Wave Rock: Satu Keajaiban Australia Barat

Wave Rock: Keajaiban Barat Australia

'Tiada yang seumpama menghayati kehebatan Wave Rock, yang terbentuk 2700 juta tahun dahulu.  Lebih-lebih lagi, saya sedang berdiri di cerun granitnya!'

Melihat geologi Wave Rock yang sungguh hebat berdekatan Hyden merupakan satu daripada banyak pengalaman menarik semasa pengembaraan beg galas Kian Hou melalui barat daya Australia Barat.  Melihat ikan paus kelasa dari pekan tepi laut di Albany juga merupakan satu kemuncak buat Kian Hou, yang bercuti bersama dua rakan lelaki dari Kuala Lumpur.  

“ Kami bermula di Perth, tetapi merancang sedikit sahaja memandangkan kami lebih suka bersahaja.  Setelah mendarat di Perth, kami menyewa kereta dan menuju timur ke Hyden, dan kemudian turun ke selatan Albany.  Kami kemudiannya bergerak ke barat melalui sepanjang pantai, sebelum melengkapkan pusingan balik ke Perth,” kata Kian Hou. 

Perjalanan mereka banyak mengikut kawasan barat daya, pantai dan Goldfields Drive, perjalanan panjang lapan hari yang turut termasuk pantai putih Esperance dan pekan emas lama yang hebat, Kalgoorie. Kerana tidak perlu memandu jauh, Kian Hou dan rakan-rakannya gembira dapat terus menuju ke Hyden, melewati deretan ladang ternakan dan pekan tanaman gandum dalam perjalanan selama empat jam. 

Di sini mereka bertiga melihat Wave Rock – formasi yang menarik ribuan pelancong setiap tahun ke Hyden. Setinggi 15m dan 110m panjang, cenuram granit ini kelihatan seperti ombak gergasi yang membeku dalam gerakan.  Ahli geologi percaya bahawa batu tersebut telah terbentuk semenjak 1.7 bilion tahun dahulu oleh hakisan elemen dan bahan kimia. 

Formasi batu semula jadi lain di kawasan yang sama termasuk The Humps, Hippo’s Yawn dan Mulka’s Cave, tempat asal kepada himpunan lukisan batu Orang Asli.  Kawasan ini merupakan tempat perlindungan bagi burung-burung tempatan. Pelawat boleh melihat kanggaru putih yang jarang ditemui di taman hidupan liar tempatan.  Padang golf 18 lubang yang indah juga dibuka dari bulan Jun hingga Oktober, dan bunga liar berwarna-warni meliputi dataran keemasan antara September dan Disember.  Hyden juga mempunyai muzium perintis, balai cerap dan koleksi renda yang mengagumkan.

Dari Hyden, Kian Hou dan rakan-rakannya memandu empat jam ke Albany yang terletak di selatan pinggir pantai berceranggah negeri itu.  Di sini mereka ternampak paus kelasa migrasi, yang diterangkan oleh Kian Hou sebagai “pengalaman baru untuk kami semua.” Mereka bertiga meluangkan masa menghayati pemandangan Albany – hasil cantuman laut menghijau, formasi batu, pantai memutih, hutan meninggi dan taman negara – sebelum melalui liku-liku ke Perth melalui Margaret River.  

Sekarang setelah kembali ke rutin biasa “sekolah dan syarahan” di Malaysia, Kian Hou terkenang percutian santai yang dikongsi bersama rakan-rakan melalui rantau barat daya Australia Barat. Akan datang, dia teringin melawat Red Centre atau Darwin dan Top End tropikal, tempat di mana dia boleh pergi “dengan lebih dekat dengan alam semula jadi.” 

“Australia sesungguhnya sebuah tanah berharga di mana anda boleh menemui segalanya di sini – bandar raya, orang yang peramah, kehidupan harmoni, hidupan liar, alam semula jadi dan kawasan pedalaman. Saya rakyat Malaysia, tetapi percutian saya ke Perth telah memberi kesan mendalam sehinggakan saya ingin membuat promosi untuk Australia,” katanya. 



Baca lebih lanjut mengenai Cerita Percutian Australia

Canberra, bandaraya pencinta alam sekitar
Percutian impian di Gold Coast
Bulan madu Hobart – semuanya tentang lawatan harian
Keajaiban Geologikal di Karijini
Dari Perth ke Pinnacles
Fajar menyingsing di ikon World Heritage Australia
Kembara Australia – dari Red Centre ke Tasmania
Keseronokan keluarga di Margaret River
Keajaiban Kakadu yang sentiasa berubah

Tangalooma, Pulau Moreton
Taman Negara Tasman, Tasmania
Kimberley: cerita Australia yang takkan dilupakan
Valley of The Giants
Percutian Australia yang Hebat
Percutian Tasmania yang boleh diingati
Keseronokan sepanjang Great Ocean Road
Wave Rock: Satu Keajaiban Australia Barat

Idea Australia selanjutnya