Ningaloo-Teluk Shark

Menyelam bersama Yu Paus WA
Cape Peron WA
Yu Paus Ningaloo Reef WA
Memberi Makan Ikan Lumba-lumba Monkey Mia WA

Ningaloo-Teluk Shark

Bebaskan semangat anda di Ningaloo-Teluk Shark di Coral Coast, Australia Barat, di mana lautan berwarna firus bergabung dengan kehidupan marin di hujung landskap liar dan merah. Di bahagian paling barat dan terpencil di Australia, ikan lumba-lumba bermain di Teluk Shark yang disenaraikan dalam Warisan Dunia dan ikan yu paus yang gergasi berenang beberapa meter daripada pantai di Ningaloo Reef. Berenang, bersnokel, menyelam dan berkayak laut di air yang bersih, yang mana juga melindungi penyu, dugong, ikan paus yang berhijrah dan ikan pari kola yang gergasi. Di daratan, anda boleh berjalan di pantai- pantai putih bersih, memandu pacuan 4WD di bukit pasir padang pasir merah dan merasa kagum pada bentuk-bentuk kehidupan lama yang memeranjatkan. Alami tempat yang tidak jinak ini dengan mengembara dan melalui budaya Orang Asli purbanya yang masih hidup.

Empat sebab untuk melawat Ningaloo-Teluk Shark

Ningaloo Reef, WA
Ningaloo Reef, WA

1. Ningaloo Reef

Berenang dan bersnokel bersama-sama dengan ikan yu paus gergasi, ikan yang terbesar di dunia, yang melawat ke Ningaloo Reef antara bulan April dan June. Bermula dengan hanya beberapa meter dari tepi pantai, pinggiran terumbu terbesar Australia mempunyai beraneka kehidupan marin yang menakjubkan berlindung di tengah-tengah taman karang yang mempesonakan. Langkah keluar dari pantai di Exmouth atau di Teluk Coral untuk melihat ikan badut, buran tentakel, ikan singa dan belut moray pemangsa di antara beratus-ratus spesies ikan tropika lain. Sertai pelancongan eko atau sewa skuba atau terjun dari atas bot yang berdasar kaca untuk melihat dugong, penyu dan pari kola. Melihat penghijrahan ikan paus humpback antara bulan Jun dan Oktober dan fenomena semula jadi yang luar biasa terumbu karang yang banyak dan cantik pada bulan Mac dan April.

Monkey Mia, WA
Monkey Mia, WA

2. Shark Bay

Memberi makan dengan tangan atau berenang dengan ikan lumba-lumba liar Monkey Mia, belayar melewati penyu berkepala keras di Teluk Turtle Bay dan boleh melihat ikan paus humpback berhijrah dalam air yang cetek. Terbentang seluas 2.3 juta hektar, Teluk Shark Bay mempunyai campuran laut bersuhu sederhana dengan tropika dan ia merupakan sebilangan kecil tapak di dunia ini untuk memuaskan semua empat kriteria bagi disenaraikan sebagai Warisan Dunia. Tiga daripada tujuh spesies penyu marin di dunia boleh dijumpai di sini dan padang rumput laut terbesar dunia ini menyokong tempat kehidupan dugong yang terselamat di planet. Menyelam dan bersnokel dengan pelbagai terumbu karang, melihat ikan yu bermusim berkejar-kejaran, menyertai kumpulan berpancing atau belayar untuk menikmati matahari terbenam.

Cape Range National Park, WA
Cape Range National Park, WA

3. Landskap purba yang membangkitkan rasa kagum

Kembara belukar, mendaki tembok dan memandu pacuan 4WD di Taman Negara Cape Range National Park, dekat Exmouth, di mana gaung berwarna merah yang sungguh menarik bertemu dengan air biru laut Ningaloo Reef. Taman ini juga merupakan tumpuan walabi berkaki hitam yang aneh dan ianya menjadi cerah apabila bunga-bunga liar berwarna-warni berkembang pada bulan Jun dan Oktober. Kawasan Warisan Dunia Teluk Shark Bay World Heritage, Taman Negara Francois Peron National Park yang unik menjadi tempat tumpuan haiwan tempatan yang terancam, landskap berbeza yang mempesonakan dan menyediakan pengembaraan pacuan 4WD sangat teruja. Sementara itu, Pulau Dirk Hartog Island menawarkan kawasan memancing bertaraf dunia dan sejarah para peneroka Eropah yang menarik. Berdiri di Steep Point, bahagian yang terletak paling barat di Australia dan melihat cerunam Zuytdorp yang menjulang tinggi setinggi 300 meter terbentang ke selatan sejauh 150km. Berjalan di sepanjang Pantai Shell Beach yang menyilau keputihan dan melawat Hamelin Pool, kawasan utama bagi stromatolit, satu-satunya bentuk kehidupan yang terawal di dunia.

Aboriginal experiences, WA
Aboriginal experiences, WA

4. Pengalaman hebat Orang Asli

Belajar mengenai budaya Orang Asli Teluk Shark melalui pameran interaktif dan pameran musium di Pusat Penemuan Warisan Dunia World Heritage Discovery Centre. Dari Monkey Mia, anda boleh menyertai lawatan berjalan kaki Orang Asli, mendengar kisah-kisah dongeng Dreamtime dan belajar mengenai perubatan belukar tradisional dan bush tucker. Jelajahi Taman Negara Pulau Dirk Hartog Island National Park di mana pemiliknya, Orang Asli Malgana telah menetap tanpa gangguan sejak beribu-ribu tahun lalu. Orang Malgana sekarang mempunyai simpanan khusus, menawarkan tinjauan nampak jelas warisan budaya mereka yang kaya dan bertahan lama.

Idea Australia selanjutnya