• Landskap Kebangsaan Australia
  • Destinasi terbaik untuk menikmati alam semula jadi dan budaya Australia yang luar biasa
Ningaloo-Teluk SharkThe KimberleyTropika LembapRed Centre AustraliaUtara Australia yang tidak lapuk dek zamanFlinders RangesGreat South West EdgeKangaroo IslandGreen Cauldron AustraliaGreater Blue MountainsSydney HarbourAlps AustraliaHutan Pesisir Pantai AustraliaGreat Ocean RoadWarisan Pulau TasmaniaGreat Barrier Reef
Landskap Kebangsaan Australia

Selamat Datang ke Landskap Negara Australia

Terokai Landskap Negara Australia, gugusan hasil kerja alam semula jadi yang amat menakjubkan. Ia merangkumi tempat yang mempunyai kepentingan budaya, alam semula jadi dan rohani yang amat besar termasuk tapak-tapak yang tersenarai dalam Warisan Dunia. Terokai pantai masih asli tanpa sentuhan pembangunan, hutan hujan purba, banjaran gunung yang berceranggah dan taman negara yang amat luas. Berjalan, mendaki, berkhemah, bermain ski, berkanu, jalinkan hubungan dengan budaya Orang Asli dan berinteraksi dengan hidupan liar.

Snowy Mountains, NSW

Alps Australia

Di benua yang kebanyakannya kering dan mendatar, tiada perkara lain dapat menyamai cabaran di Alps Australia yang bersalji dan dipenuhi gunung-ganang. Ketahui lebih lanjut

Great South West Edge

Perkayakan diri anda di kawasan Great South West Edge yang luar biasa dan pelbagai bio, yang terbentang sepanjang kawasan terpencil pantai barat daya Australia Barat. Ketahui lebih lanjut

Great South West Edge, WA

Hutan Pesisir Pantai Australia

Meliputi dari hujung South Coast di New South Wales ke Gippsland timur di Victoria, Hutan Pesisir Pantai Australia ialah tempat bertemunya hutan tinggi, tasik dan pantai. Ketahui lebih lanjut

Bittangabee Bay, NSW

Utara Australia yang tidak lapuk dek zaman

Utara Australia yang tidak lapuk dek zaman adalah kawasan dengan perbezaan yang menakjubkan - kawasan tropika dan subur di beberapa tempat, sementara yang lain merah dan tandus.
Ketahui lebih lanjut

Kakadu, NT

Green Cauldron Australia

Temui Mount Warning (Wollumbin) di Green Cauldron Australia, sebuah landskap gunung berapi purba yang sekarang dilitupi dengan hutan hujan Gondwanan. Ketahui lebih lanjut

Mount Warning, NSW

Kangaroo Island

Temui haiwan pribumi di tengah-tengah suasana alam semula jadi yang belum tercemar di Kangaroo Island, yang boleh dikunjungi dari Adelaide. Lihat anjing laut di atas pasir Seal Bay dan penguin berjalan terkedek-kedek ke pantai di Penneshaw. Ketahui lebih lanjut

Kangaroo Island, SA

Red Centre Australia

Anda boleh terlupa diri anda dan mendapati diri anda di Red Centre Australia, tempat yang kaya dengan budaya Orang Asli dan keindahan pedalaman yang lasak. Ketahui lebih lanjut

Uluru, NT

Ningaloo-Teluk Shark

Bebaskan semangat anda di Teluk Shark di Coral Coast, Australia Barat, di mana perairannya yang disenaraikan dalam Warisan Dunia bergabung dengan kehidupan marin di hujung landskap yang liar dan merah. Ketahui lebih lanjut

Ningaloo-Teluk Shark, WA

Flinders Ranges

Jejaki sebuah kisah seusia bumi di banjaran gunung terbesar di Australia Selatan. Ketahui lebih lanjut

Flinders Ranges, SA

Sydney Harbour

Sydney merupakan sebuah bandar yang dibentuk oleh pelabuhan semula jadinya yang menakjubkan. Ketahui lebih lanjut

Sydney Harbour National Park

Great Barrier Reef

Rancakkan deria anda dan ilhamkan jiwa anda dengan lawatan ke Great Barrier Reef yang tersenarai dalam Senarai Warisan Dunia, sistem terumbu karang yang terbesar di dunia dan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Alam Semula jadi.
Ketahui lebih lanjut

Fringe Reef Island, QLD

Warisan Pulau Tasmania

Landskap Warisan Negara Pulau Tasmania merupakan belantara yang asli dan indah namun mudah diziarahi, ia terdiri daripada pinggir pantai yang luar biasa, hutan tebal dan pergunungan yang diliputi salji.
Ketahui lebih lanjut

Lake Oberon, TAS

Great Ocean Road

Saksikan pendedahan drama alam semula jadi di setiap susur jalan sepanjang Great Ocean Road, yang menganjur sepanjang Southern Ocean yang hebat dari Geelong ke Portland. Ketahui lebih lanjut

Great Ocean Road, VIC

The Kimberley

Biarkan diri anda terpegun dengan Kimberley, sebuah kawasan di penjuru barat laut terpencil Australia. Sertai epik yang tak lapuk dek zaman ini, dengan struktur batu berceranggah, jalan air raksasa dan laut yang bercahaya. Ketahui lebih lanjut

The Kimberley, WA

Greater Blue Mountains

Anda pasti menyukai Greater Blue Mountains World Heritage Area – satu juta hektar yang terdiri daripada cenuram, tebing, lembah, air terjun dan hutan belukar yang hanya 90 minit pemanduan dari Sydney.
Ketahui lebih lanjut

Hanging Rock, Blackheath, NSW

Tropika Lembap

Landskap Negara Tropika Lembap yang terbentang dari hutan hujan Daintree hingga ke Tablelands merupakan destinasi mempersona dan menarik minat yang memukau setiap pelawat yang mengunjunginya. Ketahui lebih lanjut

Tropika Lembap, QLD