Membeli belah di Australia

Membeli belah di Australia

Membeli-belah sepuas-puasnya di pasar seni dan kraf, pusat membeli-belah mega dan gudang serta butik mewah. Meneroka pereka Australia di laluan terselindung Melbourne atau berjalan di Surry Hills di Sydney untuk retro chic. Membeli belah dengan citarasa sub-tropika di gedung membeli belah Brisbane Queen Street atau tinjaulah sekurang-kurangnya 500 kedai di Rundle Mall di Adelaide. Selami atmosfera di Fremantle Markets berdekatan Perth, atau pasar Sabtu di tempat bersejarah Hobart di Salamanca Place. Membeli belah di bawah pokok palma di Darwin’s Smith Street Mall atau berkunjung ke pusat membeli belah yang besar di Canberra’s Civic. Kedai amnya dibuka sehingga 6 petang, dengan waktu membeli belah lewat malam ditawarkan sama ada pada hari Khamis atau Jumaat. Anda dilindungi oleh undang-undang perlindungan pengguna Australia yang memerlukan perniagaan untuk memberi layanan adil kepada anda.

Temui kebanyakan jenama di Melbourne Central atau berkunjung ke Pejabat Pos Melborune General yang bersejarah, yang meliputi seluruh blok kota. Di Queen Victoria Markets yang menarik, anda boleh membeli produk segar, pakaian dan hadiah. Dapatkan fesyen atasan dan perkakasan rumah di persiaran QV serta label yang jarang ditemui di lorong dan arked besi tempa di bandar ini. Temui rekaan atasan dan deli di Prahran’s Chapel Street dan kawasan sekitarnya. Kunjungi butik funki di Fitzroy’s Brunswick Street atau terokai Rose Street Artists Market yang berdekatan. Untuk semua dari fesyen hingga ke perabot pada harga yang hebat, lawati Bridge Road di Richmond.

Menggabungkan sejarah dan fesyen mewah di Bangunan Queen Victoria atau Arked Strand yang elegan, kedua-duanya dibina pada tahun 1890-an. Juga di CBD, kunjungi gedung di Market Street, berjalan di Pitt St Mall atau dapatkan rekaan antarabangsa di Jalan Elizabeth dan Castlereagh. Bergegas ke Paddington untuk pasar Sabtu dan gabungan pelbagai kedai di Oxford Street. Dapatkan fesyen retro, butik menarik, perkakasan rumah dan tempat makan murah di Crown Street di Surry Hills atau King Street di Newton. Gabungkan vintage chic dengan rekaan tempatan di Bondi’s Saturday Market atau jalanan belakang. Rebut tawaran barangan terpakai di pasar minggu Rozelle’s atau pasar Glebe pada hari Sabtu.

Terokai lebih daripada 500 kedai dan gedung membeli belah terbesar di Brisbane di Queen Street Mall. Ia terletak di tengah-tengah CBD dan boleh membuatkan anda terlalu mengikut perasaan ketika membeli belah. Di Brisbane Arcade berdekatan yang disenaraikan sebagai warisan sejarah, anda akan menemui fesyen rekaan, barang perhiasan diri, hadiah dan kedai antik. Berkunjung ke 50 kedai khas sambil menikmati lantai terrazzo 1923, rel elegan dan panel dado. Anda boleh memilih seni dan kraf buatan tangan, produk segar dan pakaian rekaan tempatan di South Bank Markets, di mana penghibur jalanan berlegar di laluan terbuka. Untuk tawaran mudah, ikuti rombongan ke gedung fesyen harga rendah di kota.

Selami sifat suka membeli belah anda di Rundle Mall yang menempatkan 500 kedai di sepanjang 13 arked. Dapatkan pakaian bergaya dan perkasasan rumah di Rundle Street di sebelah timur. Ke arah barat, Hindley Street menawarkan kedai buku dan juga butik. Dapatkan tawaran hebat di kedai penghabisan stok berdekatan di Glen Osmond Road. Untuk fesyen, perabot dan buku, kunjungi King William Road di Hyde Park. Membeli barangan antik di Grote Street atau di Maylands’ Magill Road, di mana anda akan mendapat barangan retro. Hayati rekaan hebat pereka Australia sambil menikmati kopi Italy di Melbourne Street di Utara Adelaide. Untuk membeli belah di tepi pantai, pergi ke Glenelg. Terdapat Jetty Road yang meriah, Moseley Square Markets pada musim panas dan pusat outlet berdekatan.

