Berlian dan mutiara Australia

Berlian dan mutiara Australia

Tiada yang dapat menggambarkan taraf dan suasana romantis seperti berlian dan mutiara, kedua-duanya dihasilkan di Kimberley di Australia Barat. Membeli mutiara South Sea di Broome, pekan pantai dengan sejarah penternakan mutiara yang bermula sejak zaman pemilikan Aboriginal. Melancong dari Kununura ke Lombong Agyle Diamond yang luas, di mana kebanyakan berlian merah jambu yang jarang ditemui dilombong. Di sepanjang perjalanan, alami pemandangan landskap Kimberley yang nilainya sama tak ternilai dan abadi seperti batuan tersebut.

Terletak di laluan ke Kimberley, Broome merupakan pusat mutiara bagi Australia. Masyarakat Aboriginal telah mengutip dan menjual cengkerang mutiara di kawasan ini sejak beratus tahun sebelum kedatangan orang Eropah. Pendatang baru bertindak pantas untuk mengambil peluang atas kekayaan mutiara, dan pada 1910, kemakmuran industri ini mendorong pengusaha mutiara dalam kumpulan mereka.

Kini, anda boleh mempelajari tentang penyelam mutiara Jepun, Filipina dan Melayu yang bermastautin di Broome di dalam muzium mutiara. Perkuburan Jepun yang berdekatan mempunyai 900 batu nisan yang didedikasikan kepada penyelam mutiara Asia. Untuk menghayati keadaan di lautan pada awal masa pelombongan mutiara, berlayar sekitar Roebuck Bay di atas sebuah kapal mutiara. Lihat mutiara laut yang diternak dari ladang tempatan, atau membeli cenderahati di pusat pertunjukan mutiara di Chinatown, di mana masih terdapat tanda berbilang bahasa dan pusat billiard yang lama.

Setelah mendapat kenangan mutiara South Sea yang bernilai , mengapa tidak meneruskan kembara dengan pencarian berlian di Kimberley Timur? Anda boleh menaiki kenderaan pacuan empat roda di Gibb River Road dari Broome ke Kununurra, di mana Lombong Berlian Argyle mengeluarkan kebanyakan berlian merah jambu dunia yang jarang ditemui. Berlian merah jambu bernilai lebih 20 kali daripada berlian putih, dan lombongnya juga mengekstrak berlian yang berwarna jingga kekuningan, kuning kecoklatan dan berlian biru yang bernilai. Sertai kunjungan untuk melihat kedua-dua berlian kasar dan yang telah digilap dan pelajari bagaimana mereka diekstrak, dipotong sebelum dihantar ke pasaran dan digilap.

Selepas menjelajah lombong, tinjau khazanah alam sekitar yang mempersona di kawasan tersebut. Naiki penerbangan merentasi Bungle Bungles yang berbentuk sarang tebuan di Taman Negara Purnululu. Naiki bot ke sungai Ord yang gah atau tasik buatan iaitu Tasik Argyle, yang cukup besar untuk diklasifikasikan sebagai laut di kawasan darat. Mengembara ke Mitchell Plateau dan saksikan Mitchell Falls yang menakjubkan sehingga kepada batuan pasir di bawahnya.

Jika anda tidak dapat berkunjung ke Kimberly, anda masih boleh menemui batu permata di kedai perhiasan istimewa di seluruh Australia. Perth merupakan titik penyerahan pertama bagi penghantaran mutiara Broome dan permata Argyle. Darwin merupakan tempat yang sesuai untuk mendapatkan mutiara dari Laut Arafura dan permata kualiti intan dari Lombong Merline Diamond, berhampiran Teluk Carpentaria. Ladang mutiara tersebar di sekitar utara Australia dan anda boleh membeli mutiara tempatan yang diternak di sekitar Great Barrier Reef di Queensland.

Carilah harta karun di Kimberly, di mana terdapat batuan termasuk berlian, mutiara dan landskap luar yang sukar dilupakan.

Idea Australia selanjutnya