Membeli-belah di Australia

Membeli-belah di Australia

Percutian Australia anda tidak lengkap tanpa membeli hadiah dan cenderahati unik Australia. Serlahkan misteri purba budaya Orang Asli dengan hasil seni atau artifak Orang Asli. Beli barangan perhiasan terkenal diperbuat daripada opal, batu permata kebangsaan kami, atau mutiara Australia dan berlian merah jambu yang hanya dapat dijumpai di Kimberley. Biarkan pereka fesyen Australia memakaikan anda dengan pakaian teranggun, untuk pedalaman, bandar ataupun pantai, atau rasai kemewahan dalam sepasang but kulit bebiri yang lembut. Tidak kira sama ada ia busana mewah atau bandar raya dan pasaran tempatan kami dengan himpunan pelbagai kedai, Australia mempunyai himpunan artifak dan cenderahati unik untuk keselesaan membeli-belah anda. Anda akan menjumpai presint membeli belah dan membeli-belah secara mewah di bandar raya kami, pasar-pasar di bandar serta komuniti tempatan. Jangan lupa untuk meneroka peluang membeli-belah di Australia.   

Membeli-belah sepuas-puasnya di pasar seni dan kraf, pusat membeli-belah mega dan gudang serta butik mewah. Meneroka pereka Australia di laluan terselindung Melbourne atau berjalan di Surry Hills di Sydney untuk retro chic. Membeli belah dengan citarasa sub-tropika di gedung membeli belah Brisbane Queen Street atau tinjaulah sekurang-kurangnya 500 kedai di Rundle Mall di Adelaide.

Alami kehebatan pasar-pasar Australia yang menjual barangan dari produk segar ke cenderamata kraf tangan serta fesyen bergaya. Amati cenderamata butik di presint Rocks bersejarah Sydney atau lihat hasil tembikar tempatan, pelukis dan peniup gelas di Hobart’s Salamanca Markets.

Rekaan terkini, riang dan inovatif Australia telah mendatangkan kesan dalam semua aspek daripada fesyen kepada barang perhiasan diri kepada perabot. Dari Collette Dinnigan kepada Ken Done, berikut merupakan gambaran kepada beberapa pereka Australia yang terkenal untuk diberi perhatian.

Setiap warna yang terdapat di pelangi wujud pada opal, batu permata kebangsaan Australia. Semestinya, menurut lagenda Aboriginal, pintalan warna tercipta apabila pelangi menjejaki bumi. Australia menghasilkan 95% daripada opal di dunia, menjadikan batuan yang mempesona ini sebagai cenderahati Australia yang unik.

Tiada yang dapat menggambarkan taraf dan suasana romantis seperti berlian dan mutiara, kedua-duanya dihasilkan di Kimberley di Australia Barat. Membeli mutiara South Sea di Broome, pekan pantai dengan sejarah penternakan mutiara yang bermula sejak zaman pemilikan Aboriginal.

Percutian Australia anda tidak akan lengkap tanpa sebuah atau beberapa cenderahati sebagai kenangan. Negara Australia kaya dengan pelbagai sumber, menjana bush tucker, bulu bebiri, kulit bebiri dan wain, serta banyak lagi. Rasai Australia dengan teh herba tempatan, jem buah-buahan dan rempah.

Idea Australia selanjutnya