Cenderahati Australia

Cenderahati Australia

Percutian Australia anda tidak akan lengkap tanpa sebuah atau beberapa cenderahati sebagai kenangan. Negara Australia kaya dengan pelbagai sumber, menjana bush tucker, bulu bebiri, kulit bebiri dan wain, serta banyak lagi. Rasai Australia dengan teh herba tempatan, jem buah-buahan dan rempah. Serlahkan kehidupan luar kota Australia dengan topi diperbuat daripada kulit buaya, kot driza-bone atau merasai kemewahan dalam sepasang but kulit bebiri yang lembut. Susuri daerah wain di Australia, dan beli terus daripada pembuat wain. Berikut merupakan senarai beberapa cenderahati unik Australia dan di mana untuk mendapatkannya.

Kepelbagaian alam sekitar Australia menghasilkan pelbagai jenis bahan tempatan, daripada tomato belukar kepada pic liar yang dikenali sebagai quandongs. Masyarakat Aboriginal Australia telah menggunakan produk ini dalam makanan dan ubatan sejak ribuan tahun, dan pada masa kini, anda boleh membelinya dalam bentuk bungkusan. Bawa balik jem plum Kakadu dan tomato belukar untuk perasa tambahan atau tambahkan pudina tempatan dan cengkih kepada koleksi rak rempah anda. Cenderahati yang bercitarasa tinggi yang lain termasuk kopi Bryon Bay dan keju dari Tasmania King Island. Pilih minyak kayu putih untuk melegakan sendi yang bengkak dan minyak goanaa untuk lecur. Apabila tiba ke penjagaan kulit, jenama Australia mengeluarkan semua dari sabun wangian lemon aspen kepada krim muka lanolin.

Untuk kenangan berasaskan barangan yang boleh dipakai, tinjau kulit bebiri yang berkualiti dan produk bulu. Bersedia untuk musim sejuk dengan sepasang but kulit bebiri yang lembut dan stokin bulu, skaf, bantal, permaidani dan pakaian dalam panas Australia. Selami semangat kawasan pedalaman Australia dengan topi Akubra, kot driza-bone atau tali pinggang kulit tempatan, beg atau dompet syiling. Atau menyelinap dalam budaya luncur ombak Australia dengan kemeja-T, sut basah dan peralatan luncur ombak oleh jenama tempatan yang terkenal seperti Rip Curl, Billabong dan Mambo.

Dapatkan kesemua hadiah dan cenderahati anda di satu tempat di daerah pelancongan dan pasar terbesar di Australia. Di Sydney, kunjungi pasar hujung minggu The Rocks yang terkenal dan pasar Sydney Opera House yang berdekatan pada hari Ahad. Untuk seni buatan tangan, pakaian rekaan tempatan dan barangan unggul Australia, cuba South Bank market di Brisbane, Fremantle Markets di Perth dan Salamanca Markets yang terkemuka di Hobart. Di Canberra, beli koleksi barangan di Sunday Old Bus Depot Markets. Kunjungi Queen Victoria Market di Melbourne untuk tawaran bagi barangan kulit, atau dapatkan rekaan tempatan dan fesyen di lorong dan arked kota. Beli seni Aboriginal di sepanjang Todd Mall di Alice Springs, dan berkunjung ke daerah Parap yang pesat berkembang di Darwin.

Australia merupakan salah satu pengeksport wain terbesar di dunia, dan semasa berada di sini, anda boleh membeli terus dari kawasan wain, kebanyakannya cuma perjalanan singkat dari kota utama. Barossa Valley berdekatan Adelaide terkenal dengan shiraz dan Rieslingnya. Di luar Melbourne, Mornington Peninsula dan Yarra Valley menghasilkan minuman pinot nair, chardonnay dan minuman buih. Pilih sauvignon blanc atau pinot kegemaran anda di Margaret River di Australia Barat, atau pergi ke Hunter Valley berdekatan dengan Sydney untuk semillon dan shiraz. Rasai gaya iklim dingin di kawasan luar kota Canberra, dan pinot serta riesling di Tamar Valley, Tasmania.

Tiba masanya untuk menulis senarai beli belah bagi cenderahati Australia anda!

Idea Australia selanjutnya