuk suatu upacara kebajikan tempatan. Keluarga itu juga memandu hingga ke Augusta untuk melawat Cape Leeuwin Lighthouse, di mana Lautan Selatan dan Lautan Hindi bertemu.

Selepas dua malam di Margaret River, keluarganya bergerak pulang ke Perth, mengikut liku-liku Geographe Bay di jalan pinggir pantai yang indah. Mereka berhenti untuk berjalan ke Busselton Jetty, melawat Bunbury’s Dolphin Discovery Centre dan melihat Mandurah sebelum tiba di Perth untuk makan malam. Chai mempunyai kenangan kegemaran semasa makam malam terakhir di Perth – stik lazat di Hillary's Boat Harbour.

Selepas percutian yang sangat memberi inspirasi di Barat Australia, Chai teringin melihat lebih banyak lagi dari negara ini.

“Saya berharap dapat melawat Gold Coast untuk melihat pantai yang cantik dan juga Sydney untuk berjalan di atas Sydney Harbour Bridge yang terkenal. Saya juga teringin melihat Uluru,” katanya.



Baca lebih lanjut mengenai Cerita Percutian Australia

Canberra, bandaraya pencinta alam sekitar
Percutian impian di Gold Coast
Bulan madu Hobart – semuanya tentang lawatan harian
Keajaiban Geologikal di Karijini
Dari Perth ke Pinnacles
Fajar menyingsing di ikon World Heritage Australia
Kembara Australia – dari Red Centre ke Tasmania
Keseronokan keluarga di Margaret River
Keajaiban Kakadu yang sentiasa berubah

Tangalooma, Pulau Moreton
Taman Negara Tasman, Tasmania
Kimberley: cerita Australia yang takkan dilupakan
Valley of The Giants
Percutian Australia yang Hebat
Percutian Tasmania yang boleh diingati
Keseronokan sepanjang Great Ocean Road
Wave Rock: Satu Keajaiban Australia Barat

Idea Australia selanjutnya