Great South West Edge

Naturaliste National Park, WA
Esperance, WA
Bunga Liar
The Gap Torndirrup National Park WA

Great South West Edge

Perkayakan diri anda di kawasan Great South West Edge yang luar biasa dan pelbagai bio, terletak jauh di kawasan penjuru bawahan Australia Barat, terbentang dari Busselton hingga ke Taman Negara Cape Arid. Alam semula jadi telah memperagakan kecantikannya di sini selama berjuta tahun dengan pantai yang putih, bunga-bungaan liar, kawasan paya, kawasan hutan yang menjulang tinggi, gua baru kapur dan tempat pertemuan dua lautan pada satu sungai. Dengan musim sejuk yang basah dan musim panas yang ala-ala iklim gaya Mediterranean, himpunan pelbagai flora dan fauna yang menyilaukan serta perbandingan yang menawan di antara tanah dan lautan, menjadikan Great South West ini sebuah landskap kebangsaan yang benar-benar unik, menawarkan kepelbagaiannya yang terbaik. Luncur, menangkap ikan, menyelam dan melihat ikan paus di sepanjang kawasan persisiran pantainya yang bersih dan berjalan melalui taman negara yang besar. Lawati simpanan wain yang bertaraf dunia, lihat keajaiban geologi dan kenali kawasan yang kaya dengan sejarah kawasan Orang Asli.

Lima khazanah Great South West Edge

A pristine coastline, WA
A pristine coastline, WA

1. Kawasan persisiran pantai yang bersih

Bersnorkel dengan kehidupan marin yang berwarna-warni dari Jeti Busselton, menyelam ke kawasan kapal karam HMAS Perth atau HMAS Swan di Dunsborough, meluncur ombak Sungai Margeret yang bertaraf dunia atau menonton ikan paus berhijrah melalui pelabuhan semula jadi yang besar di Albany. Semasa berada di sana, hayati sejarah banduan pemburuan ikan paus yang mengagumkan serta melawat ke muzium Whale World yang dipulihara dengan cantiknya. Albany juga merupakan lokasi di mana tentera ANZAC berada di tanah Australia buat kali terakhir sebelum dihantar ke Gallipoli. Selanjutnya di sepanjang persisiran pantai terletaknya Esperance, dengan Kangaru yang berjemur di atas pasir dan tempat asal pantai terputih di Australia, Lucky Bay. Di luar pantai Esperance adalah beratus-ratus pulau Recherche Archipelago. Sebagai perbandingan kepada kebanyakan persisiran pantai adalah pemandangan persisiran yang berceranggah, berbatu di D’Entrecasteaux, William Bay, West Cape Howe dan Taman Negara Torndirrup.

Tall trees, WA
Tall trees, WA

2. Pokok tinggi, hidupan liar dan bunga liar

Pokok mencuar tinggi bertemu lautan di Denmark, membenarkan diri anda menjadi terpegun kagum dengan hutan selatan yang menjulang tinggi, terutama sekali Valley of the Giants Tree Top Walk di Taman Negara Walpole-Nornalup. Taman ini mengandungi landskap yang menakjubkan dengan muara, serokan dan sembilan kawasan paya tersenarai Ramsar. Taman Negara Tuart Forrest berhampiran Busselton menyembunyikan satu-satunya pokok Tuart terakhir yang masih hidup di dunia ini. Di sekeliling Pemberton, pencinta alam akan terterbang jauh di tiup oleh hutan gergasi Jarrah dan Karri, pokok King Jarrah yang berusia 600 tahun, dan hutan yang berusia 100 tahun. Bagi mereka yang mencari-cari cabaran, Diamond Tree Lookout terletak di sini dan merupakan satu-satunya menara atas pokok berkayu di dunia ini. Taman Negara wilayah ini yang cukup menakjubkan merentangi lebih 100,000km dan bunga liar yang berwarna warni tumbuh paling banyak di sekitar antara bulan September dan November. Dekati kehidupan flora dan burung yang unik di Taman Negara Porongurup, Stirling Range dan Fitzgerald, biosfera UNESCO dengan 1,800 spesies tanaman berbunga. Untuk pemerhati burung, Taman Negara Cape Arid merupakan kawasan yang paling ketara untuk pemuliharaan burung, di mana hampir 160 spesies dapat ditemui di sini, termasuk beberapa yang disenaraikan sebagai terancam.

