Orang Asli Australia

Orang Asli Australia

Selami pengalaman, tempat dan pengembaraan Orang Asli atau Aborigine Australia.

Kaum Aborigine Australia mempunyai budaya yang kaya dan masih hidup sejak sekurang-kurangnya 50,000 tahun yang lalu. Dapatkan imbasan pengalaman yang begitu pelbagai dan luas yang ditawarkan apabila anda menghayati Aborigine Australia.

Temui tempat-tempat yang sarat dengan sejarah Aborigine di Wilayah Utara. Kunjungi Red Centre Australia dan berjalan kaki mengelilingi kaki Uluru dengan juru pandu Anangu. Jamu mata anda dengan seni Aborigine di Alice Springs, di mana suku Arrernte telah tinggal selama 20,000 tahun. Ketahui mengenai mitos Dreamtime di galeri seni batu yang halus yang terdapat di Taman Negara Kakadu yang tersenarai sebagai Warisan Dunia.

Temuilah pengembaraan yang membawa anda begitu hampir dengan budaya tertua di dunia. Memandu ke tapak-tapak suci seperti Uluru, Kata Tjuta dan Ngarai Kings melalui laluan Red Centre Way . Susuri South Australian Loop atau Lingkaran Australia Selatan melalui Banjaran Flinders, di mana anda boleh mendengar kisah penciptaan Adnyamathanha bertemankan nyalaan unggun api. Memandu di atas Savannah Way ke tapak seni batu merentasi Queensland, Wilayah Utara dan Australia Barat.

Ketahui bagaimana anda dapat menghayati budaya tertua dunia yang masih diamalkan. Ketahuinya melalui kaedah yang sama dengan kaum Orang Asli Australia yang telah menyampaikannya dari generasi ke generasi selama sekurang-kurangnya 50,000 tahun – melalui seni, tarian, mitos, muzik dan tanah tumpah darah mereka sendiri.  Anda boleh menyaksikan seni Orang Asli, tarian kontemporari di bandar-bandar.  Atau menghala kembali ke pedalaman dan dengari mitos mengenai kejadian alam yang berjudul Dreamtime di tepi unggun api.  Jalan belukar dan snorkel, berkongsi bekalan pengembara pedalaman yang dikenali sebagai bush-tucker atau pelajari kaedah membuat lembing dan menangkap ikan menggunakan cara tradisional.  Biarkan orang Orang Asli Australia membantu anda memahami tanah nenek moyang mereka dan kerohanian serta keajaibannya.

Anda boleh menghilang dan menemui semula diri anda di Wilayah Utara, tempat yang kaya dengan sejarah Orang asli dan keindahan alam semula jadinya yang berceranggah. Nikmati pelbagai juadah dan budaya di Darwin dan terokai hutan hujan dan seni batu Orang asli di Kakadu National Park yang tersenarai dalam Warisan Dunia. Menginap di bandar Red Centre di Alice Springs dan kemudian lawati keajaiban ikonik di Uluru-Kata Tjuta serta Kings Canyon. Menyusuri Katherine Gorge yang lebar dan mendulang untuk mendapatkan emas di Tennant Creek. Wilayah Utara juga menawarkan pelbagai hidupan liar, ciri-ciri dan lanskap pedalaman yang berwarna-warni untuk pengembaraan luar bangunan.

Anda mungkin tahu tentang monolit merah di Red Centre, Australia. Anda mungkin tahu bahawa ia suci untuk Orang asli tempatan dan ia menghasilkan warna-warna yang menakjubkan pada waktu matahari terbit dan terbenam. Anda mungkin tidak tahu bahawa anda boleh mengalaminya melalui kaca mata Orang asli atau terdapat banyak lagi tapak suci dan mengagumkan di pusat Australia yang luas. Sepupu Uluru iaitu Kata Tjuta terletak hanya 40 kilometer dari sini dan anda akan temui Kings Canyon yang menakjubkan tidak jauh dari Alice Springs. Anda mungkin tidak sedar bahawa lanskap ini mempunyai tumbuh-tumbuhan hijau dan lubang air yang subur serta jalan merah berdebu dan bidur batu besar. Dan anda mungkin tidak akan betul-betul faham tentang keajaiban, kehebatan, kesunyian dan keterasingan yang baik di Red Centre, Australia hinggalah anda tiba di sini.

Datang dan terokai Kakadu National Park yang tersenarai dalam Warisan Dunia yang terletak lebih kurang tiga jam ke timur Darwin. Dalam taman negara terbesar Australia, anda akan temui tubiran berceranggah, hutan hujan subur dan galeri seni batu yang berusia sehingga 50,000 tahun. Ketahui tentang budaya Orang asli dari pemilik tradisi orang Bininj/Mungguy. Saksikanlah berjuta-juta burung migrasi di antara tanah lembap. Lihat telipuk lembut, buaya prasejarah, air terjun yang hebat bunyinya dan lubang air yang berkilau-kilauan. Alami keajaiban Kakadu dalam enam musim berbeza yang dramatik. Daripada telipuk lembut hingga ke buaya prasejarah, Kakadu mempunyai pelbagai khazanah yang menunggu untuk diterokai.

Mulakan pengembaraan pedalaman anda di Alice Springs yang terletak di tengah-tengah Australia’s Red Centre. Merentasi dataran spinifeks dengan menaiki belon udara panas atau berbasikal ke Simpsons Gap. Sertai ekspedisi quad bike merentasi gurun atau terbang merentasi MacDonnell Ranges. Lihat tradisi Orang asli kaum Arrernte yang tinggal di sini selama 20,000 tahun dan melihat-lihat seni kontemporari Orang asli di sepanjang Todd Mall. Dengarlah cerita penunggang unta Afghan, doktor terbang dan peneroka yang berani di banyak tapak warisan di sekitar bandar ini. Bandar yang ceria dan moden ini juga adalah satu hari perjalanan dari tarikan ikonik Uluru-Kata Tjuta dan Kings Canyon.

Alami hubungan mendalam antara orang Asli dan landskap menakjubkan di Wilayah Utara – kubu budaya Orang Asli.

New South Wales ialah tempat pengalaman budaya moden yang menarik yang menawarkan gambaran kepentingan Orang Asli dan sejarah tempat-tempat menarik di Sydney yang ikonik.

Australia Barat menawarkan peluang unik untuk menjelajah landskap yang mengagumkan dengan berkayak atau darat dengan jurupandu Orang Asli yang mempesonakan dan ceria.

Melawati Flinders Ranges dan pembentukan tanah menakjubkan lain melalui sudut pandangan jurupandu Orang Asli. Dengar cerita pembentukan tanah untuk menambahkan pengetahuan anda mengenai landskap ini.

Nikmati perspektif Orang Asli terhadap tarikan semula jadi Victoria termasuk Grampians, Great Ocean Road dan Botanic Gardens

Tangkap dan rasa hasil laut, terokai hutan hujan yang subur menghijau serta mendayung di laluan air yang menakjubkan bersama jurupandu Orang Asli untuk menghayati aset semula jadi dan budaya Queensland.

Orang Asli Australia