Pengembaraan Australia

Pengembaraan Australia

Bagaimanakah caranya untuk memulakan pengembaraan Australia anda?  Dengan kawasan pedalamannya yang luas, hutan purba, alam sekitar marin yang masih murni dan hidupan liar yang unik, Australia menawarkan pilihan yang terbaik.  Cabar diri anda untuk menikmati tempat tidur yang lembut dan makanan gourmet dalam pengembaraan paling mewah di Australia. 

Ketahui mengenai pelbagai perjalanan pengembaraan di Australia, dari 4WD Outback Australia hinggalah perjalanan jarak jauh yang mencabar dan pelayaran yang indah pemandangannya.  Baca mengenai tempat untuk dikunjungi di pedalaman Australia yang terpencil dan berceranggah dari Red centre, Banjaran Flinders Australia Selatan hinggalah ke Kimberley di Australia Barat. 
 
Australia merupakan syurga peluncur air, dan kami akan memberitahu anda di mana ombak terunggul menghempas pantai di seluruh negara, dari Surf Coast Victoria hinggalah ke Margaret River di Australia Barat.  Terokai tempat terkemuka untuk menyelam dan bersnorkel, dari Terumbu Sawar Besar Queensland hinggalah ke East Coast Dive Trail di Tasmania.  Kemudian ketahui lebih lanjut mengenai tempat yang terindah untuk berkayak dan berkanu di Australia dari Katherine Gorge yang penuh drama, hinggalah ke air tenang di Freycinet National Park di Tasmania. 

Dengan rupa buminya yang berceracak,  terpencil dan luas, kebanyakan perjalanan di Australia merupakan suatu pengembaraan.  Mengembara melintasi Australia utara di Savannah Way yang bermula di Cairns dan berakhir di sebelah sana negeri ini di Broome.  Atau merentasi benua ini dari selatan ke utara melalui Explorers Highway yang membawa anda dari Adelaide melalui Red Centre, Australia menuju ke Darwin.  Di South Australia Loop yang luas anda boleh mendaki hingga ke lereng Wilpena Pound dan berjalan di sebahagian Heysen Trail serta menyelam melihat bangkai kapal di Kangaroo Island.  Masuk dan keluar dari Gibb River Road dengan pengembaraan kenderaan pacuan empat roda di Kimberley yang terbentang luas.

Lupakan siapa diri anda yang sebenar dan temui semula diri anda di pedalaman atau outback Australia, tempat huni landskap yang telah dimamah waktu dan rentak abadi budaya Aborigine. Lupakan siapa anda yang sebenar dan temui semula diri anda di pedalaman atau outback Australia, tempat huni landskap yang telah dimamah waktu dan rentak abadi budaya Aborigine. Tinggal di stesen ternakan lembu yang luas dan belajar cara menggunting bulu bebiri dan mengumpulkan lembu ternakan. Tunggangi unta merentas padang pasir dan terbang di atas laluan air kami yang terkemuka.

Dikelilingi oleh air dan kaya dengan pulau-pulau dan terumbu, Australia adalah impian para penyelam. Perairan kami menjadi tempat berlindung khazanah hidupan marin, dengan lebih 4000 spesies ikan dan kepelbagaian jenis rumpai laut tertinggi di dunia. Berenang dengan yu paus yang besar tapi mesra di Terumbu Ningaloo atau dengan singa laut dan lelumba di Semenanjung Eyre Selatan. Belajar menyelam di Terumbu Sawar Besar Queensland – organisma hidup terbesar di dunia. Atau bersnorkel di Clovelly yang terlindung dan begitu indah pemandangannya di Sydney. Temui kapal selam yang diselaputi kerak kelpa di luar pesisir pantai Semenanjung Mornington atau terokai selirat gua dalam laut di sepanjang pantai timur Tasmania. Perairan suhu sederhana kami mengimbau anda, maka selamlah.

Pantai luncur Australia tempat terhempasnya ombak kelas pertama untuk semua peluncuran terhasil dari Pacific Ocean di sebelah timur, Indian Ocean di sebelah barat dan Southern Ocean di sebelah selatan. Kunjungi Bells Beach yang ikonik berhampiran Torquay iaitu laluan masuk ke Surf Coast di Victoria di Great Ocean Road.  New South Wales, Byron Bay, Newcastle, Sydney dan bahagian persisiran pantai selatannya menawarkan ombak yang tinggi.  Makan angin di Burleigh Heads atau bersiar-siar di sepanjang salah satu ombak terpanjang di dunia di Snapper Rocks di Gold Coast, Queensland.  Di South Australia, pantai yang hebat untuk meluncur bertaburan di semenanjung Fleurieu, Yorke dan Eyre dan juga di Limestone Coast.  Western Australia, Perth, Margaret River dan Esperance merupakan tempat yang mempunyai banyak pantai untuk meluncur.  Harungi ombak tinggi Southern Ocean, Tasmania di Hobart, Bruny Island, Launceston, Devonport dan Marrawah.  Anda akan dapat meluncur di atas ombak sendirian di pantai pinggir laut kami yang lengang dan bersih.

Dari serokan yang tenang dan air buri ke sungai dan gaung yang indah, Australia menyediakan banyak tempat untuk berdayung.  Berkanu menyusuri Blackwood River yang berliku-liku melalui barat daya Western Australia atau sepanjang jalan air tenang yang berselirat di Coorong di South Australia.  Berkayak laut dari St Kilda Beach di Melbourne atau di bawah Harbour Bridge di Sydney.  Berakit merentasi jeram yang mengganas di Franklin River di Tasmania atau Tully River di North Queensland.  Berkanu atau berkayak merentasi Katherine Gorge di Northern Territory atau berdayung di sekeliling Lake Burley Griffin di Canberra.  Sewa sebuah kayak untuk beberapa jam atau luangkan beberapa hari berkanu safari melalui salah satu taman negara kami yang asli.