Flinders Ranges

Wilpena Pound SA
Mt Ohlssen Bagge SA
Berbasikal di Flinders Ranges SA
Rock Wallaby berkaki kuning

Flinders Ranges

Jejaki sebuah kisah seusia bumi di banjaran gunung terbesar di Australia Selatan. Banjaran agung Flinders yang dimamah masa, terbentang merentasi tiga taman negara dan mengunjur sejauh lebih 430km dari Crystal Brook ke Lake Callabonna. Daki Mt Remarkable di selatan Banjaran Flinders dan ampiteater semula jadi Wilpena Pound yang luas di tengah-tengahnya. Di bahagian utara yang panas dan kering, terdapat sebuah sanktuari rimba dan sebuah balai cerap untuk diterokai. Temui diri anda dalam kisah pedalaman purba, di mana aktiviti lasak, kedamaian dan unsur kerohanian wujud bersama-sama.

Empat perkara yang boleh dilakukan di Flinders Ranges

Mt Ohlssen Bagge, SA
Mt Ohlssen Bagge, SA

1. Cari pengembaraan anda sendiri

Berjalan kaki ke pinggir Wilpena Pound atau terbang untuk melihat pemandangannya yang indah. Dari udara, ia kelihatan seperti dunia purba tempat dinosaur masih merayau ke sana sini. Di Banjaran Flinders selatan, anda boleh berjalan kaki melalui hutan Wirrabara dan Bundaleer atau mencabar diri anda dengan berbasikal lasak. Kembara berjalan kaki ke puncak Mount Remarkable atau tunggang seekor unta ke tempat makan malam di bawah sinaran lilin di Quorn. Naiki kenderaan pacuan empat roda di atas laluan dari Melrose hingga Sanktuari Rimba Arkaroola di bahagian utara yang berceranggah. Daki Banjaran Gammon atau renung ke langit dari salah sebuah daripada tiga balai cerap di Arkaroola.

Campfire storytelling
Campfire storytelling

2. Bongkar cerita setua bumi

Terokai banjaran lusuh ini bersama pemandu suku Adnyamathanha, pelajari tentang makanan tempatannya dan dengar cerita permulaan tanah Dreaming daripada Yura Muda. Dengar bagaimana ular gergasi Arkaroo membentuk banyak kelebihan Flinders Range. Lihat lukisan gua kuno dan goresan batu di Yourambulla Caves, Arkaroo Rock, Sacred Canyon dan Chambers Gorge. Pandu kenderaan mengikuti Aboriginal Dreaming Trail ke komuniti Nepabunna dan luangkan masa bersama orang tempatan. Anda boleh jejaki evolusi berusia 600 juta tahun di Brachina Gorge Geological Trail atau lawati Old Wilpena Station, di mana sejarah Orang Asli dan Eropah bertemu.

Emus crossing the road
Emus crossing the road

3. Dekati alam semula jadi

Berjalan di pinggir Wilpena Pound melewati keragaman tumbuhan pribumi yang pelbagai. Tinjau walabi batu berkaki kuning di Brachina Gorge yang amat sukar ditemui dan kangaroo sekali-sekala melompat-lompat merentasi tanah merah di Arkaroola. Temui penetap Echidna dan Emu dan dengar lagu daripada lebih 100 spesis burung. Merayau-rayau melalui gua, gaung dan rimba di bahagian selatan Banjaran Flinders dan lewati kematu garam yang berkilauan disinari sang suria di Lake Frome di utara. Berkhemah berbumbungkan bintang dan kunjungi syurga hidupan liar di gaung Italowie dan Weetootla di Vulkathunha–Gammon Ranges National Park.

Great Australian Cattle Drive, SA
Great Australian Cattle Drive, SA

4. Santaikan diri anda dengan perjalanan ke pedalaman

Anda boleh berjalan, berbasikal, memandu kenderaan pacuan empat roda ataupun menunggang lembu sekalipun melalui Flinders Ranges. Mengembara berjalan kaki di sebahagian daripada Heysen Trail, yang merangkumi sejauh1,200km dari Parachilna Gorge ke pantai-pantai Fleurieu Peninsula. Penunggang basikal boleh menawan sebahagian daripada 900km Mawson Trail, yang menyambungkan Adelaide Hills dengan bandar Flinders Ranges di Blinman. Lalu stesen Pichi Richi Railway dari Quorn ke Port Augusta atau lekakan diri anda dengan kekayaan cerita stesen keretapi di pertunjukan bunyi dan cahaya Steamtown Peterborough. Walau bagaimana sekalipun anda bergerak, anda pasti menemui bandar perlombongan lama, pub kampung yang mempesona, hidupan liar dan pemandangan pedalaman yang menakjubkan.

 

Idea Australia selanjutnya