Sukan Australia

Sukan Australia

Sukan ialah satu kegilaan kebangsaan di Australia. Kami merupakan pengikut setia ‘bola’, yang meliputi segala-galanya dari kesatuan ragbi ke AFL Australia yang unik. Kami bermain kriket di belakang rumah dan di pantai sepanjang musim panas dan keluar beramai-ramai untuk menonton perlawanan ujian Boxing Day yang menjadi ikon di MCG Melbourne. Musim panas merupakan musim kami menjadi pengulas amatur di pertandingan tenis Grand Slam kami. Kami memiliki padang golf yang luas dan direka untuk kejohanan di seluruh negara dan menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara golf berprestij. Maraton kami menarik minat ratusan ribu pelari dan ramai mengetahui mengenai acara lumba kereta kami seperti Formula 1 Australia Grand Prix.

Bola Sepak
Bola Sepak

Bola Sepak

Peminat ‘bola’ di Australia terdiri daripada empat kod, dan ini mungkin menimbulkan kekeliruan. Bergantung kepada siapa yang berbicara dengan anda dan di negeri mana anda berada, ini boleh membawa maksud Liga Bola Sepak Australia (AFL), Liga Ragbi, Kesatuan Ragbi atau ‘soccer’ yang kebanyakan orang Eropah kenali sebagai bola sepak! Semua kod memiliki peminat yang setia dan berkongsi musim yang sama dari bulan Mac hingga September.

AFL
AFL

Liga Bola Sepak Australia (AFL) atau ‘Aussie rules’

Jika anda melihat lelaki berseluar pendek melompat dengan ketinggian yang hebat pada arena yang besar bersama bola lonjong, anda berkemungkinan besar sedang menonton permainan AFL atau bola sepak peraturan Australia. Dibangunkan di Melbourne pada kurun ke-19, AFL ialah sukan tontonan utama di Australia, dan liga sukan yang paling dihadiri. Ia sangat popular di Victoria, di mana ia menjadi ikutan tak ubah sepertu sebuah agama, namun Sydney, Adelaide, Perth dan Brisbane juga memiliki penyokong setia pasukan AFL. Liga merangkumi 16 pasukan yang menghadapi 22 perlawanan di tempat sendiri dan lawan di antara hujung bulan Mac dan September. Siri akhir selama empat minggu merupakan kemuncak Grand Final, satu daripada acara sukan yang terkenal di negara ini.

Liga Ragbi
Liga Ragbi

Liga Ragbi

Liga Ragbi ialah sukan sentuhan bola sepenuhnya, yang keluar dari Kesatuan ragbi pada awal kurun ke-20. Liga Ragbi Nasional atau NRL (pertandingan Liga ragbi utama Australia) paling banyak dimainkan di negeri-negeri timur Australia, dengan kebanyakan daripada 16 pasukan berasal di dalam dan sekitar Sydney. Musim NRL bermula pada awal bulan Mac dan kemuncak Grand Final pada hari Ahad pertama bulan Oktober. State of Origin ialah siri terbaik daripada tiga siri antara New South Wales dan Queensland. Ia diadakan semasa pertengahan pertandingan NRL yang biasa, menarik minat orang ramai dan penonton TV yang ramai. Terdapat juga permainan antarabangsa tahunan seperti perlawanan ujian Australia Mlw New Zealand ANZAC.

Kesatuan Ragbi
Kesatuan Ragbi

Kesatuan Ragbi

Pasukan Kesatuan Ragbi Australia adalah Wallabies dan setiap tahun - berpakaian warna hijau danemas - mereka bertanding bersama New Zealand dan Afrika Selatan dalam Siri Tri-Nations. Perlawanan menentang musuh tradisi mereka, New Zealand All-Blacks membentuk Bledisloe Cup, sementara perlawanan menentang Afrika Selatan merupakan sebahagian daripada Mandella Challenge Plate. Setiap empat tahun, Australia bertanding dengan pasukan-pasukan ragbi dari seluruh dunia dalam Ragbi Piala Dunia. Tujuh orang bekas pemain Australia termasuk Nick Farr-Jones, telah dimasukkan ke dalam Dewan Kemasyhuran Ragbi Antarabangsa. Pasukan negeri-negeri di Australia menentang satu sama lain berserta pasukan New Zealand dan Afrika Selatan di dalam Super 14.

Soccer
Soccer

Football (juga dikenali di Australia sebagai soccer)

Pasukan bola sepak kebangsaan Australia yang pertama telah dibentuk pada tahun 1922 untuk jelajah New Zealand. Pada tahun 1974, Australia membuat penampilan pertama mereka di dalam perlawanan akhir Piala Dunia di Jerman Barat. Hari ini pasukan kebangsaan - Socceroos - telah memenangi beberapa Piala Dunia dan ia mencapai kejayaan pada litar antarabangsa. Socceroos layak untuk Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan tanpa kalah di dalam perlawanan. Seluruh negara berbangga dengan perkembangan pasukan negara melalui setiap pusingan pertandingan.

