Pengembaraan di laluan air Australia

Pengembaraan di laluan air Australia

Alami keseronokan dengan mana-mana aktiviti pengembaraan yang berlangsung di dalam, di atas dan di sekitar laluan air Australia. Berakit di jeram melalui tanah gersang warisan Dunia Tasmania atau belayar di Sydney Harbour. Menyelam di dalam sangkar dengan jerung putih hebat atau memancing barramundi yang cukup besar untuk anda banggakan. Tidak kira sama ada anda teringin sangat untuk meluncur ombak berkaca setinggi 10 kaki atau berkanu melalui gaung kuno yang temboknya mencuar tinggi, Australia adalah tempat untuk pencinta air dan mereka yang dahagakan cabaran. Berikut adalah beberapa cadangan untuk menyemarakkan lagi semangat kembara anda!

Luncur angin di Lake Burley Griffin Canberra, ACT
Luncur angin di Lake Burley Griffin Canberra, ACT

Luncur angin di Lake Burley Griffin Canberra, ACT

Di Australia,  anda boleh meluncur angin melewati institusi nasional – sesuatu yang unik di negara ini. Di Lake Burley Griffin Canberra, anda boleh melambai pada hakim berambut palsu yang sedang menuruni tangga Mahkamah Tinggi Australia. Atau meluncur melewati bangunan tersergam yang menempatkan galeri, perpustakaan dan muzium nasional kami. Kemudian terdapat pula tanah belukar bandar yang subur untuk dilihat. Meluncur dari pantai berpasir Yatralurnla Bay dan ikuti angin dari timur melewati pokok-pokok gum. Atau belayar melawati East Basin, hebat untuk mereka yang baru belajar meluncur di atas papan panjang atau slalom. Anda boleh mendapatkan papan luncur angin untuk disewa daripada penyedia bot sewaan di sekitar tasik.

Belayar di Sydney Harbour, NSW
Belayar di Sydney Harbour, NSW

Belayar di Sydney Harbour, NSW

Kenali pelabuhan terkenal Sydney dari dek kapal layar. Mengemaskan layar, mengemudi, atau belajar untuk jib ketika anda mengemudi melewati pulau, rumah agam tepian air, taman negara serta teluk dan pantai yang indah. Belajar mengendalikannya dalam pelajaran setengah hari atau mendaftar untuk kursus lebih panjang dengan satu daripada banyak kelab perahu layar yang terletak di sekitar pelabuhan. Mereka menyediakan kursus untuk orang baru hingga ke peringkat juragan. Anda juga boleh menyewa perahu layar anda sendiri dan bawa sekali rakan-rakan anda sebagai anak kapal. Sewa perahu layar bersama dengan juragan atau, jika anda seorang juragan, kemudi pelayaran anda sendiri di atas kapal mewah yang disewa.

Luncur air dan wakeboard di Gippsland Lakes, VIC
Luncur air dan wakeboard di Gippsland Lakes, VIC

Luncur air dan wakeboard di Gippsland Lakes, VIC

Anda mempunyai kawasan yang luas untuk bergerak di Gippsland Lake, laluan air pedalaman boleh-kemudi terbesar di Australia, sekitar tiga jam di timur Melbourne. Penggemar sukan air sukakan rangkaian tasik dan lagun yang luas dan tenang ini, dipisahkan oleh gumuk pasir dari pantai terpencil yang menghadap Teluk Bass. Jadi tiada kekurangan pengendali lawatan yang menawarkan kelas belajar dan peralatan, sama ada anda seorang novis sepenuhnya atau seorang pakar akrobatik. Belajar untuk wakeboard, berlatih pergerakan stork anda atau cuba meluncur berkaki ayam. Menginap di Paynesville, Metung atau Lakes Entrance dan periksa juga Bunga Arm, Newlands Arm and North Arm. Ia sebahagian daripada tempat terpilih, tetapi di Gippsland, anda boleh meluncur merentasi air hampir ke mana sahaja.