Terokai fesyen tempatan dan Eropah di Perth’s King Street atau germerlapan rekaan di sepanjang Colonnade di Subianco. Untuk produk segar, dan juga bunga, seni, fesyen dan barang perhiasan, kunjungi pasar hujung minggu di Perth Cultural Centre. Bergerak dari retro kepada gaya pentas peragaan di Beaufort Street di Mount Lawley, hanya 10 minit dari kota. Terokai kedai vintaj di Inglewood yang terletak berdekatan atau kunjungi gedung membeli belah Perth secara senyap. Pusat Karrinyup menawarkan lebih daripada 170 kedai di samping kompleks bertingkat Morley yang menempatkan 220 kedai dan sebuah panggung wayang. Tontoni penghibur jalanan, beli hasil seni tempatan dan biarkan kad tarot anda dibaca di pasar hujung minggu yang berwarna-warni di Fremantle.

Kunjungi galeri, butik dan kedai perabot di gedung yang diperbuat daripada batu pasir di Salamanca Place. Di pasar hari Sabtu, anda boleh membeli barangan daripada pengeluar makanan organik, pembuat barangan kaca, pembuat pasu dan pelukis. Meninjau butik chic dan Bank Arcade tahun 1950-an di Hobart yang terletak di Liverpool Street, di pusat bandar. Atau di Murray Street yang berdekatan, anda akan menjumpai gedung membeli belah dan semua barang dari perkakasan rumah kepada fesyen lelaki. Bergerak di antara jaringan bandar utama di Elizabeth Street Mall atau meninjau kedai yang lebih kecil di The Cat and Fiddie Arcade. Pergi ke Sandy Bay untuk fesyen dan North Hobart untuk sajian mewah. Untuk membeli belah secara berpusat, kunjungi Glenorchy di utara Horbart atau Rosny Park di pesisir timur.

Membeli seni Aboriginal di Smith Street Mall, di tengah Darwin yang santai dan tropika. Berlegar dari The Mall ke Mitchell dan Cavenagh Streets merentasi 20 arked yang elegan. Saksikan foto bersejarah dan kedai khas di Air Raid Arcade dan berkunjung ke Vic-Arcade yang berkonsepkan ruang terbuka, di mana sepohon bunga kertas berpintal masih berbunga. Terdapat lebih 200 kedai untuk diteroka, tidak termasuk lebih daripada 40 gedung di Mitchell Street. Untuk pusat membeli belah terbesar di Darwin, pergi ke Casuarina, 15 minit ke utara dari pusat bandar, Beli seni kraf yang eksotik dari serata dunia di Mindil Beach Sunset Markets, dari bulan Mei ke Oktober.

Teroka lebih daripada 200 kedai khas di pusat membeli belah di Bunda Street di Canberra’s Civic. Di Manuka dan Kingston yang terletak berhampiran, kedai fesyen, perabot dan barang kemas berbaris di jalan yang dihiasi oleh dedaun hijau. Berkunjung ke pusat membeli belah di Dickson, Woden, Riversidem Erindale dan Belconnen. Di Tuggeranong, anda akan menjumpai sebuah pusat dengan lebih 170 kedai dan komuniti pasar yang hidup pada hari Ahad terakhir pada setiap bulan. Nikmati hiburan dan makanan eksotik di samping meninjau kraf dan barangan di Kingston’s Old Bus Depot Markets, yang diadakan setiap hari Ahad. Terokai Gorman House Markets di Braddon setiap hari Sabtu. Pegi ke Hall untuk pasar kraf terbesar di Australia, diadakan pada Ahad pertama setiap bulan.

Idea Australia selanjutnya