Tiada tempat seperti Australia yang mampu menawarkan anda sesuatu yang baru

Tiada tempat seperti Australia yang mampu menawarkan anda sesuatu yang baru

Australia menawarkan banyak pengalaman yang berkepelbagaian lagi menggembirakan. Naiki helikopter merentasi pantai Sydney atau hayati Great Barrier Reef dari dalam kapal selam mini. Sertai lawatan hidupan liar dan pelancongan eko, layari di Kangaroo Island atau naiki kapal persiaran di Kimberley. Terdapat begitu banyak cara untuk anda mengalami bandar dan landskap Australia.

Inilah dia 23 idea untuk membantu anda memulakan rancangan percutian ke Australia:

Wilayah Utara

1.

Terbang ke awan biru dengan helikopter baru Bamurru Plains merentasi dataran banjir Mary River dan pesisiran pantai Australia Utara yang menakjubkan. Saksikan pelbagai hidupan liar dari pandangan yang berbeza, seperti Angsa Murai, Bangau, Itik Siul, buaya air masin dan kawanan burung Corella.

2.

Nikmati makan malam di bawah langit kawasan pedalaman di Tali Wiru, pengalaman makan malam unik di tempat terbuka di Ayers Rock Resort. Terhad kepada kumpulan kecil 20 orang, pengalaman Tali Wiru bermula dengan champagne dan kanape di sekitar lubang bakar dan diikuti dengan makan malam empat sajian Table d'hote, dipadankan dengan wain premium Australia.

Queensland

3.

Jelajahi kedalaman laut tanpa perlu berenang dengan angkatan kapal selam mini baru Great Barrier Reef Submarines yang beroperasi dari Pulau Fitzroy. Mereka mengendalikan lawatan siang dan malam, yang terhad kepada dua penumpang dan seorang pemandu peribadi kapal selam.

4.

Hayati kecantikan Gold Coast dari ketinggian 270 meter di udara dengan SkyPoint Climb. Di sepanjang perjalanan, pemandu berpengetahuan akan menyerlahkan mercu tanda utama dan berkongsi beberapa rahsia tersembunyi kawasan tersebut sebaik sahaja pelawat menikmati pemandangan pantai keemasan tanpa penghuni, latar langit bandar serta daerah pedalaman malar hijau yang menakjubkan.

5.

 Nikmati spa dengan pemandangan di Sky Lodges, sebuah penginapan mewah dikelilingi oleh Taman Negara Lamington yang tersenarai dalam Warisan Dunia. Bakal dibuka pada Februari 2012, setiap satu apartmen serba lengkap mempunyai perdiangan, TV dan mandian spanya sendiri dengan pemandangan yang menakjubkan. Sky Lodges juga akan merangkumi reka bentuk yang peka alam sekitar dan cekap tenaga.

New South Wales

6.

Bersiar-siar di bahagian kawasan liar di WILD LIFE Sydney yang terletak di Darling Harbour.  WILD LIFE Sydney yang sebelumnya digelar Sydney Wildlife World membawa pelawat melalui kawasan ikonik Australia dan haiwan-haiwan yang hidup di dalamnya. Berjalan melalui lapan habitat Australia yang berbeza, pelawat akan memegang beberapa haiwan Australia yang paling disayangi dan ditakuti. Bersarapan di Koala Rooftop dengan berlatarkan taman Australia yang unggul pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

7.

Bersiar-siar di Zoo Taronga Western Plains di kawasan pedalaman pekan Dubbo. Zoo ini telah membuka pameran Aussie Walkabout yang baru dihias semula yang mana kini pelawat boleh bersiar-siar dalam kalangan walabi, koala dan quokka.  Di Walkabout, pelawat juga boleh menghayati mural Aborigin yang baru dilukis oleh seniman tempatan Lewis Burns dan Nathan Peckham.

8.

 Hayati pemandangan dari atas pinggir pantai Sydney yang popular dengan pelancongan penerbangan pemandangan baru Bondi Helicopters. Setiap penumpang diberikan tempat duduk di tepi tingkap untuk mengagumi kecantikan pantai dan rumah yang menakjubkan di lereng cerun sepanjang Maroubra dan Coogee.

Australia Selatan

9.

Nikmati percutian pelayaran mewah dengan Kangaroo Island Sailing. Naiki kapal persiaran mewah iaitu Lady Eugenie, yang berukuran 21 meter, pakej yang ada termasuk pakej menyeluruh tiga hari yang terdiri daripada pengembaraan ke Kangaroo Island, pelayaran siang hari sepanjang pesisiran pantai cantik Fleurieu Peninsula, pelayaran romantik pada waktu senja dan pakej korporat.

10.

Alami gabungan makanan lazat dan aktiviti berbasikal dengan pelancongan Trike ‘n’ Hike yang baru ditawarkan oleh Barossa Trike Tours. Berbasikal melalui Kaiser Stuhl Conservation Park dan memerhatikan lebih daripada 400 spesis tumbuhan asal dan kehidupan liar yang banyak, termasuk kangaru baratan kelabu, sekali-kali belut laut dan banyak kehidupan burung. Pelancongan ini termasuk mengambil dan menghantar peserta oleh Barossa tempatan, termasuk pilihan untuk berhenti di Artisans of Barossa Cellar Door yang baru dibuka untuk buah-buahan dan mencuba wain daripada kilang wain tempatan yang tersendiri.

11.

Terokai Flinders Ranges yang terbaik dengan pelancongan berjalan kaki terbaru Rawnsley Park selama tiga hari dan lima hari. Dengan diketuai oleh pemilik Stesen Rawnsley Park Tony Smith dan pengarang pengembaraan belukar Kym Tilbrook, pelawat akan melihat kehidupan liar dengan dekat dan menyambut kedatangan waktu pagi yang baru dengan terbitan matahari di atas Rawnsley Bluff. Pada akhir perjalanan seharian yang memuaskan, pelawat akan menikmati sajian dan menginap di vila eko mewah atau kediaman gaya kabin.

Tasmania

12.

Ikuti jejak kelazatan dengan Gourmania Food Tours, yang mengetuai pelawat melakukan perjalanan gourmet di dalam dan sekitar Hobart. Dengan diperkenalkan kepada kepada kafe tempatan, penyedia makanan, restoran berkualiti dan orang-orang berbakat di sebalik tempat-tempat ini, pelawat dapat mecuba hasil terbaik Tasmania yang begitu banyak.

13.

Alami penginapan ladang mewah yang terletak di 28 Gates, Derwent Valley Tasmania, sejam memandu dari Hobart. Rumah tiga bilik itu terletak di tanah padang ragut yang dimiliki oleh keluarga generasi ke-enam yang terbentuk sejak tahun 1862, pada asalnya ia merupakan kandang kuda dan gudang bijian, kini diubah kepada tempat penginapan mewah yang premium.

14.

Pergilah berburu hantu di Port Arthur Historic Site dengan mengikuti lawatan Siasatan Paranormal. Pelawat boleh menggunakan kelengkapan ujian profesional untuk mengesan kehadiran hantu atau aktiviti paranormal yang lain.

Victoria

15.

Peminat seni bina kini berpeluang untuk memahami lebih lanjut seni bina art deco Melbourne yang termasyhur daripada pakar terkenal dalam bidang tersebut. Lawatan Seni Bina Art Deco Melbourne yang baru oleh MEL Tour membekalkan pemahaman yang mendalam tentang sejarah art deco di bandar tersebut, pengaruhnya terhadap reka bentuk, cara pembinaan dan sejarah penghuni sesetengah bangunan masa antaraperang di Melbourne.

16.

Makan dan menikmati wain di The Grampians and Pyrenees dengan lawatan peribadi setengah hari atau sehari oleh Grampians Regional Wine Tours. Selain daripada tumpuan terhadap wain beriklim sejuk yang luar biasa, anda juga boleh membentuk jadual perjalanan tersendiri dengan memasukkan tarikan tempatan yang lain di sepanjang perjalanan.

17.

Jelajahi hutan belantara dan hidupan liar dengan menyertai lawatan ekologi baru ke Cape Conran Coastal Park anjuran Gippsland High Country Tour. Pelancongan empat hari ini memperkenalkan taman pesisiran pantai yang menakjubkan kepada pelawat dengan sorotan penting seperti perjalanan waktu malam untuk memerhatikan hidupan liar nokturnal.

Australia Barat

18.

Bermalam dengan mewahnya di Kuri Bay, iaitu ladang mutiara paling tua di Australia yang telah diubah suai menjadi rumah persinggahan belantara yang ekslusif. Tempat yang terletak di pesisiran pantai paling terpencil di Kimberley ini hanya boleh sampai dengan menaiki helikopter atau kapal terbang laut dari Broome dan sepanjang perjalanan anda berpeluang menikmati pemandangan yang menakjubkan. Kuri Bay yang mempunyai hanya lima bilik beranda yang dilengkapi kipas dan terletak dalam bangunan bergaya Broome tradisional, menawarkan menu sajian yang mempromosikan hidangan tempatan dan menumpu pada persekitaran semula jadi. Bangunan yang eksklusif ini dijadual akan buka pada bulan April tahun 2012.

19.

Eco Beach telah melancarkan Rumah Pantai yang baru, yang menawarkan ruang peribadi berhadapan dengan laut yang ideal untuk keluarga dan kumpulan kecil. Dua buah rumah serba lengkap yang terletak di atas bukit dengan pemandangan Lautan Hindi dan hutan belukar Kimberley itu dihubungkan dengan dek kayu balak serta berkongsi ruang tamu terbuka.

20.

Naiki bot carter mewah, Caribou, yang lengkap dengan penginapan dan makanan. Dilancarkan oleh pemenang anugerah East Kimberley Wilderness Retreat, pengalaman di Faraway Bay memberi peluang untuk bermalam di destinasi terpencil, dan juga berkunjung ke air terjun kembar di King George River yang muncul dalam filem Australia. .

Wilayah Ibu Negara Australia

21.

Jelajahi pesisir depan, mercu tanda serta tarikan nasional Lake Burley Griffin secara seronok dan unik dengan perjalanan Segway dari Seg Glide Ride diiringi pemandu. Tetamu akan menerima latihan persendirian sebelum memulakan pelancongan yang berlangsung sepanjang hari mulai jam 10 pagi.

22.

Selidiki artifak paling menarik yang terdapat di Treasures Gallery dalam Perpustakaan Nasional Australia yang terletak di Canberra.  Objek bernilai yang terdapat dalam koleksi termasuk jurnal Endeavour tulisan James Cook, surat daripada Jane Austen dan manuskrip Waltzing Matilda yang asli.

23.

Berasa kagumlah terhadap hasil seni daripada koleksi kesenian Peribumi Australia yang terbesar di dunia di Galeri Nasional Australia yang terletak di Canberra. Lawati arca James Turrell, dan SkySpace untuk menikmati pemandangan matahari terbenam dan terbit yang tidak pernah dilihat sebelum ini.