Berakit di jeram Franklin River, TAS
Berakit di jeram Franklin River, TAS

Berakit di jeram Franklin River, TAS

Alami perjalanan yang luar biasa dengan cabaran berakit di Franklin River, berhampiran Strahan di pantai barat pedalaman Tasmania. Ia merupakan cara yang mesra dan menyeronokkan untuk meneroka tanah gersang Warisan Dunia Franklin-Gordon Wild Rivers National Park. Bayangkan jeram yang menjerihkan dan formasi batu yang dramatik, lembah yang dalam dan tebing licau yang diliputi lumut. Redah laluan anda melalui landskap tidak boleh diakses ini melalui satu daripada sungai terpencil terakhir di dunia adalah suatu pengalaman yang tidak mungkin anda lupakan. Syarikat perakit setempat yang berpengalaman menawarkan kesemuanya, dari lawatan setengah hari hingga ke ekspedisi yang lebih panjang termasuk trek hari siang ke jerangkau berbatu yang tersergam di Frenchmans Cap.

Selamatkan penyu di Cape York, NT
Selamatkan penyu di Cape York, NT

Selamatkan penyu di Cape York, NT

Anda boleh gabungkan pengembaraan, pemuliharaan hidupan liar dan keasyikan budaya di kem penyelamat penyu tepi pantai di Cape York. Menginap dengan komuniti Orang Asli Mapoon dan bekerja dengan tuan tanah dan penyelidik untuk melindungi penyu dari jaring dan babi hutan liar. Semasa kem enam hari tersebut anda akan mengukur dan menandakan penyu bertelur, memasang peranti penyisihan babi hutan liar di tapak penetasan dan membuang jaring dari pantai dengan kenderaan pacuan 4 roda yang dilengkapkan dengan tujuan tersebut. Ini juga adalah peluang yang unik untuk anda tinggal di dalam komuniti Orang Asli di wilayah paling terpencil Australia.

Meluncur di Margaret River, WA
Meluncur di Margaret River, WA

Meluncur di Margaret River, WA

Sertai peluncur hebat di atas ombak legenda di wilayah Margaret River yang subur, tiga jam di selatan Perth. Tuju ke Surfers Point, di mana Margaret River Pro diadakan pada awal bulan April. Cubalah ombak kiri yang digeruni di Yallingup, dapatkan ombak anda sendiri di pantai terlindung Boranup atau cuba ombak kanan di Injidup. Jika anda orang baru, daftarlah untuk belajar dengan satu daripada banyak sekolah meluncur, kemudian uji kemahiran anda pada ombak yang lebih kecil di Redgate dan muara Margaret River. Jauh dari ombak, wilayah ini mempunyai ladang pengeluar wain terbaik, hutan karri yang tinggi dan gua bawah tanah untuk anda terokai.

Menyelam dengan jerung putih hebat di Port Lincoln, SA
Menyelam dengan jerung putih hebat di Port Lincoln, SA

Menyelam dengan jerung putih hebat di Port Lincoln, SA

Hadapi ketakutan anda sendiri dan pembunuh yang paling digeruni di lautan dalam cabaran penyelaman dalam sangkar ini. Lawatan berlepas dari Port Lincoln, penerbangan pendek dari Adelaide, ke Neptune Islands, salah satu tempat terbaik di dunia untuk aktiviti jerung putih. Di sini pasukan profesional akan membantu menyediakan anda untuk sambungan cerita JAWS anda sendiri. Pengunjung yang tidak menyelam melihat aksi yang mendebarkan dari sangkar yang terapung pada permukaan air, sementara penyelam skuba yang bertauliah turun ke dasar laut di dalam sangkar boleh tenggelam yang khas. Tangkap beberapa foto di dalam air semasa pertemuan anda dengan Great White yang berbahaya. Hanya untuk membuktikan anda terselamat!

Berkanu di sepanjang Katherine Gorge, NT
Berkanu di sepanjang Katherine Gorge, NT

Berkanu di sepanjang Katherine Gorge, NT

Mengembara jauh ke dalam dunia Katherine Gorge yang berceranggah dan hebat - terbentuk daripada 13 gaung yang bersambung - semasa berkanu dan berkhemah. Pelayaran bot yang popular hanya boleh memasuki dua atau tiga gaung pertama. Jadi semasa anda tiba di tapak perkhemahan pertama di gaung kelima, anda telah meninggalkan pakej sebagai pelancong berserta bunyi enjin jauh di belakang. Hanya ada anda dan burung-burung, rama-rama, cicak, penyu berleher panjang, pepatung yang berwarna-warni berserta reriang. Berkayuh di bawah air terjun, turun dari kanu untuk berenang dan tidur di bawah bintang di pantai berpasir rahsia. Ingat bahawa ini adalah pengembaraan lasak - berkayuh dan menarik kanu anda di antara gaung memerlukan kuasa otot.

Pengembaraan di laluan air Australia

Idea Australia selanjutnya