Hutan hujan Australia

Hutan hujan Australia

Jelajahi hutan hujan Australia yang menakjubkan, disenaraikan dalam Warisan Dunia. Ia merentasi seluruh negara ini dan mempunyai setiap jenis iklim. Pelopori litupan tebal tropika Hutan Hujan Daintree di Queensland atau lalui trek ke belantara suhu sederhana Tasmania. Lihat flora yang berasal dari era dinosaur di hutan hujan Gondwanan berdekatan Teluk Byron. Atau temui kawasan hutan hujan kering di wilayah Kimberly di Barat Australia. Anda akan menemui hutan hujan monsun di Taman Negara Kakadu dan pokok paku-pakis yang banyak di Banjaran Otway di Victoria. Australia mempunyai beberapa hutan hujan yang tertua dan terbesar di dunia, dan ia terdapat di sini untuk anda nikmati, hayati dan membantu memeliharanya.

Queensland
Queensland

Queensland

Anda boleh berjalan merentasi lima jenis iklim hutan hujan di Queensland. Di utara Queensland, kawasan Tropika Lembap yang disenaraikan dalam Warisan Dunia termasuk Hutan Hujan Kuranda dan Daintree - hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Boleh dikunjungi dari Cairns, Port Douglas, Cape Tribulation dan Cooktown, Daintree merupakan rumah bagi kumpulan tumbuhan dan haiwan yang menakjubkan. Layari Sungai Daintree, nikmati bush tucker dengan bantuan Orang Asli atau bermalam di rumah tumpangan eko di atas pokok. Di daerah pedalaman Gold Coast, Lamington dan Taman Negara Springbrook mempunyai hutan hujan tropika beriklim sederhana yang dikatakan seawal kewujudan benua Gondwana. Jelajahinya semasa mengembara berjalan kaki pada siang hari atau lakukan Berjalan Kaki Di Daerah Pedalaman Great Gold Coast.

Tasmania
Tasmania

Tasmania

Tasmania adalah lokasi kepada hutan hujan beriklim sederhana terbesar di Australia, kebanyakannya dilindungi sebagai sebahagian daripada Belantara yang disenaraikan dalam Warisan Dunia. Tempat yang dingin, gelap dan menakjubkan ini memiliki pelbagai kehidupan, termasuk spesis yang tidak terdapat di mana-mana tempat di dunia ini. Berjalan kaki di Trek Overland melalui hutan purba King Billy Pine di Gunung Cradle-Taman Negara Tasik St Clair. Pergi lebih dekat ke Gondwanan yang dilitupi oleh kabus di Denai Semula Jadi Creepy Crawly di Taman Negara Southwest. Saksikan pokok pain Huon yang jarang ditemui di Denai Semula Jadi Sungai Franklin melalui Taman Negara Sungai Wild. Atau jelajahi hutan hujan di sekitar Air Terjun Liffey di hujung utara Kawasan Warisan Dunia.

New South Wales
New South Wales

New South Wales

Hutan Hujan Gondwana di Australia memiliki 50 taman berasingan di utara New South Wales dan tenggara Queensland. Boleh dikunjungi dari Teluk Byron, kawasan luas yang disenaraikan dalam Warisan Dunia ini merangkumi hutan hujan subtropika dunia, bersama dengan hutan hujan beriklim sederhana dan panas. Berjalanlah menyusuri rimbunan melalui hutan hujan di Nightcap, Gunung Warning atau Taman Negara Banjaran Border, kesemuanya berada di lereng gunung berapi yang terhakis di Gunung Warning Wollumbin. Dengarlah siulan unggas Albert Lyrebird yang jarang ditemui, berkelah di hutan pokok bic Antartika, melihat marsupial atau memandu di hutan hujan sambil melihat pemandangan. Terdapat juga kawasan hutan hujan yang disenaraikan dalam Warisan Dunia Pergunungan Blue berdekatan Sydney, di Taman Negara Budderoo di Tanah Tinggi Selatan dan Taman Negara Tasik Myall, di utara Port Stephens.

Wilayah Utara
Wilayah Utara

Wilayah Utara

Di selatan dan berada dalam senarai Warisan Dunia, Taman Negara Kakadu dipenuhi dengan hutan hujan monsun. Jelajahinya semasa berjalan ke Air Terjun Jim Jim yang menakjubkan yang jatuh sedalam lebih daripada 250 meter, kolam tunjam yang dingin. Ikut laluan Kolam Gubarra atau berjalan ke Gu-ngarre melalui hutan jarang savana ke hujung sungai mati. Kakadu juga terkenal dengan tanah lembapnya, kaya dengan hidupan liar dan harta karun hasil seni batu Orang Asli. Layarilah sungai sambil melihat buaya, barramundi dan burung-burung, juga rekahan batu yang dibelah oleh nenek moyang Dreamtime atau naiki penerbangan melihat pemandangan merentasi air terjun Kakadu dan tubir berceranggah.

Victoria
Victoria

Victoria

Hutan hujan Victoria yang beriklim sederhana hidup di beberapa tempat di sepanjang Gippsland dan Dandenong, Yarra dan Banjaran Otway. Di Gippsland, anda boleh berjalan di hutan hujan melalui Taman Negara Tarra Bulga dan Taman Negara Morwell atau melalui sasafras yang harum dan beri zaitun hitam di Errinundra Saddle. Berjalan merentasi gunung yang ditumbuhi pokok-pokok di Taman Negara Banjaran Yarra, satu jam perjalanan dari Melbourne. Atau ke Great Ocean Road untuk melihat Taman Negara Great Otway yang hijau dan luas terbentang. Melba Gully Boardwalk membawa anda ke kawasan pokok bic yang dingin, hutan yang dilitupi oleh kabus dan pokok paku-pakis.

Australia Barat
Australia Barat

Australia Barat

Anda mungkin hanya bersantai di Kimberly bersama landskap pedalamannya, tetapi ia memiliki lebih daripada satu ribu kawasan hutan hujan kering. Berselerak di sepanjang lembah dan kawasan pesisir yang memiliki taburan hujan yang banyak, poket ini menyokong kira-kira 300 spesies tumbuhan, yang kebanyakannya tidak ditemui di tempat lain. Ia juga menyediakan tempat perlindungan bagi haiwan yang semakin pupus, termasuk beberapa spesies burung dan ular dan Posum yang memiliki ekor bersisik yang semakin pupus. Temui belukar tumbuhan memanjat relik dan hutan hujan di sekitar kolam dan mata air sepanjang Gibb River Road di Utara Kimberly. Taman Negara Sungai Mitchell memiliki bahagian hutan hujan yang memiliki tumbuhan yang unik berbanding savana di sekitarnya.

Hutan hujan Australia

Idea Australia selanjutnya