The Kimberley

The Kimberley, WA
Kooljaman at Cape Leveque, WA
Cockburn Ranges, WA
Pokok Baobab

The Kimberley

Biarkan diri anda terpegun dengan Kimberley, sebuah kawasan di penjuru utara-barat terpencil Australia, di mana landskap dramatiknya wujud semenjak zaman dinosaur lagi. Alam semula jadi membentuk epik ini dengan struktur batu berceranggah, jalan air raksasa dan laut yang bercahaya. Hayati pengembaraan, berhubung dengan budaya kehidupan Orang Asli and alami kemewahan ekologi berlatarbelakangkan warna-warna luar biasa Kimberley dan horizonnya yang tidak berpenghujung. Terbang merentasi Warisan Dunia Bungle Bungles, pandu kenderaan pacuan empat roda ke Gibb River Road atau tinggal bersama komuniti Orang Asli di Semenanjung Dampier. Lihat kekayaan hidupan liar, pergi memburu batu permata berharga dan pelajari tentang kekayaan dan perkembangan tradisi seni wilayah ini.

Empat alasan untuk mengunjungi the Kimberley

Cable Beach, Broome, WA
Cable Beach, Broome, WA

1. Landskap pengembaraan menakjubkan

Segala jenis pengembaraan boleh dilakukan di lanskap purba Kimberley. Tunggang unta di sepanjang Broome's Cable Beach. Seterusnya pandu kenderaan pacuan empat roda melalui Gibb River Road ke Kununurra, di mana anda boleh menaiki bot menyeberangi jalan air gergasi seperti Lake Argyle dan Ord River. Terbang merentasi keindahan air terjun Mitchell Plateau atau Bungle Bungle Ranges di Warisan Dunia Purnululu National Park. Snorkel dan selam di Rowley Shoals Marine Park, salah satu daripada lokasi bawah air hebat yang terdapat di sepanjang persisiran pantai Kimberley yang terpelihara dan terpencil. Untuk pengembaraan yang lebih santai, layari dalam kemewahan melalui Buccaneer Archipelago, tempat asal Horizontal Waterfalls dan 1000 pulau.

Cape Leveque, WA
Cape Leveque, WA

2. Pengalaman hebat Orang Asli

Terdapat pelbagai cara untuk menghubungkan diri dengan kekayaan kebudayaan kehidupan Orang Asli Kimberley. Tinggal bersama komuniti Orang Asli tradisional di Semenanjung Dampier, dan berkayak, snorkel, tangkap keretah dan ikan dengan panduan orang tempatan. Di kawasan pedalaman, luangkan masa mengunjungi stesen kepunyaan Orang Asli supaya anda berpeluang merasa masakan asli mereka, belajar mengawal lembu dan mendengar peribudaya Dreamtime. Jelajahi tempat-tempat penting seperti Geikie Gorge dan King George Falls bersama pemilik tradisional. Lihat lukisan batu purba di Drysdale National Park atau di Mitchell Plateau yang terpencil, tempat berasalnya lukisan Gwion Gwien. Anda boleh meninjau hasil kerja kontemporari pelukis terkenal Orang Asli Kimberley di galeri dan pusat jualan di Broome, Derby and Kununurra.

Monitoring turtles, Eco Beach, WA
Monitoring turtles, Eco Beach, WA

3. Kekayaan Hidupan Liar

Burung, haiwan, hidupan marin dan reptil pra-sejarah menguasai Kimberley. Saksikan haiwan-haiwan ini di sepanjang perjalanan pengembaraan atau sertai lawatan ke kawasan perlindungan dan pembiakan. Layari sepanjang Ord River melewati buaya air masin, walabi batu dan beratus-ratus spesis burung. Lihat buaya menjemurkan diri di sekitar Windjana Gorge dan Tunnel Creek. Lawati Broome's Roebuck Bay, sebuah tempat perlindungan untuk kehidupan burung tempatan dan pusat perhentian untuk burung migrasi pada September dan April. Satu lagi syurga buat pemerhati burung ialah Parrys Lagoon Nature Reserve dan Marlgu Billabong, berdekatan Wyndham.

Pearl Lugger, cable beach, WA
Pearl Lugger, cable beach, WA

4. Berlian, mutiara dan beli-belah ekologi.

Tiada perkara sebanding berlian dan mutiara yang dihasilkan di epik Kimberly dalam menzahirkan perasaan prestij dan romantik. Beli mutiara South Sea di Broome dan jejaki kekayaan bandarnya dengan sejarah penternakan mutiara di Chinatown dan perkuburan Jepun. Lawati Argyle Diamond Mine yang besar, berdekatan Kununurra, di mana hampir semua permata merah jambu dunia dilombong. Kimberley juga merupakan tempat untuk kembali ke alam semula jadi dalam kemewahan ekologi. Pergi berkhemah secara glamor di sepanjang Dampier Peninsula atau buat lencongan dari Gibb River Road untuk menginap di kabin ekologi mewah.

Idea Australia selanjutnya