Red Centre Australia

Uluru NT
Thorny Devil
Kata Tjuta NT
Alice Springs Desert Park NT

Red Centre Australia

Anda boleh terlupa diri anda dan mendapati diri anda di Red Centre Australia, tempat yang kaya dengan budaya Orang Asli dan keindahan pedalaman yang lasak. Anda juga akan menemui tarikan semulajadi ikonik seperi Uluru, Kata Tjuta, MacDonnell Rangers dan Ngarai Kings. Terokai kesemuanya dari Alice Springs, pekan pedalaman yang disempadani banjaran gunung dan dataran sehingga sayup mata memandang. Di tengah-tengah tanah merah ini, anda boleh menunggang unta, tidur berbumbungkan bintang, berenang di jalan-jalan air dan menemui dimensi spiritual seni Orang Asli.

Lima perkara unik Red Centre kam

Uluru Kata Tjuta National Park, NT
Uluru Kata Tjuta National Park, NT

1. Kisah yang tidak dimamah masa, tempat-tempat suci

Berjalan di sekeliling tapak Uluru bersama pemandu suku Anangu, pelajari bagaimana ia dicipta oleh roh nenek moyang di Tjukuritja. Baca cerita mereka daripada lukisan batu purba dan lawati Mutitjulu Waterhole, Kantju Gorge dan Uluru Cultural Centre. Kemudian susuri Walpa Gorge atau Valley of the Winds Walk melalui Kata Tjuta berdekatan. Tunggang basikal bukit bercorak polka melalui Alice Springs, lalui Larapinta Trail dengan pemandu pelancong Orang Asli atau sertai lawatan gourmet bersama jurumasak Orang Asli. Temui kepelbagaian dan himpunan seni rantau ini, dari tapak lukisan batu yang boleh dimasuki ke pusat seni komuniti terpencil dan galeri kontemporari di Alice Springs.

Uluru, NT
Uluru, NT

2. Pengembaraan pedalaman lasak

Lihat Uluru dengan menaiki motosikal, menunggang unta atau melalui penerbangan helikopter. Dari Alice Springs, boleh menunggang motosikal ke Simpsons Gap, menyertai laluan unta merentasi Simpson Desert atau menaiki belon panas ketika fajar menyinsing. Berjalan ke pinggir Kings Canyon untuk pemandangan menakjubkan merentasi tubir dan gaung Watarrka National Park yang berceranggah. Sertai lawatan dengan pacuan empat roda di sepanjang Mereenie Loop Rd, yang melalui kawasan terbentang berpasir Finke Gorge National Park dan tapak Orang Asli Tnorala (Gosse Bluff) Conservation Reserve yang mempesonakan.

Ormiston Gorge, NT
Ormiston Gorge, NT

3. Landskap gurun yang memukau

Saksikan mainan cahaya di Uluru yang disenaraikan dalam Warisan Dunia yang begitu terang hingga kelihatan lebih indah daripada pemandangan matahari terbenam. Berenang dalam Glen Helen Gorge, Ormiston Gorge atau Ellery Creek Big Hole yang dingin di West MacDonnell Rangers. Lihat tembok curam Standley Chasm menyala dengan warna merah pada waktu tengah hari. Merayau-rayau dalam oasis padang pasir di Palm Valley, yang menjadi tempat tinggal Red Cabbage Palm, di Finke Gorge National Park. Di Watarrka National Park, anda boleh menerokai kubah batu Lost City yang telah dimamah usia dan kolam-kolam Garden of Eden.

Red Centre, NT
Red Centre, NT

4. Perjalanan bersama horizon yang tiada hujungnya

Lakukan treking di Larapinta Trail di sepanjang tulang belakang West MacDonnell Rangers, melewati Simpsons Gap, Ormiston Gorge dan Glen Helen Gorge. Berjalan kaki pada waktu siang, atau suai padankan 12 peringkat perjalanan yang berbeza dari tahap mudah hingga ke amat mencabar. Gabungkan lawatan tubir purba, lihat flora dan fauna unik Australia dan berkhemah di bawah langit gurun yang dipenuhi bintang. Lekakan diri anda dengan pemandangan luas dan pelbagai warna dengan pemanduan Red Centre Way dari Alice Springs. Pengembaraan ini melalui West MacDonnell Ranges, Finke Gorge National Park, Ngarai Kings dan Uluru-Kata Tjuta National Park.

Alice Springs Telegraph Station, NT
Alice Springs Telegraph Station, NT

5. Kekayaan sejarah perintis

Lekakan diri anda dengan kekayaan sejarah perintis di Red Centre di Alice Spring, sebuah bandar moden yang penuh dengan cerita penunggang unta Afganistan, doktor terbang dan perintis cekal. Lawati Royal Flying Doctor Service – organisasi perubatan udara pertama seumpamanya di dunia. Lihat Alice Springs Telegraph Station yang bersejarah di mana bandar ini bermula serta belajar di dalam bilik darjah terbesar di dunia di School of Air. Pelajari tentang cabaran yang dihadapi kumpulan awal perintis melalui lawatan swapandu di sepanjang Flynn Trail.

 

Idea Australia selanjutnya