Lebih lanjut mengenai orang asli Australia

Lebih lanjut mengenai orang asli Australia

Ketahui bagaimana anda dapat menghayati budaya tertua dunia yang masih diamalkan.

Ketahuinya melalui kaedah yang sama dengan kaum Orang Asli Australia yang telah menyampaikannya dari generasi ke generasi selama sekurang-kurangnya 50,000 tahun – melalui seni, tarian, mitos, muzik dan tanah tumpah darah mereka sendiri.  Anda boleh menyaksikan seni Orang Asli, tarian kontemporari di bandar-bandar.  Atau menghala kembali ke pedalaman dan dengari mitos mengenai kejadian alam yang berjudul Dreamtime di tepi unggun api.  Jalan belukar dan snorkel, berkongsi bekalan pengembara pedalaman yang dikenali sebagai bush-tucker atau pelajari kaedah membuat lembing dan menangkap ikan menggunakan cara tradisional.  Biarkan orang Orang Asli Australia membantu anda memahami tanah nenek moyang mereka dan kerohanian serta keajaibannya.

Tujuh tempat teristimewa yang boleh menghubungkan anda dengan kaum Aborigine Australia:

Uluru-Kata Tjuta National Park, Wilayah Utara
Uluru, NT

1. Uluru-Kata Tjuta National Park, Wilayah Utara

Kunjungi Uluru dan anda akan menyaksikan mengapa batu dan tanah yang mengelilinginya mempunyai kesan rohaniah yang mendalam bagi suku Orang Asli Anangu.  Menurut kisah mitos kejadian mereka, makhluk nenek moyang mereka membentuk Uluru, yang terletak di red centre (pusat merah) seperti sebuah jantung muram yang besar.  Pemandu pelancong Orang Asli akan berkongsi kisah purba sambil anda berjalan mengelilingi kaki batu besar tersebut.  Hanya 32 kilometer dari tempat ini, terletak satu lagi tempat suci - Kata Tjuta.  Anda pasti kagum dengan kubah curam, berbentuk bulat dan berwarna merah karat yang meliputi keluasan seluas lebih 3,500 hektar.

Kimberley, NT
Kimberley, NT

2. Kimberley, Australia Barat

Bercirikan pemandangan ufuk yang luas dan gaung purba, wilayah Kimberley adalah salah satu kawasan belantara luas yang terakhir di dunia.  Di sini anda akan mendapati bentuk Wandjina dilukis pada gua di samping lukisan Gwion Gwion yang diselubungi misteri.  Halusi lagenda kubang jingga dan hitam berbentuk sarang lebah Bungle Bungles dan tinggal dalam komuniti Orang Asli.

Daintree Rainforest, QLD
Daintree Rainforest, QLD

3. The Daintree, Queensland

Berusia lebih daripada 135 juta tahun, Hutan Hujan Daintree, menjadi tempat tinggal kaum Wujal Wujal, adalah hutan hujan tertua di dunia.  Susuri langit-langit hijau ini dan cari mergastua unik dan hidupan liar lain, kebanyakannya tidak boleh dijumpai di mana-mana tempat lain di dunia.

Coorong, SA
Coorong, SA

4. Coorong, Australia Selatan

Bergabung dengan alam semula jadi, sambil anda berkayak di sepanjang lagun dan jalan-jalan air di Coorong.  Pemandu dari suku Ngarrindjeri akan menceritakan kepada anda mengenai bush tucker, perubatan tradisional dan hidupan mergastua tempatan yang luar biasa.  Apabila malam melabuhkan tirainya, anda boleh mendengar kisah yang disampaikan dan menghidu aroma lazat damper (roti outback) yang segar sambil ia dikeluarkan daripada bara unggun api.

Singkap sejarah Orang Asli yang kaya di sepanjang pantai Gippsland yang berceranggah.  Bersiar-siar di antara galur paku pakis, pantai berpasir dan hutan pepohon kayu putih di tanah suci yang kini dikenali sebagai Wilsons Promontory National Park.  Jejaki laluan perdagangan kaum Orang Asli yang berusia sehingga 18,000 tahun.  Saksikan Orang Asli membuat bakul, lembing, perisai dan kanu menggunakan kaedah tradisional di Bairnsdale.  Atau ketahui di mana Dreamtime menyentuh gaung yang berceranggah, hutan hujan dan galur di Woolshed Creek.

Sydney, NSW
Sydney, NSW

6. Pelancongan kebudayaan Sydney, New South Wales

Imbas kehidupan penduduk asal Sydney dalam pelayaran persiaran pelabuhan atau pelancongan berjalan kaki.  Anda boleh mengetahui nama Orang Asli dan maksud mercu tanda penting Sydney semasa anda menaiki kapal persiaran pelabuhan dengan bantuan pemandu pelancong Orang Asli.  Kunjungi ukiran batu dan petempatan Orang Asli dan berhenti sejenak untuk menikmati alu-aluan selamat datang Orang Asli di Clark Island.  Sebaik sahaja turun dari bot, anda boleh menikmati makanan belukar dan mempelajari selok-belok penggunaan tumbuh-tumbuhan oleh Orang Asli Australia sewaktu melawati Botanical Garden dengan tumbuh-tumbuhan suburnya di pinggir pelabuhan Sydney.

Orang Asli

Idea Australia selanjutnya