Kastam dan Kuarantin Australia

Kastam dan Kuarantin Australia

Undang-undang kastam Australia melarang anda membawa masuk dadah, steroid, senjata, senjata api dan haiwan yang dilindungi ke Australia. Sesetengah barang biasa seperti makanan mentah atau berbungkus, buah-buahan, telur, daging, tumbuh-tumbuhan, biji benih, kulit dan bulu juga dilarang. Tiada had pada mata wang yang dibawa masuk tetapi anda dikehendaki mengisytiharkan jumlah wang yang melebihi $10,000. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web Perkhidmatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Kerajaan Australia di www.customs.gov.au.
 Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Australia boleh dilihat di daff.gov.au/aqis.

Jabatan Imigresen dan Kerakyatan bertanggungjawab atas pengeluaran visa kepada mereka yang ingin melawat, bekerja, belajar atau tinggal di Australia. Jabatan ini bertanggungjawab untuk menguruskan kemasukan dan penginapan mereka yang sah dan teratur di Australia, termasuk melalui jagaan keselamatan sempadan yang berkesan. Ia menyediakan maklumat dan borang permohonan penghijrahan ke Australia, dan maklumat mengenai menyesuaikan diri di Australia, kerakyatan Australia dan hal ehwal berbilang budaya. Lawati www.immi.gov.au.

Perkhidmatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Australia [www.customs.gov.au] menguruskan keselamatan dan kewibawaan sempadan Australia. Ia bekerja rapat dengan agensi kerajaan dan antarabangsa yang lain, khususnya Polis Persekutuan Australia, Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Australia, Jabatan Imigresen dan Kerakyatan serta Jabatan Pertahanan dalam mengenal pasti dan menghalang perbuatan orang atau benda-benda yang haram melintasi sempadan. Lawati www.customs.gov.au

Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Australia (AQIS) [www.daff.gov.au/aqis] menguruskan kawalan kuarantin di sempadan Australia untuk mengurangkan risiko kemasukan haiwan perosak dan penyakit eksotik ke negara ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jabatan-jabatan Kerajaan Australia dan tanggungjawabnya, layari www.australia.gov.au

Idea Australia selanjutnya