Opal Australia

Opal Australia

Setiap warna yang terdapat di pelangi wujud pada opal, batu permata kebangsaan Australia. Semestinya, menurut lagenda Aboriginal, pintalan warna tercipta apabila pelangi menjejaki bumi. Australia menghasilkan 95% daripada opal di dunia, menjadikan batuan yang mempesona ini sebagai cenderahati Australia yang unik. Ia wujud dari opal yang berwarna putih biasa atau warna kuning susu yang dijumpai di Coober Pedy kepada opal hitam yang jarang dijumpai yang terdapat di Lightning Ridge. Berkunjung ke padang opal terkemuka kami atau beli opal dari kedai khas yang terdapat di seluruh negara.

Kesemua bandar utama dan hab pelancong utama di Australia mempunyai kedai yang khas, di mana anda boleh membeli opal yang ditatahkan pada barang kemas atau sebagai batu permata yang belum dipotong. Opal hitam adalah yang paling berharga, diikuti oleh opal gumpal, opal kristal dan opal putih. Sistem penilaian ini adalah berdasarkan idea bahawa batuan yang lebih gelap mempunyai warna yang lebih hidup, meskipun batuan individu adalah berbeza.

Untuk kembara opal, kunjungi padang opal yang merentasi kawasan luar kota Australia Selatan, New South Wales dan Queensland. Ia terletak di lokasi Great Artesian Basin yang suatu ketika merupakan lautan di darat yang luas. Opal menimbulkan dunia bawah air masa silam dengan warna biru kehijauan yang terang dan seakan lapisan terumbu. Mereka juga dikenali sebagai “api di gurun’, dan dilombong di sesetengah bahagian yang paling panas dan sukar di Australia. Anda harus berkunjung ke padang opal di antara bulan April dan September, apabila suhu adalah kurang panas.

Di selatan Australia, pekan lombong yang agak unik di Coober Pedy, kebanyakan penduduk tempatan tinggal di bawah tanah untuk mengelakkan terik musim panas. Menginap di hotel bawah tanah dan berkunjung ke rumah bawah tanah, gereja dan kedai. Di permukaan atas, berkunjung ke lombong dan padang opal dan saksikan demonstrasi pemotongan opal. Sewa sebuah 4WD dan lakukan lawatan sehari ke pekan lombong opal yang lain di Andamooka, Mintabie dan Roxby Downs. Padang di selatan Australia ini mengeluarkan kebanyakan opal putih atau kuning susu di dunia.

Opal hitam merupakan opal yang paling dikehendaki dan dilombong di Lightning Ridge, hampir 800km barat laut Sydney. Pemburu harta karun telah datang ke sini sejak tahun 1800-an dan pada masa kini, mereka disertai oleh pelancong, yang juga datang untuk pengalaman kawasan pedalaman. Lawati lombong yang terletak di Bald Hill, beli cenderahati atau bermain golf di atas padang opal terbuka. Bersantai di spa galian artesian, berjalan di landskap yang berbintik dan mengesan burung tempatan. Pekan ini menganjurkan Black Opal Rodeo dan acara lumba kambing yang unik semasa Easter dan Lighting Ridge Opal Festival pada bulan Julai.

Laluan opal menuju ke pedalaman ke White Cliffs, dahulunya sebuah pekan opal yang sibuk tetapi hanya tinggal beberapa ratus orang yang tinggal pada masa kini. Terokai syaf lombong yang tidak digunakan lagi di mana penduduk tempatan melalui musim panas dan menyaksikan Kristal opal yang cerah, dihargai atas kelutsinarannya dan warnanya yang jelas.

Opal gumpal adalah unik kepada Queensland, dan anda boleh mencarinya di sekitar pekan yang terletak di pedalaman seperti Quilpie, Yowah dan Opalton. Beli opal yang kasar dan yang telah digilap di Yowah Opal Festival yang meriah pada bulan Julai atau kunjungi Opalton di mana opal terbesar pernah dilombong pada tahun 1899.

Pergi mencari opal di kawasan luar atau mendapatkan opal anda di kedai di kota. Kedua-duanya, batuan yang unik kepada Australia ini akan menjadi peringatan menarik kepada kembara Australia anda.

 

Idea Australia selanjutnya