Spectacular trails , WA
Spectacular trails , WA

3. Laluan menakjubkan untuk perjalanan dan penunggangan

Mengembara berjalan kaki di Bibbulman Track merentasi landskap yang berbagai-bagai di Great South West Edge. Trek Bibbulman merupakan salah satu daripada laluan perjalanan jarak jauh yang terhebat di dunia, sepanjang 1,000km dari Perth Hills ke Albany. Walaupun keseluruhan pengembaraan ini mengambil masa kira-kira lapan minggu untuk dihabiskan, ia boleh dibahagikan dengan mudah ke perjalanan harian yang lebih pendek dan trip bermalam yang lebih panjang, untuk kesesuaian semua jenis pengembara jalan kaki. Laluan tersebut merentasi hutan Jarrah, Marri, Wandoo, Karri dan Tingle dan terbentang luar persisiran pudina dan kawasan semak heath. Penunggang basikal bukit boleh menikmati pemandangan yang serupa di Laluan Munda Biddi, sepanjang 500km di antara Perth dengan Nannup, dan kemudiannya akan sampai terus ke Albany. Untuk pengembaraan persisiran pantai yang penuh keghairahan, berjalan kaki di Laluan Cape to Cape di antara Cape Leeuwin dan Cape Naturaliste, dan apabila sampai ke situ panjatlah ke bahagian teratas rumah api tertinggi di Australia dan nikmati pemandangannya yang cukup menakjubkan. Bagi mereka yang memiliki akses panduan pacuan 4WD, Taman Negara Cape Arid adalah yang mesti dilawati dengan laluan perjalanan panduan sendiri yang memberi akses ke teluk terasing yang bersih dan pemandangan persisiran pantai yang cantik.

Ancient landscapes, WA
Ancient landscapes, WA

4. Lanskap purba, budaya purba

Lawati Taman Negara Torndirrup, di mana Natural Bridge dan The Gap telah diukir oleh Lautan Selatan yang garang untuk selama berjutaan tahun. Daripada the Gap anda boleh melihat batu-bata yang pra‐tarikh daripada kebanyakan kehidupan di planet ini. Kembara Banjaran Porongurup granit purba dan lihat perubahan pasir di Taman Negara D'Entrecasteaux, yang terbentuk kira-kira 8,000 tahun yang lalu. Terokai gua batu kapur di Taman Negara Leeuwin-Naturaliste, atau kembara jauh sedikit ke selatan ke Mammoth Cave, di mana mega-fauna dan puak Orang Asli dikatakan pernah hidup bersama-sama. Pelajari lebih lanjut mengenai kekayaan sejarah Orang Asli di wilayah ini melalui lawatan kebudayaan menerusi Taman-Taman Negara Dunsborough, Yallingup, Esperance, Cape Le Grand atau Cape Arid.

Margaret River, WA
Margaret River, WA

5. Makanan dan wain Margaret River

Nikmati gourmet di wilayah wain Margaret River yang mendapat sanjungan antarabangsa, di mana ladang anggur disempadani oleh hutan pokok tinggi dan pantai luncur yang menarik. Sertai lawatan merasa atau ikuti pemanduan pemandangan ke beberapa kilang wain, daripada lebih kurang 100 kilang wain dan tempat simpanan wain di wilayah ini. Nikmati segelas Cabernet atau Sauvignon Blanc yang menjadi kemegahan di restoran pemenang anugerah atau cuba sampel hasil setempat terus daripada penghasilnya. Wilayah ini terkenal untuk kejunya yang jarang ditemui, trufel, coklat dan buah zaitun, serta daging rusa, lembu dan udang krai air tawar. Lawati butik bir, berkelah di bawah pokok karri dan melawat galeri seni dan kraf yang meriah.

 

Lebih Lanjut mengenai Idea Australia