Great Golf Courses of Australia

Padang Golf Terbaik di Australia

Australia adalah sebuah benua yang luar biasa dan berpelbagai dengan menawarkan banyak destinasi ikonik untuk percutian di Australia. Padang golfnya juga berpelbagai dan menawarkan berbagai-bagai pengalaman bermain golf bertaraf dunia.

Laluan mainan yang berliku melalui bukit pasir yang liar dan dramatik di timur laut Tasmania, di sepanjang cenuram laut batu pasir di Sydney selatan atau di pulau tropika di Great Barrier Reef.

Great Golf Courses of Australia menyediakan akses ke padang dan kelab persendirian terbaik Australia. Ini termasuk semua enam padang golf Australia yang disenaraikan dalam senarai 100 Tempat Teratas Di Dunia; Barnbougle Dunes, Barnbougle Lost Farm, Kingston Heath, New South Wales, Royal Melbourne dan Royal Adelaide. Dengan kemegahan warisan golfnya yang kaya, koleksi litar golf Australia yang luar biasa ini termasuk hasil kerja oleh arkitek golf yang disanjung tinggi, juga Dr. Alister McKenzie, Tom Doak, Bill Coore dan Ben Crenshaw.

Merentasi Australia dari bandar ke pinggir laut, dari iklim tropika hingga iklim yang sederhana, tataletak padang akan mencabar kemahiran anda dalam bermain golf; lanskap akan mengagumkan anda; perjalanan anda dalam bermain golf di Australia tidak akan dapat dilupakan.



Royal Melbourne

Royal Melbourne



Woodlands

Woodlands



Yarra Yarra

Yarra Yarra



Victoria

Tidak hairanlah, dengan pelbagai jenis padang golf yang tidak jauh antara satu sama lain dan pusat bandar Melbourne, majalah US Golf Travel mencadangkan Melbourne sebagi, “pilihan padang golf yang termasyhur dan unik di mana-mana bandar di dunia.”

Terletak hanya 20 minit dari pusat bandar Melbourne, Melbourne Sandbelt merupakan destinasi yang mana pemain golf mesti ingin bermain golf di sana. Tanah gembur dalam yang berpasir di rantau ini membolehkan penyaliran segera dan kebolehmainan sepanjang tahun mengilhamkan arkitek golf yang terkenal Dr Alister McKenzie dalam mereka bentuk padang golf paling terkenal di Australia; Royal Melbourne West Course.

Berhampiran, anda boleh pergi ke padang golf luar biasa Sandbelt iaitu Kingston Heath, Victoria, Metropolitan, Yarra Yarra, Huntingdale dan Peninsula. Dengan setiap satunya mempamerkan ciri unik dan sifat yang tidak dapat dilupakan, padang-padang golf Sandbelt adalah kenikmatan para pemain golf. Di pinggir Melbourne terdapat padang golf Woodlands yang menakjubkan, tidak jauh dari ladang anggur Yarra Valley anda akan menemui tiga buah padang golf Heritage Golf Club yang indah.

Royal Melbourne dan padang golf lain di rantau Sandbelt pernah menjadi tuan rumah pelbagai kejohanan termasuk Presidents Cup, World Matchplay Championship, Australian Open, Australian Masters dan Johnny Walker Classic.

Di hujung paling selatan Mornington Peninsula, pemain golf teruja dengan pelbagai pilihan padang golf tepi laut di National Golf Club. Dengan tiga buah padang golf yang ulung , The National tidak syak lagi merupakan salah satu harta tanah golf yang terbaik di Australia. Terletak di puncak cenuram pinggir pantai dan gumuk beralun Cape Schanck, lanskap The National yang dramatik akan mengagum dan mengilhamkan, manakala reka bentuk padang yang hebat akan mencabar kemahiran anda. Di luar padang golf, terokai galeri, spa dan kafe di desa tepi laut yang berangin, atau lepaskan diri ke kawasan pedalaman di salah satu kilang pembuat bir dan wain.