Tenis
Tenis

Tenis

Setiap Januari, Australia menjadi ibu pejabat bagi tenis antarabangsa, mengacarakan banyak pertandingan dalam memacu Terbuka Australia. Pembukaan musim baru ialah Piala Hopman Perth, di mana pasukan pasangan lapan tangga teratas bertanding untuk piala bola tenis yang diselaputi dengan permata Kimberly. Dalam minggu pertama bulan Januari, pemain lelaki tangga teratas bersedia untuk Terbuka Australia di Brisbane Antarabangsa. Bintang tenis wanita bermain di Moorilla Hobart Antarabangsa seminggu kemudian. Tenis menuju ke Sydney untuk Medibank Antarabangsa, sebelum Terbuka Melbourne Australia pada hujung bulan. Ia merupakan satu daripada empat perlawanan Grand Slam, yang lain adalah Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka AS.

Golf
Golf

Golf

Dengan lebih daripada 1,500 padang golf di seluruh Australia, tidak hairanlah golf merupakan sukan masa lapang yang popular di Australia. Kami memiliki kedua-dua padang golf umum dan peribadi, sesetengahnya direka untuk kejohanan dan kebanyakannya memiliki pemandangan yang menakjubkan. Banyak padang golf disambungkan dengan resort yang mewah yang menawarkan pakej ‘bermalam dan main’. Resort terkenal kami adalah di selatan Queensland, tetapi Victoria, New South Wales serta Australia Barat juga memiliki resort yang hebat. Pemain bertaraf dunia Australia termasuk Greg Norman, Geoff Ogilvy, Adam Scott dan Karrie Webb. Acara golf utama kami adalah Kejohanan PGA Australia dan Australian Masters serta Terbuka Golf Australia.

Kriket
Kriket

Kriket

Australia telah  bermain kriket  selamalebih daripada 200 tahun dan ia merupakan satu daripada sukan yang popular. Sepanjang musim panas sukan ini dimain semasa berkelah, barbeku dan semasa di taman. Pasukan kriket Australia, dengan topi hijau mereka, ialah satu daripada pasukan bertaraf dunia. Pertandingan termasuk siri Test berlangsung selama tiga ke lima hari, One Day Internationals dan siri Twenty20. Terdapat juga Ashes, di mana Australia dan England bertanding untuk menjadi juara kekal hebat. Perlawanan kami yang paling popular adalah Ujian Hari Tinju satu hari di MCG Melbourne. Hero kriket Australia termasuk Sir Donald Bradman, Ritchie Benaud, adik-beradik Chapell, adik-beradik Waugh, Shane Warne dan Glen McGrath.

Perlumbaan kereta
Perlumbaan kereta

Perlumbaan kereta

Perlumbaan kereta memiliki peminat setianya di Australia, yang mengacarakan beberapa acara yang membakar tayar. Setiap Mac, Taman Albert Melbourne merupakan tempat acara bagi Formula 1 Australian Grand Prix. Pada April atau Mei, pemandu elit berlumba di sekitar Tasmania untuk Targa Tasmania – lumba rali pada litar tar selama lima hari. Supercars V8 berkuasa tinggi menumpu di Gold Coast pada bulan Oktober untuk Nikon SuperGP (dahulunya Indy 300). Bunyi bising mengiringi perlumbaan adrenalina tinggi sepanjang Sirkit Surfers Paradise Street. Anda juga akan menikmati bunyi bising Supercheap Auto Bathurst 1,000, yang diadakan di Bathurst pada bulan Oktober.

Maraton
Maraton

Maraton

Maraton adalah penting di dalam kalendar sukan Austalia, dan kebanyakan daripada ini juga memaparkan separa maraton, perlumbaan 10 km dan 5 km. Maraton Great Ocean International berlangsung pada bulan Mei dan Maraton Gold Course Airport yang popular menarik minat ramai pelari jarak jauh dari seluruh dunia pada bulan Jun. Setiap Ogos, pelari elit dan ribuan orang ramai di Sydney mengambil bahagian dalam City to Surf, laluan 14km di antara bandar dan Pantai Bondi. Festival Sydney Running berlangsung pada bulan September, dengan laluan yang berlainan untuk disesuaikan dengan tahap kesihatan yang berlainan. Perjalanan maraton sejauh 42km dari Milsons Point, melepasi Jambatan Harbour dan melalui bahagian dalam barat Sydney dan CBD ke Taman Contennial.

Idea Australia selanjutnya