Utara Australia yang tidak lapuk dek zaman

Matahari Terbenam Ubirr NT
Buaya
Gunlom Falls Kakadu National Park NT
Nourlangie Rock NT

Utara Australia yang tidak lapuk dek zaman

Utara Australia yang tidak lapuk dek zaman adalah kawasan dengan perbezaan yang menakjubkan - kawasan tropika dan subur di beberapa tempat, sementara yang lain merah dan tandus. Ini merupakan landskap taman negara yang luas, yang merangkumi tanah lembap yang menghijau, cenuram batu pasir yang meninggi, gaung yang menjunam, dataran kering dan kehidupan liar yang terlalu banyak. Kaitannya dengan Orang Asli, di sini cerita-cerita mengenai sewaktu dunia diciptakan dalam mitos orang asli Australia (Dreamtime) dikongsi menerusi koleksi seni batuan terhebat dan tertua di dunia di galeri muka cenuram.

Alamilah keajaiban Kakadu dalam enam musim berbeza secara dramatik, berlayar di jalan air yang penuh dengan buaya, lawati penempatan peribumi di Arnhem Land atau ikuti jejak-jejak pemilik tradisional Jawoyn di Taman Negara Nitmiluk.

Empat perkara istimewa mengenai Utara Australia yang tidak lapuk dek zaman

Nourlangie rock art, NT
Nourlangie rock art, NT

1. Seni purba dan budaya kehidupan

Ambil masa untuk menyelami sendiri kekayaan semangat Kakadu, cerita dan rahsia pengembaraan Dreaming. Biarkan pemandu Orang Asli membawa anda melalui belantara ke ‘galeri Lukisan Batu yang kaya dan terperinci seperti Nourlangie Rock, Anbangang Gallery dan Ubirr Rock. Lihat lukisan nenek moyang Dreaming seperti Rainbow Serpent dan Lightning Man yang digores pada dinding-dinding. Bermalam bersama keluarga Orang Asli, pelajari cara tenunan dan berburu tradisional dan seni memainkan alat muzik didgeridoo. Lawati pusat budaya atau ikuti pelayaran melalui jalan air dan tanah lembap, mendengar kisah-kisah dari masa lampau.

Jacana, Kakadu National Park, NT
Jacana, Kakadu National Park, NT

2. Alam semula jadi berkembang maju

Bersiar-siar di sekitar Tanah Lembap Mamukala sambil berpeluang melihat burung murai, angsa, bangau, burung pucung, burung randul, helang laut, itik dan brolgas menari. Daripada 280 spesies burung yang tinggal di Kakadu, yang unik termasuklah angsa murai, merpati batu bersayap besar berwarna perang berangan dan burung ren rumput berleher putih. Belayar dengan kapal persiaran ke East Alligator River melewati buaya dan lihat burung jacana dan jesus bertukar-tukar daun teratai. Tinjau walaroo, anjing liar Australia(dingo), possum, kelawar dan tikus merah senja di kawasan hutan jarang. Suku daripada kesemua spesies ikan air tawar Australia boleh ditemui di Kakadu dan anda boleh memancing ikan barramundi dari banyak tempat termasuk East Alligator River dan Jim Jim Creek.

Storm over Floodplains
Storm over Floodplains

3. Enam musim berbeza yang dramatik

Kakadu mengalami enam musim berbeza dalam setahun. Melihat air terjun yang menderu dan petir dalam musim monsun antara bulan Januari hingga Mac di Gudjewg. Alamai ‘‘knock em down storms’ (ribut yang menumbangkan) pada musim Banggerreng di bulan April. Pada musim Yegge, dari bulan Mei hingga pertengahan Jun, membawa angin kering ke tanah lembap yang diliputi teratai. Pada musim Wurrgeng yang lebih sederhana dalam bulan Jun dan Ogos, anda akan lihat burung burung berhijrah di sekeliling tasik ladam atau sungai mati. Semasa musim Gurrung, dari pertengahan Ogos hingga pertengahan September, cuaca menjadi panas dan kering. Ribut pertama yang memberikan semangat untuk terus hidup datang pada musim pra-monsun Gunumeleng dari pertengahan bulan Oktober hingga penghujung bulan Disember.

Untuk menghargai keagungan Kakadu sepenuhnya, ikutilah penerbangan pemandangan yang melintasi di atas tubiran Arnhem Land dan Gunlom yang hebat, air terjun Twin dan Jim Jim Falls.

Katherine Gorge, Nitmiluk National Park, NT
Katherine Gorge, Nitmiluk National Park, NT

4. Ikuti pemilik tradisional

Di sebelah selatan Landskap Negara terletak Taman Negara Nitmiluk dengan air terjun yang menakjubkan serta Gaung Katherine yang luar biasa, satu deretan gaung batu pasir yang telah terhakis lebih berjuta-juta tahun yang lalu. Gaung merah yang dalam mengandungi banyak tapak seni batu yang sangat bererti. Taman ini boleh diterokai dengan berjalan seharian secara santai, belayar atau secara lebih mencabar dengan menyertai selama lima hari Jejak Jatbula, trek sejauh 59 kilometer mengikuti laluan merentasi kawasan (song line) pemilik tradisional Jawoyn tempatan. Berhenti dan jelajahi Sungai Mary dan Taman Negara Garig Gunak. Perjalanan pemanduan ‘Nature’s Way’ yang menyambungkan banyak destinasi ini dari Darwin di sepanjang Lebih Raya Kakadu, Arnhem dan Stuart.

 

Idea Australia selanjutnya