Kangaroo Island

Singa Laut Australia SA
Kangaroo Island SA
Remarkable Rocks, SA
Belut Laut

Kangaroo Island

Temui haiwan pribumi di tengah-tengah suasana alam semula jadi yang belum tercemar di Kangaroo Island, yang boleh dikunjungi dengan mudah dari Adelaide. Lihat anjing laut di habitatnya di Seal Bay dan penguin kecil berjalan terkedek-kedek ke pantai di Penneshaw. Seterusnya, temui landskap pengembaraan berceranggah pulau ini dan pantai-pantai yang menenangkan. Mengembara berjalan kaki ke Hanson Bay, pergi melawat gua di Kelly Hill Conservation Park dan lihat matahari terbenam di Remarkable Rocks yang kuno. Anda boleh berenang bersama dolfin, bermain luncur air, snorkel terumbu karang yang berwarna-warni dan menyelam melihat bangkai kapal tenggelam di sepanjang persisiran pantai. Pulau tersebut mempunyai cerita Orang Asli yang kaya dan berperingkat untuk dibongkar.

Lima sebab untuk kunjungi Kangaroo Island

Australian sea lions
Australian sea lions

1. Hidupan liar di habitat semula jadinya

Beri ikan undan makan dan lihat penguin kecil di Kingscote dan Penneshaw. Kemudian lihat walabi tammar, possum ekor berus dan kanggaru dalam keadaan mereka paling aktif dalam lawatan nokturnal dari American River. Lalu jalan belukar melewati itik, angsa dan peranduk di Cape Gantheaume Conversation Park, satu-satunya tempat untuk memerhati sebahagian daripada 267 spesis burung yang terdapat di pelbagai habitat di pulau ini. Lihat singa laut Australia di Seal Bay dan ribuan lebih anjing laut berbulu New Zealand bermain-main di sekitar Admirals Arch di Flinders Chase National Park. Ia juga merupakan kediaman bagi ratusan kanggaru yang jinak.

Kelly Hill Caves, SA
Kelly Hill Caves, SA

2. Landskap yang boleh anda kunjungi

Berjalan merentasi Flinders Chase National Park, dan temui pembentukan muka bumi Remarkable Rocks dan Admiral Arch yang mengagumkan. Terokai presint rumah api bersejarah di Cape du Couedic dan Cape Borda,di mana anda boleh pelajari cara hidup terpencil penjaga rumah api dan keluarga mereka. Susuri sepanjang puncak cenuram terpencil dan lalui lembah berhutan atau berbasikal di jalan-jalan pulau yang terbentang lengang. Nikmati kepelbagaian Hanson Bay Hike atau pergi meluncur di bukit-bukit pasir di Little Sahara. Pergi kembara gua di Kelly Hill Conservation Park atau temui burung nuri Rosella merah lembayung di hutan pokok sugar gum di bawah gua.

Kayaking at Harriet River, SA
Kayaking at Harriet River, SA

3. Pengembaraan persisiran pantai yang tiada hujungnya

Menyelam bersama naga laut berdaun yang jarang dijumpai, snorkel merentasi terumbu karang yang terang-benderang dan berenang bersama dolfin di persisiran Kingscote atau Emu Bay. Di selatan, di D’estrees Bay, anda boleh menyelam skuba melihat sebahagian daripada bangkai kapal tenggelam yang bertaburan di sekitar pulau ini. Memancing dari jeti Emu Bay yang bersejarah, American River atau Penneshaw. Belayar melewati pantai berpasir terpencil sekitar Nepean Bay dan meluncur ombak tenang di Stokes dan Pennington Bays. Anda juga akan menjumpai banyak kawasan renang ideal, dari Snellings Beach di pantai utara ke Brown Beach yang terlindung di pantai timur dan Vivonne Bay di selatan.

Kangaroo Island, SA
Kangaroo Island, SA

4. Makanan dan wain dalam suasana yang menakjubkan

Lawati pintu bilik simpanan wain pulau ini, banyak daripadanya dengan pemandangan mengagumkan untuk memarakan keinginan anda. Hirup liquer butik di Sungai Cygnet atau rasai wain di hangar lapangan terbang yang diubah suai untuk mencetuskan suasana bohemia. Rasai ais krim madu dan rasai juga keju susu bebiri serta madu Ligurian dari ladang-ladang di Kingscote dan MacGillivray. Kenduri dengan hasil segar tempatan dari seluruh pulau ini. Makan malam dengan hidangan marron tempatan, King George Whiting dan tiram sungai Amerika yang berlatarkan pemandangan lautan. Tambah bekalan rumah tepi pantai atau bakul berkelah anda dengan hasil gourmet dan sebotol wain kegemaran anda.

Ngarrindjeri Tour, SA
Ngarrindjeri Tour, SA

5. Tanah dan peribudaya berkaitan Dreaming

Dengarkan lagenda Ngurunderi, pahlawan Dreaming yang mengejar dua orang isteri yang ingkar ke Kangaroo Island sebelum menyertai semula alam roh. Jejaki perjalanan Ngurunderi melalui Coorong sebelum mengembara ke Kangaroo Island. Sertai perjalanan berpandu atau lawatan kayak bersama seorang keturunan orang Ngarrindjeri, yang meninggalkan Kangaroo Island secara misteri beribu-ribu tahun sebelum penempatan Eropah. Anda juga boleh melawat pulau dengan orang Ramindjeri, keturunan wanita Orang Asli tanah besar yang dibawa ke sini oleh kumpulan awal pemburu paus. Hubungkan diri anda dengan landskap semula jadi unik ini melalui kedua-dua dongeng rekaan purba dengan banyak lagi sejarah terkini.

 

Lebih Lanjut mengenai Idea Australia