Greater Blue Mountains

Blue Mountains NSW
Glenn Waterfall NSW (kredit - David Finnigan)
Kucing Harimau
Southern Cross Yengo National Park NSW

Greater Blue Mountains

Hayati kebebasan yang tak terhingga di Greater Blue Mountains World Heritage Area – satu juta hektar yang terdiri daripada cenuram, tebing, lembah, air terjun dan hutan belukar. Wilayah dengan enam kumpulan bahasa Orang Asli ini terletak hanya 90 minit pemanduan dari Sydney. Nikmati panorama yang indah semasa anda berjalan di belukar, menunggang basikal atau mengembara bersama-sama seorang pemandu pelancong Orang Asli. Terpesona melihat tarikan semula jadi seperti Air Terjun Wentworth, Three Sisters, Paya Dunns atau Mt Yengo. Terokai Jenolan Caves dan berjalan menyusuri Six Foot Track yang bersejarah ke Katoomba. Lalui sepanjang Greater Blue Mountains Drive dan jejak penemuannya untuk menghargai saiz kawasan yang menakjubkan dan kepelbagaiannya.

Empat cara untuk menghayati Greater Blue Mountains

Bushwalking, Blue Mountains, NSW
Bushwalking, Blue Mountains, NSW

1. Di pengembaraan semula jadi

Lihat bentuk berceracak Three Sisters dari Katoomba atau terokai Gua Jenolan, sistem gua bawah tanah terbuka tertua di dunia Dari Blackheath, berjalan melalui Grose and Megalong Valleys, berhenti di pemandangan yang menakjubkan seperti di Govett’s Leap, Evans Lookout dan Perry’s Lookdown. Saksikan Air Terjun Wentworth Falls menjunam ke dalam Jamison Valley dan berjalan atau berbasikal melalui Glow Worm Tunnel di Wollemi National Park. Mount Tomah Botanic Gardens merupakan tempat asal Wollemi Pine, sejenis pokok yang asalnya semenjak zaman dinosaur lagi.

Viewing cave formations, NSW
Viewing cave formations, NSW

2. Dengan pemandu Orang Asli

Pergi berjalan kaki bersama pemandu tempatan suku Darug, lihat demonstrasi melukis dahan kayu dan badan, temui air terjun dan sungai mati dan rasai makanan tempatan. Lihat mesin asah kapak di Camp Fire Creek perkhemahan kuno Orang Asli di Lyrebird Dell. Lihat ukiran di Finchley Trig di Yengo National Park. Lawati Red Hands Cave dan lihat salinan stensil tangan yang berusia lebih 500 tahun. Lihat Three Sisters, trio puncak berbatu yang mempunyai cerita Dreaming yang tersendiri. Lawatan butik turut berhenti di pusat kebudayaan Castlereagh untuk kelas membaling boomerang dan demonstrasi didgeridoo.

Horseriding, Blue Mountains, NSW
Horseriding, Blue Mountains, NSW

3. Berbasikal, berjalan kaki, berkereta atau menaiki kereta api

Treking sejauh 45km dari Katoomba ke Jenolan Caves pada Laluan Enam Kaki atau dari Katoomba ke Kanangra di Laluan Jalan Kaki Badge of Honour. Lakukan perjalanan pada waktu siang atau berkhemah selama tiga hari dan dua malam. Kunjungi Hutan Blue Gum atau tunggang kuda melalui Lembah Megalong. Menakik turun Laluan Grand Canyon Blackheath atau tunggang basikal dari Glenbrook ke Air Terjun Wentworth. Naik kereta api stim vintaj dari Bell ke Lithgow atau nikmati pemandangan atas melalui kereta api pemandangan dengan dasar kaca. Susuri Greater Blue Mountains Drive ke kawasan di sekitarnya seperti Southern Highlands, Mudgee, Hunter Valley dan Hawkesbury.

Blue Mountains, NSW
Blue Mountains, NSW

4. Menghayati keajaiban pergunungan

Makan tengah hari di jalan-jalan yang didereti pepohon di Leura dan seterusnya menjamu mata di galeri, butik dan gedung aneka hiasan. Manjakan diri anda di spa sehari atau bersantai untuk minum kopi dan menjamah kek di Katoomba. Menginap di hotel lama yang tersergam, pusat peranginan lima bintang dengan pemandangan lembah atau perkhidmatan penginapan dan sarapan yang dikelilingi pemandangan belukar yang indah. Membeli belah makanan gourmet di Blackheath atau nikmati minuman lewat petang di hotel bersejarah yang hebat di Jenolan Caves. Pada bulan Jun, Julai dan Ogos, anda boleh raikan perayaan Yulefest dengan juadah panggang dan puding Krismas sambil duduk mengelilingi api yang bergejolak.

 

Idea Australia selanjutnya