Zoo Australia

Pertunjukan burung Taronga Zoo, Sydney, NSW. © Tourism Australia

Zoo Australia

Haiwan unik Australia merupakan tarikan utama bagi pelawat antarabangsa dan banyak zoo di Australia merupakan antara yang terbaik di dunia. Australia mempunyai kedua-dua jenis zoo awam dan peribadi. Beberapa zoo di Australia mempamerkan spesies eksotik seperti kucing besar dan gajah; sementara zoo lain menumpukan kepada haiwan asli dan burung Australia. Zoo dan tempat perlindungan hidupan liar di Australia menitikberatkan pendidikan persekitaran dan kajian untuk pemuliharaan haiwan yang terancam. Banyak zoo di Australia mengadakan acara istimewa, lawatan ''di sebalik tabir' dan penginapan bermalam yang termasuk melihat haiwan-haiwan ini dari dekat. Di sini haiwan-haiwan menakjubkan seperti koala, kanggaru, wombat dan haiwan lain di Australia dapat dilihat.

National Zoo & Aquarium, ACT
National Zoo & Aquarium, ACT

Wilayah Ibu Negara Australia

National Zoo & Aquarium di pinggir bandar Canberra merupakan satu-satunya zoo dan akuarium yang digabungkan di Australia. Tempat ini mempamerkan pelbagai pilihan haiwan asli dan eksotik dan hidupan marin Australia. Terdapat ceramah harian oleh penjaga haiwan, lawatan di sebalik tabir dan masa-masa apabila pelawat boleh memberi haiwan makan. Saksikan koleksi beberapa reptilia terbesar Australia di Canberra Reptile Zoo dan Australian Reptile Centre di Nicholls, kira-kira 20 minit perjalanan dari Canberra.

Taronga Zoo, NSW
Taronga Zoo, NSW

New South Wales

Terletak di lokasi menakjubkan di Sydney Harbour, Taronga Zoo merupakan kemuncak sebarang lawatan ke Sydney. Taronga Zoo mempamerkan lebih 2600 ekor haiwan daripada kira-kira 340 spesies. Cuba semak acara berkhemah ‘Roar n Snore’ dan hiburan biasa untuk keluarga. Satu lagi tempat di Sydney Harbour untuk mendekati haiwan Australia ialah Wild Life Sydney di Darling Harbour.

Western Plains Zoo yang terletak di Dubbo memiliki lebih 100 spesies daripada kedua-dua jenis haiwan asli dan eksotik Australia yang kebanyakannya haiwan bersaiz besar dan hidup secara terbuka. Tempat ini menawarkan penginapan bermalam di dalam khemah safari atau ‘Zoofari Lodge’.

Tempat lain di New South Wales untuk melihat haiwan unik, burung dan reptilia Australia ialah Featherdale Wildlife Park; Koala Park Sanctuary; Australian Reptile Park dan Mogo Zoo.

Crocodylus Park, NT
Crocodylus Park, NT

Wilayah Utara

Alice Springs Desert Park dan Alice Springs Reptile Centre menyediakan pengenalan terbaik kepada hidupan liar Wilayah Utara. Tempat ini berbaloi dilawati sebelum anda pergi menjelajahi hidupan liar di Uluru-Kata Tjuta National Park.

Di Crocodylus Park yang terletak di Darwin, anda akan dapat menemui buaya di dalam air manakala dilindungi dengan selamat di dalam sangkar plastik.

Di Territory Wildlife Park yang terletak di Berry Springs, kira-kira 45 minit perjalanan dari bandar Darwin, anda akan dapat melihat hidupan liar dari dekat di dalam habitat semula jadinya, menikmati pemandangan sarang burung di puncak pepohonan dan menyaksikan antara hidupan akuatik Top End paling menakjubkan di dalam akuarium jalan lalu ini.

Lone Pine Koala Sanctuary, QLD
Lone Pine Koala Sanctuary, QLD

Queensland

Lone Pine Koala Sanctuary di Brisbane merupakan tempat perlindungan koala terbesar di dunia dan tempat tinggal lebih 100 ekor koala dan pelbagai hidupan liar Australia yang lain.

David Fleay Wildlife Park dan Currumbin Wildlife Sanctuary di Gold Coast Queensland juga merupakan tempat untuk melihat haiwan asli Australia yang unik seperti kanggaru, koala dan wombat. Australia Zoo yang dikenali sebagai ‘Tempat Pemburu Buaya’ terletak berdekatan dengan Glasshouse Mountains di pedalaman Gold Coast.

Cairns Tropical Zoo di Palm Cove yang pernah memenangi anugerah mempunyai koleksi haiwan liar terbesar di Wilayah Tropika Queensland Utara. Tarikan lain hidupan liar di Wilayah Tropika Queensland Utara termasuk pemenang anugerah Hartley’s Crocodile Adventures dan Kuranda Koala Gardens.

Billabong Sanctuary, berdekatan Townsville, mempamerkan pelbagai haiwan asli Australia di hutan hujan, habitat kayu putih dan tanah lembap Australia.

Adelaide Zoo, SA
Adelaide Zoo, SA

Australia Selatan

Adelaide Zoo menumpukan kepada haiwan terancam dan jarang ditemui di Australia dan seluruh dunia. Zoo ini merupakan tempat tinggal hampir 300 spesies mamalia eksotik dan asli, burung, reptilia dan ikan.

Cleland Wildlife Park terletak di Adelaide Hills di pinggir bandar Adelaide CBD. Dengarkan taklimat Orang Asli tentang kisah Dreaming dan hubungan antara budaya Orang Asli dan hidupan liar Australia di Yurridla Trail.

Hanya satu jam dari Adelaide dan 15 minit dari Murray River, Monarto Zoo merupakan zoo terbuka terbesar di Australia. Zoo ini direka bentuk untuk membolehkan haiwan meragut lebih besar merayau-rayau sebagaimana di persekitaran semula jadinya dan ia terkenal di dunia kerana program pembiakan haiwan terancam dan jarang ditemui.

Parndana Wildlife Park di Kangaroo Island juga merupakan tempat yang hebat untuk melihat haiwan asli Australia.

Tasmania Zoo, TAS
Tasmania Zoo, TAS

Tasmania

Di kaki bukit Tamar Valley, 18 kilometer dari Launceston di utara Tasmania terdapat Tasmania Zoo iaitu taman hidupan liar terbesar di Tasmania. Tasmania Zoo merupakan tempat tinggal lebih 80 spesies haiwan termasuk burung, penguin, buaya, wombat, belut laut, kanggaru, kucing harimau dan reptilia Australia. Ia antara tempat terbaik di Tasmania bagi melihat sendiri Tasmanian Devils dari dekat.

Zoodoo Wildlife Park terletak berdekatan dengan pekan bersejarah Richmond, hanya 25 minit perjalanan dari Hobart. Zoodoo menawarkan tarikan dan akses sepanjang hari termasuk permainan percuma untuk kanak-kanak, lawatan bas safari dan BBQ serta kemudahan berkelah. Zoodoo Wildlife Park terkenal kerana pendekatan amalinya yang membolehkan anda mendekati beberapa haiwan Australia kegemaran anda yang tidak anda sangkakan.

Werribee Open Range Zoo, VIC
Werribee Open Range Zoo, VIC

Victoria

Melbourne Zoo di Victoria merupakan zoo tertua Australia dan antara zoo terbaik di dunia. Zoo ini mempamerkan 350 spesies haiwan di tempat tinggal semula jadinya.

Healesville Sanctuary merupakan tempat untuk melihat haiwan asli Australia di persekitaran semula jadinya. Tempat ini juga merupakan salah satu tempat terbaik untuk melihat haiwan nokturnal Australia.

Werribee Open Range Zoo merupakan zoo bertemakan Afrika di Werribee, kira-kira 35 kilometer ke barat pusat bandar Melbourne. Zoo ini terletak di tepi sungai Werribee River di Werribee Park, bersebelahan Werribee Mansion. Selain lawatan safari di dalam kenderaan terbuka, ‘Slumber Safari’ menawarkan khemah mewah bagi penginapan bermalam. Werribee Open Range Zoo juga berdekatan dengan Great Ocean Road dan tarikan utamanya ialah Great Southern Touring Route Victoria.

Perth Zoo, WA
Perth Zoo, WA

Australia Barat

Hanya beberapa minit dari Perth CBD, Perth Zoo menyediakan 'oasis' semula jadi yang menenangkan di dalam bandar. Perth Zoo menarik banyak spesies burung asli Australia. Taman-tamannya juga merupakan bahagian penting Perth Zoo dengan beberapa tumbuhan dan pokok yang berusia lebih 100 tahun. Lihat pemandangan menakjubkan musim bunga Australia Barat pada bulan September dan Oktober.

Caversham Wildlife Park dan Whiteman Park terletak kira-kira 25 minit perjalanan sahaja dari Perth CBD atau 45 minit dari Fremantle. Taman ini mempamerkan banyak haiwan asli Australia yang unik, termasuk koala, kanggaru, walabi, wombat dan Tasmanian devil.

Wave Rock Wildlife Park di barat daya Hyden, Australia Barat menawari pelawat peluang untuk menikmati dan memerhatikan ratusan burung dan haiwan dari rantau ini dan seluruh Australia.

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia