Tropika Lembap

Daintree National Park QLD
Seni Batu
Tropika Lembab (kredit - Steven Nowakowski)
Burung Kasuari

Tropika Lembap

Landskap Negara Tropika Lembap yang terbentang dari hutan hujan Daintree hingga ke Tablelands merupakan destinasi mempersona dan menarik minat yang memukau setiap pelawat yang mengunjunginya. Di sini, dua karya agung Warisan Dunia bertemu: hutan hujan tropika Tropika Lembap dan Great Barrier Reef. Dalam lingkungan rantau ini anda akan mendapati kumpulan menakjubkan tumbuhan dan haiwan, denai, air terjun, gunung-ganang, pantai dan hidupan laut termasuk hujan hujan tropika tertua yang masih bertahan di muka bumi dan banyak spesies yang jarang ditemui dan terancam yang tidak boleh didapati di tempat lain.

Banyak yang boleh dilakukan dan dilihat, tidak kira sama ada anda ingin menerokai budaya dan kembara atau cuma ingin mencari ketenangan di spa hutan hujan yang baik untuk kesihatan.

Lima cara untuk menikmati keindahan Tropika Lembap

Great Tropical Drive, QLD
Great Tropical Drive, QLD

1. Ikuti Pemanduan Tropika Hebat, Queensland

Pemanduan Hebat Tropika dari Cairns atau Townsville merupakan satu daripada pemaduan persisiran pantai yang tercantik di dunia, dengan berlatar belakang gunung-gunung yang curam dan pantai-pantai pinggiran yang menakjubkan. Pemanduan ini menerusi enam rantau yang unik: Cooktown; Port Douglas, Cairns dan Daintree; Mission Beach dan Cassowary Coast; Tropical Tablelands dan Negara Savannah, Townsville yang bersejarah dan Charters Towers; serta Hinchinbrook Island.

Terdapat juga 13 denai yang menghubungkan beberapa tempat tarikan yang paling menarik termasuklah Great Barrier Reef dan hutan hujan Daintree. Sebaik sahaja anda telah menjelajahi kesemuanya anda telahpun menikmati sepenuhnya pengalaman terbaik yang dapat ditawarkan dari rantau ini: hutan hujan, terumbu, budaya yang beraneka, makanan tropika yang lazat dan pengembaraan kawasan pedalaman.

Boardwalk in Daintree, QLD
Boardwalk in Daintree, QLD

2. Asyikkan diri anda asyik dengan keindahanhutan hujan tropika

Sungai Daintree merupakan laluan masuk utama ke hutan hujan Daintree yang merupakan hutan hujan tropika tertua di dunia. Anda boleh menaiki feri dengan berkereta dan memasuki ke alam di mana tumbuhan dan haiwan yang jarang ditemui dapat menceritakan sejarah evolusi bumi ini. Alami pengalaman hutan hujan melalui semua peringkat; meniti titian kayu secara dekat di Cape Tribulation; terokai dengan memanjat Laluan Kanopi Hutan Hujan Mamu di Banjaran Palmerston. Malah anda boleh melakukan penerjunan udara merentasi hutan hujan daripada Mission Beachdan melihat sepintas lalu Burung Kasuari di Taman Negara Djiru. Terdapat lebih daripada 100 buah taman negara untuk dikunjungi dalam rantau ini sahaja. Tropika Lempab juga surga bagi peminat burung dengan lebih daripada 200 spesies burung dan hidupan liar asli Australia di Kawasan Paya Hasties, Tanah Lembap Mareeba dan Tyto.

Rasai kekuatan peristiwa geologi purba yang membentukkan landskap ini dengan berjalan menerusi Taman Negara Crater Lakes.

Rock Art, Cooktown, QLD
Rock Art, Cooktown, QLD

3. Alamai sejarah kehidupan

Tropika Lembap juga mempunyai warisan kehidupan unik dengan 18 kumpulan puak Orang Asli yang mempunyai kaitan dengan Kawasan Warisan Dunia sejak lebih daripada 60,000 tahun dahulu, menjadikan mereka budaya hutan hujan paling tertua di dunia. Sertai lawatan bersama juru pandu Orang Asli Australia untuk memahami sejarah, budaya dan semangat rantau tersebut. Bama Way di antara Port Douglas dan Cooktown, ikuti jalan cerita Orang Asli Australia merentasi hutan hujan. Terokai sejarah lebih terkini Australia di Cape Tribulation, di mana Lt. James Cook menemui terumbu di pesisiran pantai dalam 1770. Kedua-dua mercu tanda asli ini dan Cooktown dinamakan untuk memperingati peristiwa ini.

Bellenden Ker, QLD
Bellenden Ker, QLD

4. Panjat setiap gunung

Tropika Lembap merupakan tempat bertapaknya dua gunung tertinggi di Queensland, Mount Bartle Frere (1622 meter) dan Mount Bellenden Ker (1593 meter). Anda juga boleh memakai but mendaki anda dan menjejaki Thorsborne Trail sepanjang 32 kilometer di Hinchinbrook Island di mana ia menyusuri kawasan belantara tropika dan di sepanjang persisiran pantai laut yang menakjubkan. Empat denai yang membentuk rangkaian laluan sepanjang 130 kilometer hutan belantara Gunung Misty di Tablelands sememangnya mencabar tetapi ganjarannya ialah hutan asli dan pemandangan yang mengagumkan, dan terdapat juga banyak denai santai untuk diterokai jika ia lebih sesuai dengan gaya anda.

Millaa Millaa Falls, QLD
Millaa Millaa Falls, QLD

5. Kagumi keindahan air alam semula jadi

Air terjun dan sungai juga merupakan sebahagian penting daripada landskap ini. Kagumi di air terjun Wallaman Falls, air terjun satu tiingkat tang tertinggi di Australia di Taman Negara Girringun. Saksikan air terjun Millaa Millaa dan Josepphine yang indah seolah-oleh satu gambar di Bulatan Air Terjun pada musim panas. Terokai denai, air terjun dan lubang renang Mossman Gorge yang menarik. Anda boleh melayari di atas kapal persiaran di Daintree River, yang dipenuhi dengan hidupan burung dan sang buaya. Nikmati pula berakit meredah jeram di Tully River. Habiskan masa anda menerokai pantai dan pulau-pulau asli seperti Magnetic Island yang terletak di luar Townsville.

Lebih Lanjut mengenai Idea Australia