NSW Golf Course

NSW Golf Course



NSW Golf Course

NSW Golf Course

New South Wales

New South Wales menawarkan banyak pilihan; Sydney – bandar pelabuhan yang mengagumkan dan bertenaga, teluk, pantai dan serokan yang indah, sunyi dan terlindung, Blue Mountains yang hebat dan agung;

Hunter Valley Wineries dan pengalaman bermain golf yang menakjubkan.

Di pinggir cenuram berceranggah Botany Bay yang meninjau ke Lautan Pasifik yang luas terbentang, terletak laluan golf New South Wales Golf Club yang terkenal. Tertenggek di atas tanjung di pinggir pantai, padang golf yang direka bentuk oleh Dr Alister MacKenzie ini mendapat kedudukan dalam Senarai Dunia 100 Teratas. Tataletaknya yang mengilhamkan ini dikelilingi air pada tiga sisinya dan mempunyai banyak ciri padang golf tepi laut yang sebenar. Lintasan beralun dan gren yang kecil memerlukan kemahiran yang tinggi terutama apabila angin laut bertiup.

Para pemain golf di Sydney sepatutnya pergi lebih ke utara di sepanjang pantai ke Hunter Valley untuk bermain di Vintage. Di luar padang golf, cuba rasa wain tempatan, makanan gourmet dan alami gaya hidup lebih perlahan di kawasan luar bandar NSW.



Barnbougle Dunes

Barnbougle Dunes



Barnbougle Lost Farm

Barnbougle Lost Farm



Tasmania

Tasmania adalah tempat terdapatnya pantai yang belum terusik, banjaran gunung berceranggah, kawasan hutan hujan sederhana dan belantara terbesar di dunia yang tersenarai dalam Warisan Dunia dengan menempati hampir 20 peratus pulau ini.

Menjadi tuan rumah kepada padang golf kembar yang berharga – Barnbougle Dunes dan Barnbougle Lost Farm, maka memang sesuailah gumuk Tasmania yang berceranggah dan pinggir pantai yang belum tersentuh membuatkan Barnbougle suatu destinasi golf yang luar biasa.

Direka bentuk oleh arkitek rakyat AS Tom Doak dan Mike Clayton dari Australia, Barnbougle Dunes beralun melalui gumuk berpasir di pinggir laut Timur Laut Tasmania. Lintasan yang lebar, halangan yang tidak membantu dan gren berombak menjadikan Barnbougle Dunes cabaran yanag terbaik untuk semua tahap kemahiran. Padang golf ini telah menjadi wakil ikonik Australia bagi padang golf tepi laut sebenar sebagaimana yang dimiliki Scotland dan Ireland.

Direka bentuk oleh Bill Coore, Barnbougle Lost Farm yang bersebelahan dengannya dengan pantas telah mendapat reputasi sebagai salah satu padang golf yang terbaik di Australia. Dibuka pada lewat tahun 2010, padang golf tepi laut yang mengagumkan dengan gumuk dan pemandangan lautan yang dramatik ini telah berlari menaiki Senarai Dunia 100 Teratas.



Royal Adelaide

Royal Adelaide



Kooyonga

Kooyonga



Australia Selatan

Adelaide merupakan gerbang ke lanskap negara Australia Selatan yang berharga dan pastinya, permainan golf yang hebat. Dari sini anda boleh meneroka kilang membuat wain Barossa dan koloni anjing laut serta pinggir laut Kangaroo Island yang berceranggah.

Royal Adelaide, kelab golf tertua yang paling terkenal di Australia, menonjolkan pelbagai padang golf luar biasa di Australia Selatan. Salah satu padang golf dalam senarai 100 Tempat Teratas Di Dunia, Royal Adelaide telah direka bentuk oleh rakyat Australia C. L. Gardiner dan H. L. Rymill. Namun, nasihat kemudian Dr Alister MacKenzie yang terkenal itu yang menyebabkan perubahan berharga dibuat pada padang golf tersebut, dengan menyertakan ciri semula jadi yang hebat dan memastikan kedudukannya sebagai salah satu padang golf yang hebat di Australia.

