Cetak Halaman

Memancing semasa kawanan ikan barra berkumpul di Northern Territory

Jerat barramundi besar semasa kawanan ikan ini berkumpul di Northern Territory.  Dari bulan Oktober hingga Disember, musim pra monsun ini membawa bonanza barra ke billabong (tasik ladam) dan muara sungai diTop End.  Ketahui tempat-tempat memancing kegemaran ramai di sekitar Darwin Harbour atau berkongsi kawasan pesisir dengan pengail profesional di  Daly River.  Naik helikopter dan pergi memancing di Adelaide River atau pergi ke tempat yang memang diketahui terdapat banyak ikan barra ini di sepanjang Mary River.  Di Kakadu National Park yang tersenarai di dalam Warisan Dunia, anda boleh melontar tali kail anda dari bot di South and East Alligator River.   Sewa bot, sertai sewa pemancingan dengan pemandu pelancong yang berpengalaman atau tinggal di rumah desa di pedalaman untuk memancing.  Apa pun yang menjadi pilihan anda, percutian sambil memancing semasa kawanan ikan ini berkumpul membolehkan anda menangkap ikan barramundi sambil menikmati pemandangan cantik alam semula jadi di Top End. 

Dari Darwin, anda boleh memilih sewa pemancingan dan kapten yang kompeten.  Darwin Harbour sendiri ada banyak ikan tuna dan ikan talang (queenfish), tapi anda perlu pergi lebih jauh lagi untuk menangkap ikan barramundi.  Dapatkan beberapa ikan barramundi air masin yang mungkin ada di antara ikan gelama (black jewfish ) dan ikan ongah (fingermark) di Shoal Bay yang berdekatan.  Atau sertai pengembaraan sewa bagai-hari ke Daly River untuk pemancingan muara sungai yang terkenal.  Terletak lebih daripada 200km barat daya Darwin, Daly River menjadi tarikan pengail dari seluruh pelosok negeri yang tidak sabar-sabar untuk menangkap barramundi besar.  

Dalam pelancongan tiga hari, anda boleh juga sampai ke sistem Mary River yang mengalir ke pantai di Chambers Bay, dan anda boleh memancing sakan di sini semasa air pasang dan surut.  Sungai dan dataran banjir memang sesuai untuk menangkap ikan barra tapi anda akan dapat cepumas barramundi di Shady Camp, Corroboree Billabong, Hardies Lagoon dan Tommycut Creek.  Sungai ini juga penuh dengan ikan ketutu (sleepy cod), saratoga and ikan bulan (oxeye herring). 

Dapatkan perspektif baru dalam ekspedisi memancing anda dengan menaiki helikopter untuk memancing dari Darwin ke Adelaide River.  Lihatlah pemandangan dari udara yang mengagumkan di tanah lembap di kawasan Utara dan lihat kerbau serta khinzir jalang melonjak-lonjak melarikan diri apabila helikopter anda mendarat.   Lontar tali kail anda dari tempat yang selamat daripada bahaya buaya dan dengarlah bunyi “buf’ unik menandakan barramundi tersangkut di mata kail. 

Di Kakadu National Park yang tersenarai dalam Warisan Dunia, perjalanan anda sambil  memancing ini dilengkapkan lagi dengan  pemandangan yang indah, burung berhijrah, buaya dan hidupan liar.  Sertai perjalanan sambil memancing selama setengah hari atau sehari suntuk di South Alligator atau East Alligator River dari Jabiru.  Yellow Waters di South Alligator River terkenal sebagai tempat memburu barramundi, terutamanya semasa kawanan ikan ini berkumpul hingga musim hujan.

Anda akan dapati terdapat banyak ikan barra di Victoria River iaitu sungai terpanjang di Northern Territory yang terletak kira-kira 250km ke barat Katherine.  Pandu kereta di Savannah Way menuju ke Timber Creek tempat mengail yang terdekat. 

Di Arnhem Land, anda boleh menginap di rumah desa dan sertai pengembaraan untuk memancing barramundi atau pemancingan berekreasi di laut, sungai dan lagun pedalaman yang penuh dengan ikan.  Naik kapal terbang dari Darwin ke syurga tempat memancing di pedalaman di Cape Don di Cobourg Peninsula.  Di sini barramundi gergasi berkongsi habitat dengan siakap merah (mangrove jack), ikan talang (queenfish), ikan cupak (trevally) gergasi, makerel, tuna, ikan merah (golden snapper), ikan trout terumbu, ikan kod, ikan barakuda dan ikan gelama.

Pada musim ikan barra boleh didapati dengan banyaknya ini, beberapa pertandingan memancing peringkat negeri juga diadakan.  Sertai Hummingbird Corroboree Park Challenge di Mary River pada bulan Oktober.  Atau tangkap tujuh spesies ikan dalam masa tiga hari dengan menyertai Saltwater Fly Fishing Challenge di Darwin Harbour.  Selepas itu, tempat ini juga menjadi tuan rumah untuk pertandingan Gold Billfish Classic pada bulan yang sama.   Bertanding untuk menangkap barramundi terbesar di Barra Bash di Roper River pada bulan Oktober.  Pada bulan November, anda boleh berlawan dengan ikan barakuda, ikan layaran dan ikan mersuji dengan menyertai Gove Game Classic di Arnhem Land. 

Pergi ke Northern Territory di kawasan kawanan barra berkumpul untuk percutian sambil memancing tempat barramundi besar jarang sekali terlepas.

Idea Australia selanjutnya