Pasar-pasar di Australia

Pasar-pasar di Australia

Alami kehebatan pasar-pasar Australia yang menjual barangan dari produk segar ke cenderamata kraf tangan serta fesyen bergaya. Amati cenderamata butik di presint Rocks bersejarah Sydney atau lihat hasil tembikar tempatan, pelukis dan peniup gelas di Hobart’s Salamanca Markets. Penuhkan stok makanan organik yang segar dari pasar petani Brisbane atau temui pasar seni dan kraf negara ini di Canberra. Dapatkan rempah lima benua di Darwin’s Mindil Beach Sunset Markets atau adakan perkelahan yang sempurna dengan bahan-bahan dari Adelaide Central Market. Dapatkan ciptaan fesyen asli di Melbourne’s Rose Street Markets atau sertai pemuzik jalanan di pasar minggu Fremantle yang sibuk. Anda akan menemui pasar yang meriah hampir di mana-mana tempat di Australia.

Alami suasana warna-warni serta kesibukan Paddy’s Market di Chinatown, dibuka pada hari Rabu sehingga Ahad. Pemilik gerai melaung-laungkan tawaran mereka semasa anda berjalan di sepanjang lorong yang dipenuhi dengan produk segar, cenderamata serta pakaian. Untuk makanan laut yang segar, berkunjunglah ke Pasar Ikan Sydney di Pyrmont. Daftar kelas untuk mempelajari cara memasak makanan laut atau sertai lawatan di sebalik tabir. Berbelanja untuk barangan seni kraf tangan dan perhiasan diri rakyat Australia di The Rocks Market pada hari Sabtu. Jangan lepaskan peluang untuk membeli barangan dengan harga murah di pasar-pasar hujung minggu Rozelle atau di pasar-pasar Glebe pada hari Sabtu. Jangan lepaskan peluang membeli barangan pereka di Paddington Sturday Market atau di Bondi Sunday Market yang turut menjual barangan lama.

Anda boleh membeli hampir apa sahaja di Pasar Old Bus Depot Canberra yang dibuka pada setiap hari Ahad. Lebih dari 200 buah gerai-gerai menjual barangan seni, perkakasan rumah, perhiasan diri buatan tangan, pakaian, berserta hasil barangan keluaran tempatan dan arak. Makan tengah hari di sini merupakan tradisi tempatan, dengan pelbagai jenis juadah hebat yang akan membuat anda terpikat. Diadakan pada setiap pagi Sabtu, Capital Region Farmers Market menjual buah-buahan, tumbuhan, bunga-bungaan, makanan laut, daging, dan pelbagai jenis keju. Temui harta-harta lama, buku-buku terpakai, perhiasan diri dan makanan antarabangsa di Gorman House Markets di Braddon pada setiap hari Sabtu. Menuju ke Hall untuk berkunjung ke pasar kraf terbesar di Australia, yang diadakan setiap hari Ahad pertama pada setiap bulan.

Queen Victoria Market dianggap sebagai pasar terbesar dan tertua di hemisfera selatan. Anda pasti berasa asyik melihat produk-produk hasil kebun yang segar, hidangan yang lazat, pakaian yang murah dan segala bentuk barangan hinggalah kepada irama penyanyi jalanan dan keriuhan orang tempatan. Prahran Market telah menjual gourmet yang amat menyelerakan sejak tahun 1864 lagi. Untuk mendapatkan cenderahati buatan tangan yang unik, kunjungilah Sunday Market di Victorian Arts Centre atau Rose Street Markets di tengah-tengah Fitzroy. Pada hari Ahad, saksikan hasil karya artis tempatan di St Kilda Esplanade Markets atau berkunjung ke Docklands Sunday Markets untuk mendapatkan barangan kraf tangan yang unik dan asli. Terokai pasar Camberwell Sunday yang sibuk untuk mendapatkan kepelbagaian barangan kraf tangan.

Penuhi beg mesra-alam anda dengan pelbagai hasil kebun bermusim daripada pasar-pasar Powers Farmers di Michelton, Manly dan New Farm’s Powerhouse. Para penjaja menanam sendiri, memasak atau membentuk sendiri segala hasil yang dijual. Banyak lagi makanan yang segar, begitu juga bunga-bungaan, tumbuhan, produk gaya hidup dan kraf tangan yang ditawarkan pada harga rendah di Pasar Sabtu Rocklea. Tinjaulah kepelbagaian produk-produk dan hasil kebun yang segar di Pasar-Pasar West End yang terkenal, di mana gerai-gerainya didirikan di bawah pohon-pohon fig pada setiap hari Sabtu. Membeli-belah hasil pereka tempatan, merasai makanan ringan yang lazat dan meninjau keadaan tepi sungai di Pasar South Bank yang dibuka pada setiap hari Jumaat petang, Sabtu dan Ahad.

Jangan ketinggalan merasai kemeriahan Pasar-Pasar lama Adelaide Central, yang menjual pelbagai hasil kebun premium dari para  pekebundari seluruh pelosok negeri. Dari hari Selasa hingga hari Sabtu, anda boleh datang ke sini untuk merasai perkelahan yang sempurna, sumber bahan mentah untuk resipi eksotik atau menikmati kopi terulung di kafe yang penuh gaya. Membeli-belah untuk apa sahaja dari fesyen kepada makanan di Pasar-pasar Brickworks, yang dibuka setiap hari Jumaat, hujung minggu dan cuti umum. Turut dibuka pada waktu yang sama ialah Adelaide Hills Markets di Lobethal, yang menjual gourmet lundi, seni dan pertukangan, pakaian, perabot dan perkakasan rumah. Jika anda berasa letih selepas membeli-belah, berehat sebentar di countryard yang membuat pertunjukan secara langsung.

Membeli-belah untuk hasil yang segar dan kerja tangan orang Tasmania di Salamanca Markets, yang diadakan setiap Sabtu pagi di dataran batu bundar bersejarah Salamanca Place. Membeli cenderahati buatan peniup kaca, pembuat tembikar, tukang kayu atau pelukis. Minum kopi di bawah payung penahan matahari, sambil mendengar nyanyian penyanyi jalanan dan berbual dengan penanam tempatan tentang epal-epal organik mereka. Pada hari Ahad, Hobart Showground Market yang riuh dan sibuk di Glenorchy menjual buah-buahan segar dan sayuran, barangan perkebunan dan cenderamata yang murah. Ia menjadi tuan rumah bagi pertandingan membelah kayu, pertunjukan anjing dan pameran menunggang kuda. Ambil peluang untuk merasai makanan segar istimewa di Moonah Island Market, dibuka dari hari Rabu hingga hari Ahad.

Terdapat lebih daripada 150 buah gerai di pasar-pasar hujung minggu Fremantle yang sibuk, yang diadakan di sebuah dewan pasar besar lama Victoria. Membeli baiduri tempatan dan bunga-bunga liar Australia Barat, barangan antik, tawar menawar fesyen atau merasai makanan laut dari Lautan Hindi. Anda juga akan menemui cenderamata dan cenderahati buatan tangan di E-Shed Markets, yang diadakan setiap minggu di sebuah bangsal kargo di Fremantle Harbour Pergi ke pasar minggu di Pusat Kebudayaan Perth untuk membeli buah dan sayur-sayuran, bunga, hasil seni, fesyen, barangan kemas serta makanan organik. Atau nikmati rasa yang segar dan terbaik di pasar petani di Subiaco, Albany dan Kalamunda.

Darwin
Darwin

Darwin

Dibuka dari bulan Mei hingga Oktober, Pasar Mindil Beach Sunset terkenal kerana susunan eksotik gerai makanan yang bertemakan tropika. Rasai makanan dengan rempah ratus dari lima benua dan melihat matahari terbenam berwarna merah jambu yang tidak dapat dilupakan. Pasar-pasar yang menjual kraf tangan dari serata dunia ini merupakan institusi tempatan dan mesti dilawati oleh pelancong.  Untuk barangan yang asli,  unikatau terpakai, pergilah ke Pasar Nightcliff, dibuka pada hari Ahad dari April hingga Disember. Melihat hasil seni Orang Asli di pasar petang di Mitchell Street atau dapatkan sarapan pagi bersama seni dan kraf anda di pasar Parap yang berwarna-warni pada hari Sabtu. Pasar Rapid Creek merupakan yang tertua di Darwin dan menjual makanan serta makanan ringan setiap Ahad.

Pasar-pasar di Australia

Idea Australia selanjutnya