Kooyonga Golf Club terletak berhampiran dengan tataletak yang mengagumkan pada rupa bumi berpasir di antara pusat bandar Adelaide dan pantai Glenelg yang meriah. Menampilkan lintasan berombak yang berakhir ke gren yang terlindung, pokok asli membarisi lintasan Kooyonga dan akan mendenda ketidaktepatan. Gren biasanya padat dan kecil dengan bunker yang jelas yang akan menangkap pukulan yang tidak terkawal. Dengan tataletak biasa yang dihasilkan oleh HL Rymill, Kooyonga akan mengilhamkan naluri anda dan mencabar kemahiran anda bermain golf.



Hamilton Island

Hamilton Island



Royal Queensland

Royal Queensland



Queensland

Gabungan hari-hari yang bermandi cahaya, perairan tenang, pantai terlindung, Great Barrier Reef dan pelbagai hutan hujan di pedalaman, Queensland mempamerkan permainan golf luar biasa di syurga tropika di Australia.

Great Barrier Reef, belayar, penginapan mewah dan salah satu padang golf terbaik Australia, semuanya mudah dikunjungi di Hamilton Island. Menginaplah di pulau ini dan nikmati satu pusingan di Dent Island yang berhampiran, ia merupakan satu-satunya padang golf kejohanan pulau di Australia. Dengan berlatarkan Whitsunday Islands yang luar biasa, perubahan ketinggian padang, kawasan pendaratan yang dilarang dan angin lalu yang sentiasa hadir menyediakan cabaran yang pasti berbanding dengan bermain golf di tempat peranginan yang menyeronokkan.

Brisbane dan Sunshine Coast juga merupakan tempat serangkaian padang golf yang memenuhi sepanjang pinggir pantai di antara pantai yang murni dan pedalaman yang diliputi hutan hujan. Sertai permainan di Palmer Resort Coolum, tempat kejohanan Australian PGA Championship atau Royal Queensland Golf course, dengan berehat di pantai sewaktu menanti pusingan permainan.



Penempahan dan etiket padang golf

Sebahagian daripada tarikan permainan golf adalah sejarah dan etiket yang meliputi permainan yang popular di seluruh dunia. Permainan golf di Australia juga begitu dan kami menawarkan Aturan dan Peraturan standard semasa bermain di padang golf yang luar biasa ini.

Ketersediaan kart di padang golf Australia berbeza dari kelab ke kelab. Golf dalam bentuk tradisionalnya dimainkan tanpa kart dan banyak padang golf di Australia telah mewarisi tradisi ini. Namun, sekiranya pemain tidak dapat berjalan di padang, kart mungkin akan disediakan. Sila pastikan untuk bertanya tentang sewaan kart ini semasa merancang jadual perjalanan anda.

Pada umumnya, pemain golf dikehendaki untuk menyerahkan handikap mereka semasa membuat tempahan permainan. Tahap kesukaran Great Golf Courses of Australia adalah berbeza. Dengan memberikan butiran handikap anda, kami dapat memastikan bahawa padang golf yang anda kehendaki adalah seronok bagi anda. Para pemain golf yang tidak mempunyai handikap hendaklah menyatakan hal ini semasa membuat permintaan tempahan supaya kami boleh berbincang dengan anda untuk memilih padang golf yang paling sesuai.

Peraturan Pakaian merupakan unsur terakhir permainan golf yang menjadikannya benar-benar seperti suatu permainan golf! Peraturan pakaian mungkin berbeza dari padang ke padang, namun pada umumnya, pakaian pemain golf hendaklah kemas dan kasual. Baju kemeja berkolar atau polo golf wajib dipakai oleh kedua-dua lelaki dan wanita dan seluar pendek mestilah sekurang-kurangnya pada paras lutut. Kasut golf wajib dipakai di padang golf.

Jadi jika permainan golf yang hebat adalah penting kepada anda dan Australia merupakan destinasi pelancongan yang paling diingini, gilap kayu golf anda dan alami kehebatan serta kepelbagaian padang golf Australia. Ia pasti akan mengagumkan anda.

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia