Great Barrier Reef

Low Isles QLD
Lizard Island QLD
Ikan Badut di Anemone
Pixies Garden QLD

Great Barrier Reef

Salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Alam Semula jadi dan dalam Senarai Warisan Dunia, Great Barrier Reef merupakan sistem terumbu karang yang terbesar di planet ini. Bermula di utara Bundaberg memanjang sehingga ke Cape York, Reef ini merupakan hasil campuran 2,900 terumbu karang, lebih daripada 900 pulau dan 300 kai karang. Merupakan jumlah jarak yang sangat menghairankan sejauh 2,300km panjang. Ia telalu besar sehingga dapat dilihat dari angkasa lepas. Reef yang bersistem eko yang sangat terpulihara merupakan pusat tumpuan kepada sebahagian kehidupan marin paling menakjubkan di lautan, termasuk lebih daripada 20 jenis spesies hidupan yang telah dianggap mudah terdedah pada kebinasaan atau terancam. Great Barrier Reef menawarkan sesuatu berserta dengan pemandangan yang akan merancakkan deria anda dan memberi ilham kepada jiwa anda.

Empat sebab untuk melawat Great Barrier Reef

Vlassof Cay, QLD
Vlassof Cay, QLD

1. Kepulauan Mengagumkan

Untuk pengalaman tulen ala Robinson Crusoe, tinggallah di Haggerstone Island, di bahagian jauh hujung utara terumbu tersebut. Jumlah tetamu di sini adalah terhad, dan malah anda boleh menyewa seluruh pulau untuk diri anda sendiri. Di sini anda boleh menjumpai sarang Green Turtle dan penyu adalah terlalu banyak di kawasan perairan sekelilingnya. Turut terletak di bahagian utara adalah Lizard Island yang romantis dan mewah. Terletak di antara Port Douglas dan Townsville adalah Kepulauan Green, Bedarra, Orpheus dan Magnetic yang cantik, serta Taman Negara pulau yang terbesar di Australia, – Hinchinbrook Island. Jauh ke selatan Airlie Beach terletaknya Whitsunday Islands yang terkenal di seluruh dunia, dan di bahagian paling selatan Great Barrier Reef pula, terletaknya Lady Elliot Island yang cukup menarik dari segi ekologinya.

Clownfish, QLD
Clownfish, QLD

2. Terumbu Karang dan Kehidupan Marin

Great Barrier Reef merupakan pusat bagi pelbagai kehidupan marin yang menakjubkan termasuklah ikan paus, penyu, jerung, ikan badut, siput kekima dan ikan pari. Perairannya bersuhu panas sepanjang tahun dan terdapat banyak pengalaman bawah laut untuk dinikmati, termasuk kanyon terumbu, gua dan terowong bawah laut, dan kapal karam. Sama ada anda seorang penyelam berpengalaman, pensnorkel, ataupun hanya baru belajar, terdapat sesuatu untuk semua orang. Pada bulan Oktober dan November sekitar bulan penuh, lautan bertukar warna seakan-akan merah jambu pudar, apabila fenomena alam peneluran batu karang yang mengagumkan berlaku. Ia dikatakan menyerupai beribu-ribu buih champagne muncul ke permukaan. Di antara bulan November dan Mac, tujulah ke pantai di Mon Repos, timur Bundaberg atau ke Lady Elliot Island, untuk menyaksikan penyu betina timbul ke permukaan pantai untuk bertelur. Anak tetasan biasanya akan muncul dari sarangnya bermula pertengahan Januari.

Hamilton Island Sailing, QLD
Hamilton Island Sailing, QLD

3. Pelayaran

Mission Beach, Townsville, Airlie Beach, Mackay, Rockhampton dan Bundaberg merupakan pusat tepian pantai yang sedang membangun dan menawarkan akses mudah ke kawasan lain di Great Barrier Reef. Berlayar merupakan salah satu daripada cara popular untuk meneroka terumbu ini. Lautannya tenang, perairannya berwarna biru firus bergemerlapan dan anda boleh berhenti dengan selamat di mana terdapatnya tambatan dan akan terpaku dengan pemandangannya. Anda boleh berlayar sendiri, atau menyewa kapal yang turut menyediakan seorang jurumudi dengan lengkap dengan katering.

Ribbon Reef, QLD
Ribbon Reef, QLD

4. Pengalaman unik

Daripada Port Douglas atau Cairns, anda boleh bersnorkel di Northern Ribbon Reefs, trek melalui hutan hujan tertua di dunia, Daintree yang berada dalam senarai Warisan Dunia, atau berjemur di pantai yang bersih di Cape Tribulation, di mana hutan hujan bertemu terumbu karang. Bagi mereka yang benar-benar inginkan pengalaman dalam-air yang unik, Port Douglas menawarkan berenang dan menyelam bersama-sama ikan paus Dwarf Minke pada bulan Jun dan Julai. Jika berada di atas air lebih menyeronokkan anda, terdapat pelayaran melihat ikan paus yang tersedia sewaktu musim penghijrahan tahunannya. Jauh ke bahagian selatan, anda boleh menuju ke Airlie Beach, gerbang masuk ke Whitsundays, di mana anda boleh meneroka 74 pulau yang indah. Atau anda boleh terbang dan melihat seluruh panorama melalui penerbangan pemandangan.

 

Idea Australia selanjutnya